Adeh, terlambat sikit publish entry ni. Takpelah..publish la jugak. Huhu.
Khamis lepas aku pergi rutin check-up macam biasa. Since dah masuk trimester ketiga ni memang kena check-up 2 minggu sekali, jadi terasa macam klinik tu dah macam rumah kedua dah. Boleh?
Tapi tentiba sayu hati bila pikirkan yang ini adalah last check-up kat Labuan. Jumaat depan aku nak terbang balik KL dah, so lepas ni kena continue check-up kat Klinik Kesihatan kat Ampang pulak lah. Dahlah bila masuk 36 minggu nanti kena check up setiap minggu. Ohh neves pulak hati kena pergi check-up kat tempat baru. Takut tak serasi dengan jiwa katanyaa..heh.
Since ini last check-up kat sini, so nurse kat situ pun banyak jugaklah pesan nasihat yang dibagi kat aku. Aku pulak tentiba ada mood pulak nak tanya soalan macam-macam kat nurse. Mungkin perasaan neves nak bersalin sudah mari..jadi baiklah aku dapatkan ilmu selagi boleh. Huhu.
1. Kesihatan diri aku.
Alhamdulillah..tiap kali check up aku berada dalam keadaan sehat walafiat. Paling-paling teruk pun masalah aku kalau ingat lagi dulu pernah sekali kena bebelan manja dengan nurse sebab berat terlebih naik. Huhu..tapi berjaya dimaintainkan balik sampai nurse situ pun sibuk tanya apa rahsia berat aku dah duduk balik on the right track.
Phewww!
Untuk check up baru ni, berat naik 1 kg untuk 2 minggu which is memang cantik sangatlah. Syukur.
Urine pun okey.
Tekanan darah normal..tapi nurse balik-balik suruh aku banyakkan rehat and cukup tidur sebab tekanan darah aku ni sikit lagi nak cecah 130. Petanda aku tak cukup rehat. Oh ye, nurse kata kalau baby terlalu banyak bergerak pun boleh efek mommy punya tekanan darah. Hurmm..patotlah. Si kecik dalam ni memang aktif. Asik nak praktis tendang bola je kekdahnya. Takpelah..mama suka sayang oii.
Bacaan hemoglobin nurse tak amik kali ni sebab katanya bacaan hb aku 2 minggu lepas dah cantik. Jadi tunggu 2 minggu lagi baru aku kena amik bacaan hb.
Rahim aku pun dah makin tinggi. Dah 32cm kalau tak silap. Tiap kali check up, tinggi rahim mesti akan naik 1-2 cm. Baguslah tu.
Heartbeat baby pun normal. Antara 130-140 gitu. Aku memang suka part dengar jantung baby ni. Kalau nurse tu dok tercari-cari mana jantung baby, aku akan cepat-cepat bagitau nurse mana duduknya jantung baby. Mama tau mana jantung kamu sayangg..nurse pun tak tau. Hehe.
So far..Alhamdulillah aku sehat.
2. Pesanan nurse.
- Sampai je KL nanti terus packing barang baby masuk dalam beg. Kiranya dah kena stand by barang baby and barang aku untuk di bawa ke hospital dah. Manalah tau...nak terberanak awal pulak kan. Oh ye, nurse pesan jangan sesekali bawak botol susu pergi hospital. Yep..aku memang tahu hal tu. Kalau awal-awal dah bawak botol susu, sama macam kita dah set mind nak bagi anak susu formula, bukan susu badan. Jadi botol susu diharamkan buat sementara waktu. Heh.
- Nurse pesan supaya aku jaga jarak kelahiran anak seterusnya. Heh, yang ini pun tak keluar lagi, aku dah kena pikir tentang anak seterusnya. Malu pulak rasa. Huhu. Tapi betullah tu, kena amik tahu hal perancangan keluarga.
Nurse kata sebaik-baiknya tunggu baby ni cecah umur 2 tahun dulu baru plan untuk mengandung lagi. Insyaallah...aku akan cuba jaga jarak kehamilan. Tapi kalau dah Allah nak turunkan rezeki sebelum baby cukup 2 tahun, takkan nak tolak kan? Apapun usaha tangga kejayaan. Hehe.
- Aku sempat tanya tentang false contraction. Maklumlah, umur-umur kandungan 34 minggu ke atas ni kita dah boleh rasa contraction palsu ni. Jadi nak jugaklah aku tau apa beza contraction palsu dengan contraction yang betul.
Nurse kata...
Contraction palsu biasanya muncul sekali dua je. Selang masanya antara contraction tu pun agak jauh. Biasa dalam tempoh sejam camtu. Maknanya kalau tentiba aku rasa sakit perut macam nak terberak tapi tak berak-berak, atau rasa sakit macam senggugut..nurse suruh aku kira berapa saat rasa sakit tu datang. Biasa dalam 10 saat gitu. Pastu tengok jam, pukul berapa sakit tu datang. Kalau lepas sejam sakit tu datang balik..relax lagi..jangan panik. Just alert dengan time sakit tu datang. Kalau itu adalah contraction palsu, biasanya lepas-lepas tu sakit tu tak datang dah. Kira macam main aci sembunyi la. Main-main je tu.
Tapi kalau contraction yang betul, yang memang petanda kita dah nak bersalin, rasa sakit perut akan terus datang dan datang dan jarak masa antara sakit perut tu makin lama makin dekat. Mula-mula mungkin jaraknya sejam..pastu jadi 40 minit contohnya..pastu datang selang 30 minit contohnya..makin dekat makin dekat sampailah sakit datang selang 10-15 minit. Ha itu memang dah nak bersalin sangat lah tu.
Tapi nurse pesan lagi..kalau just rasa contraction *peringkat awal* tanpa pecah ketuban atau ada bleeding, tak perlu goph sangat ke hospital lagi. Kalau pergi pun bukaan rahim biasanya baru 1-2 cm jek. Buat sakit kena seluk je nanti kalau pergi awal sangat. Tunggu sampai selang masa sakit tu makin dekat baru pergi hospital, jadi takdelah lama sangat bertunggu tangga lat hospital tu.
Tapi kalau dah pecah air ketuban atau ada blood spot atau bleeding..cepat-cepatlah ke hospital. Takut anak lemas pulak nanti.
Aku masa dengar penerangan nurse tu pikiran aku memang terbayang diri sendiri je panik-panik kat hospital. Haha.
Neves beb!!
Eh eh..terpanjang pulak aku menaip kali ni.
Okla..sampai sini je la.
Mesin basuh dah berenti dah tu. Nak sidai baju.
Boleh??
Haha!
Saturday, October 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hope everytg ok. pn yong n anak baik n selamat
ReplyDeleteSelamat untuk kamu jugak Farhanna!!=)
ReplyDelete