MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

SUNDAY FOR MOMS! HAPPY MOTHERS' DAY!


Ibu, mak, mama, mummy, umi, bonda, dan macam-macam lagi panggilan keramat yang rasanya merupakan perkataan yang paling tenang untuk kita sebut setiap hari. Panggilan itu juga merupakan perkataan pertama yang disebut oleh kebanyakan baby di dunia ini. Indah!


Cerita tentang mak aku, uiiii aku punya baaaanyyakkk mak! Kalau orang dah kawen biasanya ada dua kategori mak jek, mak sendiri dan mak mentua tapi aku ada lebih dari tiga mak. Heh.


Aku ada mak kandung. Yang aku chenta setengah mati.

Aku juga ada 2 orang mak asuhan yang tersayang. Yang jaga aku dari dalam perut sampailah besar gajah gini.

Aku juga punya seorang mak tiri yang aku panggil Mak Da. Mak tiri yang super sporting boleh tepuk tampar tak kira masa.

Dan mak terbaru aku tentulah mak mentua. Mak yang sangat aku hormat dan kagum dengan ketabahan diri beliau.


Sesungguhnya aku memang sayanggggg semua mak yang aku ada di dunia ni. Kalau ada yang tanya dalam ramai-ramai mak yang aku ada tu, mak mana yang paling tinggi dalam hati aku? Memang aku takde jawapan. Aku tak pernah susun mak-mak ni ikut susunan piramid sebab bagi aku semuanya ada tempat yang sama dalam hati. Semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dan kalau dikenang-kenang pengorbanan setiap sorang pasti boleh buat air mata mengalir di pipi.

Sungguh aku sayang semua mak aku.




Mak yang sanggup berkorban apa saja untuk aku. Kalau aku mintak terbang ke Labuan esok pun beliau sanggup terbang. Heh.



Mama...Meski bukan ibu yang melahirkan tapi beliaulah yang gigih jaga aku dari aku dalam perut mak sampailah sekarang. Walaupun aku malas bangun pagi, malas masak nasik, malas kemas rumah, hatta malas mandi pun aku tetap ratu hati beliau. hehe.




Cikyah....walaupun tiada panggilan "mak" pada nama, tapi cikyah tetap ibu ratu hatiku. Tak pernah jemu beli majalan gossip untuk bacaan kami tiap bulan. Keep it up!=)




Mak Da...selalu anggap aku sebagai anak sendiri. Selalu ada bila aku perlukan motivasi. Sungguh aku bertuah punya ibu tiri baik hati tak seperti kisah bawang merah bawang putih.




Mak mentua...walaupun tak sampai setahun aku panggil mak tapi rasa sayang itu sentiasa tinggi. Sanggup amik mc beberapa hari bila aku dan incik suami pulang ke kampung semata-mata nak memanjakan kami. Hehe.


Sempena Hari Ibu hari ini.....tentunya ada sesuatu buat mereka semua.


Apa ke dia??


Tunggguuu....


Aku kan terer kalau bab-bab buat surprise ni.


Aku pun tak sabar nak tunggu surprise tu sampai. Yela..selagi surprise tak sampai ke depa, selagi tu la aku kena tahan diri dari wish Selamat Hari Ibu kat semua mak aku tu. Kang kalau dah wish dulu baru dapat hadia jadi macam tak best pulak. Baik aku pura-pura lupa dulu...padahaaal dah seminggu aku hafal tarikh ni tau!


Hope diorang semua happy dengan hadiah tak seberapa dari aku dan incik suami.


Shhhhhh....jangan habaq kat depa okey!


SELAMAT HARI IBU!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...