MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, February 15, 2011

BILA HATI ADA LELAKI LAIN..



Persiapan kawen semakin rancak. Kalau ikut jadual, lusa aku akan menikah dengan seorang lelaki yang aku sendiri tak kenal sangat siapa dia. Sumpah aku tak mahu. Aku masih cinta dan sayang suami aku. Dialah cinta mati aku. Pheww!


Abis kalau kau dah punya suami kenapa meroyan nak kawen dengan orang lain ni? Gilo ko?


Entah..aku pun tak tahu kenapa aku jadi gini. Kenapa aku boleh kiong akai nak terima semua ini.

Incik suami masih lagi suami aku. Mungkin esok keadaan akan berubah. Aku jumpa beliau tadi...mungkin kali terakhir. Sedih...aku tengok beliau pun sedih. Renung wajah aku dengan seribu pertanyaan yang aku pun tak tahu nak jawab. Tapi kalau seribu soalan tu soalan sifir mungkin aku boleh jawab lagi sebab sekarang dah ada kalkulator untuk kira.



Tiba-tiba.....



Incik suami pengsan!!!


Mungkin terlalu sedih dan tertekan dengan situasi gila ni semua, sampai pengsan beliau. Aku panik. Tak sampai hati aku tengok keadaan incik suami. Siapa yang boleh tahan emosi bila terpaksa lepaskan isteri tercinta untuk lelaki lain. Ohhh tidak!!


Air mata aku mula bergenang..


Aku menangis..

Menangis..




Dan makin kuat aku menangis..



Abanggggg!!!! Jangan tinggalkan kite!!!


*siapa yang tinggalkan siapa sebenarnya ni ntah la.*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BLINK!!!!!


Aku tersedar.


Mimpi rupanya. Coi!


Tapi peliknya aku betul-betul menangis. Even dah terjaga tapi masih menangis sedu-sedan. Toleh sebelah cari incik suami......


Hoh, tak de. Betul-betul dia tinggalkan aku ke?


Wuaraghhhhh!! Makin kuat aku teriak


Terus bangun pegi bilik sebelah..nampak incik suami tengah main internet. Incik suami tengok aku menangis sedu sedan terus beliau pulak yang panik.


Biasalah kalau dalam situasi begitu musti sang suami akan peluk erat-erat sambil bertanya.."kenapa ni yang..kenapa menangis ni.." Haha..boleh imagine sendiri.


Aku pun jawab..


"Kite mimpi......."



Terus incik suami buat muka menyampah meloya...hahaha.



* Tapi awak tahu saya mimpi apa?? Saya mimpi kita dua kena.........kena......huii..tak sanggup nak taip kat sini!*

3 comments:

  1. ahahahahahah wat suspen jekla seb baik mimpi ahahahaha

    ReplyDelete
  2. kena apa?? kena apa??
    cepat sambung

    ReplyDelete
  3. eh..saya pon pnah mimpi kna kawen ngan org lain smpai nangis2..bgun2 nasib baik tgok hubby ada kat sebelah..huhuu!apa ek tandanya??hope mainan tido jer la..huhuu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...