MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 3, 2011

KENA TAG!

Haluuuu!!

Wah lama tak hadap belog. Cuti sekolah katanyaaa..jadi haruslah aku bercuti berjimba lalala kan? Tambah lagi sekarang ni aku ada di semenanjung.Uiiihh..balik mesti balik..walaupun baru je balik KL sebulan lepas, harus balik lagi bila-bila masa ada tiket murah. Hahaha! Sekarang ni pun tengah best melayan udara segar bugar di Kuala Kangsar. Memang sorga!


Sebenarnya takde idea konkrit nak menghapdet arini, tapi tentiba tadi ada dapat tag dari seorang blogger nama Meey@ .. jadi ada baiknya aku jawab tag beliau. Untung-untung boleh jadi entri. Haha.


Arahan: Baca soalan sebanyak lapan kali dan kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan sehabis baik dan sehabis tenaga jiwa dan raga.

1. Apakah status anda?
Errr..ini tanya status fesbuk ke hapa ni? Kalau status fesbuk yang terkini rasanya -none- sebab aku malas nak bubuh pape status kat fesbuk hari ni. Nak rahsiakan aktiviti dari pengetahuan incik suami kononya.miahahaha!

2. Ceritakan tentang diri anda
- comelmontel kononnya *nak taip gemuk tapi takut diri sendiri merajuk nanti*
- garang..tak percaya tanya inick suami. Nak tanya anak murid pun boleh. Itu bahan bukti paling kukuh setakat ni. Hehe
- cukuplah dua je..taip panjang-panjang pun bukan korang hafal.hehe

3. Ceritakan tentang blog anda
Setahun lepas, decide nak ternak belog konon nak cerita segala mak nenek tentang persiapan majlis kawen yang dah pun berlansung 4 Jun 2010 lepas. Lepas je majlis abis, terus rasa nak tukar tema content jadi carca marba. Lantakkan la aku nak taip tentang hapa pun. Ada korang kisah? haha

4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog
Jangan biarkan dunia anda diselubungi misteriiiiiiii....hiiiiii hiiiii hiiiii....

5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog
Bukaklah..tak kena duit pun *guna blogger la*. Abis-abis pun kena bayar duit berokbeng dengan duit bil letrik je.

6. Nyatakan keunikan blog anda
Dah empat kali taip delete taip delete untuk jawap soklan ini. Jadi keputusannya aku nak kata belog aku takde apa yang unik. titik. Huhu

7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog
Sampai aku rasa dah tak reti nak guna komputer/laptop lagi dah. Haha

8. Tag 5 orang yang anda nak kenal
Apa barang tag 5 orang derr? Aku nak tag SEMUAAAAAA FOLLOWERS aku! Terimalah!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...