Senangnya hati hari ni sebab tadi pegi pregnancy check-up, semuanya adalah okey.
Berat okey. Naik 1 kg untuk 2 minggu which is sedang elok la kata orang.
Urine pun okey.
Tekanan darah pun okey. Legaaa..
Bacaan HB yang 2 minggu lepas turun jadi 10.5 dah naik balik jadi 12.1. Alhamdulillah...senangnya hati.
Jadi buat masa ini aku berada dalam keadaan yang sehat alhamdulillah. Moga berterusan sampailah melahirkan.
Eh arini kan nak share sikit tentang SET TILAM BABY.
Mahu tak?
Mahu laaa....hehe.
Hal bedding set anak ni memang amik masa lama jugak aku nak kasi setel. Tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. Tinggal tunggu tilam sampai rumah jek. Eh dengan bayar remaining payment. Hehe.
Aku tempah dua set tilam baby. Tapi dua-dua pun tilam kekabu.
Satu tilam untuk letak atas lantai atau bawak pegi travel.
Saiz tilam 23 inci X 33 inci
2 biji bantal kepala
2 biji bolster
1 comforter
HARGA??
RM150 *kalau guna kain sendiri. Kalau kain diorang, RM160*
Kedai ni ada banyak jugak design tilam baby. Tapi aku tempah yang design gini. Tak mau banyak-banyak ropol sangat, takut anak tak selesa nak tido.
kalau nak tempah set tanpa comforter pun boleh. Harga RM130. *kalau guna kain sendiri, tolak RM10*
Ini contoh set sekali dengan comforter
Gambar kat kat atas tu aku kopipes je dari blog akak kedai tu. Untuk tilam baby bertuah ni, aku guna kain ini.
Kain murah jek...huhu.
Tempah kat mana?
Tempah kat kedaiminikelantan.blogspot.com
Heh, gigih nau yongnana ni sampai ke Kelantan tempah tilam anak. Harap-harap paling lewat tengah bulan depan dah sampailah tilam baby ni kat depan pintu rumah. Ohh tak sabar.
Set tilam yang kedua adalah set tilam untuk playpen. Yep, kami laki bini memang berangan nak ajar anak tido dalam playpen. Tapi tak tahulah mahu ke tidak budak kecik ni tido atas katil sendiri. Kalau malam-malam menangis tak mau tido dalam playpen, memang terpaksa amik bawak tido celah ketiak mama dan abah la nampaknya. Heh.
Untuk set tilam playpen, aku tempah kat orang lain pulak. Kalau tadi tempah kemain jauh kat Kelantan, kali ni jumpa tokey tilam kabu kat area kampung halaman sendiri jek. Kuala Kangsar. Tapi tetap jauh dari Labuan. Haha.
Aku memang jatuh cinta amat pada hasil kerja tokey tilam kekabu yang sorang ni.
semua pict kredit to wanisa shop
Eh, beliau ni cikgu jugak tau..nak best lagi, cikgu Kemahiran Hidup (ERT) serupa macam aku. Bezanya beliau pandai jahit tilam baby comel momel kiut miut..tapi aku nak masuk benang dalam jarum pun amik masa 10 minit. Hoh!
Okey, berbalik kepada cerita tilam.
Aku amik set tilam yang ada:
- tilam kekabu saiz 28 inci x 35 inci *tapi saiz playpen baby 28 inci x 41 inci..takpelah.*
- 1 bantal kepala kecil
- 1 bantal kepala bentuk karipap *yang ada lekuk kat tengah-tengah tu*
- 2 biji bolster
- 1 comforter saiz 37 inci x 37 inci
Sebabkan tokey tilam ni punya hasil kerja semua cantik-cantik sampai rambang mata aku nak pilih, sudahnya aku serah kat tokey kedai je untuk pilih design kain untuk tilam baby aku. Yang penting aku tak mau yang terlalu boyish atau terlalu girlie. Kalau boleh biarlah yang boleh dipakai oleh dua-dua jantina baby. Manalah tahu kot-kot esok-esok ada rezeki dapat anak perempuan pulak khennn..takkan keje asik nak membeli tilam je. Huhu.
Sudahnya tokey kedai tu suggestkan aku design ini.
Oh terus jatuh chenta! Suka sangat!
Ini pulak comforternya. Kalau baby tak mau guna, biar mama and abah yang landing atas comforter ni. Kuit bangat bagi aku. Heh.
Harganya??
Hurm..aritu masa sesi discussion tentang harga segala, tokey kedai bagitau total harga untuk set aku ni RM250. Bila aku tanya berapa hengget nak bayar deposit..katanya tak payah, dah siap nanti baru bayar. Wahhh kelass kau kak, nampak nau bisnes maju sampai berani mati tak amik deposit. Yelah..kalau agak-agak customer lari pun, berduyunnnn tibaaa *versi Juliana Banos* nak beli tilam ni kan?
Heh.
Kalau ada yang berminat..boleh la klik klik blog Wanisa Shop ni. Klik sini.
Eh jangan pulak kamu-kamu ingat aku dapat diskaun ke apa ke promote bsines akak tilam berdua ni ye..diorang pun tak tahu aku ada blog gamaknya. Niat aku cuma mahu berkongsi..manalah tahu, ada antara kita yang memang tengah mencari set tilam untuk baby.. Kurang-kurang entri cabuk ni boleh membantu memperbanyakkan pilihan.
Okey, itu je la untuk masa ni.
Sat lagi nak masuk kelas..kena jaga budak exam.
Daa!!
wahh dpt whole set @rm250 je ke?murahla...bestnye...ayda ari2 tempah quilt+bolster+pillow+bumper cot aje pn dh rm130,no comforter no tilam no bantal karipap pn...huhu tgk hasil kerja tuan punye blog tu pn sgt cantik kn,yg ayda beli nmpk mcm cntik jugak tp sgt nipis la pulak rsnya..:(
ReplyDeleteape kod set ni ek?
ReplyDeletetilam play pen tu sangat comel! huhu
ReplyDeletewarghh lg bnyak choice lg penin nk pilih.. semua syantik2.. tapi sy dh order kat bilik jahit anggun.. hope ok..
ReplyDeleteAyda...kat Wanisa Shop ni boleh je kalau nak tempah tilam jek. Tapi tak sure pulak harga berapa. Cubalah roger tuan kedai.=)
ReplyDeleteAnon..saya rasa tuan kedai ni takde pakai kod2 pun pada tilam dia..kalau awak nak kepastian boleh contact tuankedai tu by emel. Mungkin dia boleh membantu.
Amal..comel kan? Semua pun comel..berpinau mata nak pilih.haha
Farhanna..Saya ada jugak jumpa kedai Bilik Jahit Anggun tu..kira jadi stalker jugak la kat kedai tu. Not bad hasil kerja dia..cantik jugak. So harap baby kamu suka..=)