9 minggu..
Alhamdulillah..masih lagi kuat.
Cuma ada satu perubahan ketara yang aku rasa.
Perut cepat lapar. Heh.
Lambat sikit makan, perut akan mula rasa pedih, rasa sebu, rasa macam nak kena gastrik. Tak boleh tahan. Menyeksakan.
Tapi bila dah dapat makan, baru beberapa suap dah kenyang. Pelik pulak aku.
Semalam teringin nak makan kfc. Bukan main aku order x-meal deluxe, whipped potato besar, cheezy wedges bagai. Sekali yang aku telan cumalah setengah zinger burger tu jek. Yang lain....tunggu 2,3 jam seterusnya baru aku boleh makan lagi. Sungguh pelik. Sebelum ni dinner plate pun sekali harung je aku boleh balun. Hahaha.
Mungkin aku kena kerap makan, tapi dalam kuantiti yang sikit. Yang penting jangan biar perut lapar. Bila lapar...memang seksa nak tahan pedih perut.
Tengah-tengah beraktiviti ko-kurikulum kat sekolah pun aku sanggup escape 5 minit untuk lari ke kantin cari makanan isi perut. Huhu.
Setakat ni itu je la perkara yang paling ketara aku rasa. Yang lain-lain masih okey. Masih gagah mengajar panjat naik turun tangga sekolah yang 4 tingkat tu. Masih boleh drive pergi balik sekolah dengan jayanya, masih boleh buat tuga seorang isteri dengan baik..kecuali masak. Haha..Memasak adalah sedikit malas sekarang. Seminggu sekali je kot aku pegang kuali. Hehe.
Minggu depan nekad akan curi sikit masa untuk bukak buku pink. Tak boleh tidak, harus pergi minggu depan jugak. Insyaallah.
Dah abis dah entri. Nak tengok diari AF pulak.
Daa!
No comments:
Post a Comment