Fuh! Fuh! Fuhhhhhhhh!!!
Huh, berhabuk sawang dah belog peliharaan ni. Dah macam tak terpelihara dah pun. Huhu..Lama betul tak berbelog, fesbuk pun kemain berzaman takde hapdet status, semua gara-gara cik lappy ni rosak. Mogok gamaknya sampai habis semua file tak boleh bukak. Apatah lagi nak bukak google chrome ataupun explorer, memang tak dapek la. Katanya ada something missing from computer. Nak bawak pegi repair, aku sendiri pun takde masa extra, Hari-hari pun bizi, sampailah pagi tadi baru berkesempatan bawak cik lappy jumpa "doktor" bagi merawat mogok beliau. Huhu.
Jadi..jadi..apa cerita terbaru aku?? Eh ada ke yang nak tahu? Huhu..
Kalau nak ikut, baaanyaaakkk betol benda nak setori mori kat sini. Tapi sebab terlampau banyak aku sampai tak tahu nak mula dari mana.
Yang penting perut aku sudah mula membulat bagai bola.
Kadang tengok macam kandungkan baby boy.
Bila tenung-tenung lama sikit nampak melebar pulak..macam baby girl je kat dalam nun.
Hmm..konpius.
Tak sabar nak tunggu 10 Ogos ni..
Nak pergi next check up....check up yang ada sesi scan-scan. Yabedabedu!!! Hopefully baby tunjukkanlah anunya ye. Mama tak menyabor nak bersoping dah ni. Tapi selagi tak tahu gender, macam kurang passion pulak nak beli barang anak. Huhu.
Dan next check up ni jugak rasanya aku kena telan air gula. Omaigod!
Walaupun berat badan masih segan-segan nak naik..setakat 5 bulan pregnant ni berat baru naik 1.5 kg sajork dari berat sebelum pregnant. Adakah itu satu pencapaian yang harus dibanggakan?? Hmmm..Okey sambung balik tentang minum air gula, nurse kat klinik kesihatan kata, aku memang besar kemungkinan kena telan air gula tu sebab umur aku dah lebih 25 tahun. Memang kalau ikut prosedur, bakal-bakal ibu yang umur lebih 25 tahun kena minum air gula walaupun berat badan tak naik mendadak. Jadi sila redha.
Oh ye..tak lama lagi nak puasa. Ramai yang cadangkan supaya aku tak payah la puasa. Kesian kat baby katanya. Tapi kalau ikut hati nurani aku, aku nak cuba jugak puasa. Lagipun kuasa makan aku tidaklah terlalu lahap sekarang ni, rasanya aku mampu puasa kot. Paling tidak separuh bulan. Ceaaa..ada hati nak ponteng puasa 15 hari tu. Haha!
Apapun, mood untuk beraya memang tidak berapa ada tahun ni. Rumah aku takde kuih raya pun aku takde kesah. Aku takde baju raya pun...hmm ada aku kesah?
Yang penting keperluan anak yang bakal lahir ni dapat disempurnakan sebaik mungkin.
Harap semuanya dipermudahkan.
Amin..
Okey, itu je la kot nak taip.
Mata ngantok sudah. Baby dah bisik-bisik...
"mama...jom kita tidor"
Hehe.
Oh ye ke lebih 25 kena minum air gula? agaknya klinik kesihatan lain-lain, lain polisi kot. tempat saya gi, kalau umur 30 tahun ke atas/ ada sejarah keluarga kencing manis/ baby atau ibu tak naik2 berat, baru kena minum air gula.
ReplyDeleteXora...tulah, sy pun terkejut bila dpt tahu umur 25 tahun ke atas kena minum air gula. Bestnya kalau tak kena minum..huhu. Tapi ada yang kata air gula kat Labuan ni sedap, boleh teguk guk guk guk camtu je.hehe..
ReplyDelete