MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

ESOK PUASA YEAY!! ESOK PUASA YEAY!!


Esok puasa!!! Yeay!!

Wah..kemain confident lagi kan esok puasa padahal belum lagi announce kat TV..anak bulan pun orang tak tengok lagi. Hihi..

Tapi memang ramai kata confirm esok puasa. Raya pulak confirm 30 Ogos. Makna kata tahun ni kita puasa 29 hari sajork. Double yeay!!

Aku sebenarnya agak neves nak sambut Ramadhan tahun ni. Ada dua sebab...

Satu, sebab aku akan berpuasa dalam keadaan berbadan dua. First time ni. Neves toksah cakap lah. Heh.

Dua, ni pun first time jugak aku sambut puasa sama-sama dengan incik suami sebagai suami isteri. Even tahun lepas Ramadhan jatuh lepas kami kawen, tapi aku dengan incik suami takde chance nak puasa sahur sama-sama. Ate dah sorang kat KL..sorang kat Labuan. Camne?

Cuma dapatlah bersahur dan berbuka sama-sama awal Ramadhan tu. Bleh baca balik entri ni.


So aku pun tak berapa tahu sangat perangai incik suami ni time bulan puasa.

Beliau ni jenis bangun sahur ke tak ke..aku pun tak tahu. Kalau ikut perangai aku memang memanjang aku malas sahur. Perut aku memang boleh tahan lapar, cuma dahaga je susah sikit aku nak tahan. Weeeee.=)

Berbuka pun sama la jugak, pun aku tak pasti apa menu kesukaan incik suami. Yang aku tahu tiap kali berbuka wajib ada kuih depan mata. Kuih feveret beliau biasanya adalah karipap. Hmm..nampaknya bermula esok mulah misi aku mencari kuih karipap tersedap di bazaar Ramadhan nun.

Tapi apapun aku yakin sangat suami peliharaan aku ni tak cerewet bab makan. Kau hidang je la apa pun. Lauk belen-belen semalam pun dia boleh sauk telan..takyah panaskan pun takde hal.

Harap-harap tahun ni dapatlah aku berpuasa penuh. Dua tiga hari kebelakangan ni memang aku selalu dah briefing baby dalam perut ni tentang puasa. Harap-harap baby bagi kerjasama. Hehe.


Segala mak nenek koko crunch, honey star, susu segar, tuna, roti, sardin, drumet, nugget segala aku dah prepare siap-siap kat dapur. Itu adalah stok bekalan time sahur.

Tak lama lagi serunding and kurma akan terbang ke mari dari KL.

Heh...kurma pun nak import dari KL ke?

Ceh.





Jadiiiiii.....................






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...