MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 8, 2011

SELONGKAR BEG DUIT ARTIS



Hari ni nak entri ekslusif selongkar beg duit!!

Beg duit siapa??

Hmm..mula aku ingat nak selongkar beg duit Dato' Siti ke Kak Pah ke Fasha Sendat ke *haha sumpah tak la* tapi sebab bajet ketat maka aku terpaksa tukar plan ke plan famili aktif 5. Haha takde kaitan!


Memang tak la kalau aku nak selongkar beg duit artis-artis ternama terhebat tersendat segala ter ter tu kan, yang aku mampu..selongkar beg duit sendiri sajork. Mahu tak mahu korang kena bagi mahu jugak. Ini adalah rompakan! Sila skrol down dan baca!!


Hamboi...memaksaaaa. Huuuuu





Ini adalah purse aku. Jika terjumpa di mana-mana harap pulangkan ke balai polis berdekatan. Harap maklum.



Ini adalah bahagian dalam. Nampak tak, nampak tak? Purse i kemassss gitu. Heh!



Nah! Isi segala perut dalam purse.

Berdiri dari barisan depan adalah gambar-gambar pasport kami laki bini. Untuk makluman kami saling bertukar-tukar gambar pasport buat pelepas rindu bila sang isteri balik kampung selalu. Haha.

Berdiri di barisan tengah adalah segala mak nenek kad-kad yang ada dalam simpanan. Dari kiri adalah kad matrik masa amik degree di UiTM Segamat tahun 2003-2007. Kad kuning tu pulak kad matrik masa sambung profesional course kat UiTM Shah Alam tahun 2007-2008. Memang tak dinafikan kad matrik kat Shah Alam lebih cantik dan canggih. Buat diri ini rasa tak nak bukak kad matrik. Rasa nak mandi pun nak kalung kad matrik. Haha tipu!


Kemudian yang disebelahnya adalah kad matrik masa study kat UPSI. Dah gatai nak jadi cikgu pulak kan, jadi kau kalunglah satu lagi kad matrik. Huh, hidup aku memang penuh dengan kad matrik jek. Itu pun ada sekeping lagi takde dalam simpanan. Kad matrik masa amik matrikulasi kat Arau. Aku dah serah kat incik suami suruh dia simpan bikin pusaka. Haha


Okey abis dah kad matrik. Kemudian aku ada kat ATM. Ohh ini adalah sangat harta. Takde kad ATM ni memang susah hidup. Tapi kalau ada kad ATM je tapi duitnya takde pun hapa guna hoh? Haha.


Sebelahnya ada i.c. Biasalah i.c kan memang kena hangkut ke mana saja, kalau tak tak pasal pulak kang kau pulak kena hangkut naik lori sekali harung dengan PATI. naya!


Tu..tu..nampak tak? My kad nikah dah siap!! Bangga gila ada kad nikah, terasa macam separuh sempurna diri ini. Haha.


Yang hujungggg sekali tu lesen memandu aku. Ini memang lesen gajah putih layaknya. Renew dah berkali-kali dah tapi membawak kereta haraammmmm. Tapi Insyaallah dalam masa terdekat ni aku akan mula pegang stereng kembali. Stereng Honda City gituuu....wahhh! Berangan!


Ha yang berdiri paling belakang tu kamu pun tahulah..duit-muit yang tak seberapa yang aku ada. Kadang-kadang purse aku ni kering kontang tak berduit. Sedih..Huhu.


Yang kertas-kertas menyemak tu biasalah..resit-resit membeli belah aku. Hatta shopping kat kedai jual ikan pun aku gigih simpan resit. Bukan untuk kegunaan rekod belanja pun..saja..meyemak purse. Bagi efek purse tebal konon banyak duit. Hahaha!


Sekian sahajalah karangan saya yang bertajuk "Aku Seketul Beg Dompet".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...