MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, February 25, 2011

BILA PERDANA MENTERI LALU DEPAN RUMAH

Huishhhh!!

Penat sungguh!


Dari tadi dok gigih meyapu, mengelap, membasuh segala. Pendek kata semua kerja-kerja yang cindarella penah buat semua aku buat hari ni.


Ini pun menaip entri sambil pegang penyapu ni tau. Heh.


Rasa macam nak menyapu 3 kali round lagi lah.



Bukan apa...


Esok PM nak mai Labuan.


Nak ke taman tempat aku tinggal ni katanya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mana lah tahu beliau singgah masuk minum-minum kopi dulu kat rumah aku ni ha...




Pheww! Perasan!

Thursday, February 24, 2011

NAK MENANG KELAS PALING CERIA PUNYA PASAL.




Entri ini rentetan dari entri ini. *siapa belum baca sila baca. Kalau tak mau, sudah.*


************************************************************************

" Cikgu dah beli dah segala langsir, alas meja, alas notis board semua untuk kelas kamu ni. Jadi bila kita nak pasang semua tu??"


" Hari ni cikgu!!"

" Waktu rehat nanti cikgu!!"

" Sekarang pun boleh cikgu!!"



Ahhh sudah..teruja lebih nampaknya bebudak ni dengar aku dah beli kain langsir segala.


"Okey okey...kita akan pasang langsir, alas meja, alas notis board segala ni semua esok. Esok kan cuti Maulud Nabi, jadi siapa yang tinggal dekat-dekat dengan sekolah ni boleh lah datang esok."


" Okeyyy cikgu!!"

***********************************************************************************

Esoknya...tepat jam 8 pagi, aku dah terpacak di sekolah yang sunyi sepi sebab semua orang bercuti. Aku je yang hegeh-hegeh baru nak decorate kelas. Padan muka!


Tak lama lepas tu...terpacak pulak dua orang budak lelaki depan aku.


Alhamdulillah..ada jugak yang datang. Harap-harap kejap lagi muncul la lima nam orang lagi. Lagi ramai lagi bagus, cepat siap kerjanya.

















Tapi.....



Huh nan ado!


Bengang pulak aku. Semalam kemain berderet angkat tangan tanda boleh datang. Tup tup hari ni, jangan kata batang hidung..selai rambut diorang pun aku tak nampak. Huh!


Tapi takpe..berbekalkan kederat dua orang anak murid yang sangat dedikasi itu...misi harus diteruskan.


Sorang setelkan hal alas meja. Gigihlah beliau mengalas 30 biji meja tu seekor diri.


Yang sorang lagi komited sungguh memasang langsir *guna stapler sajork..mudah dan cepat.hehe*. Dah siap langsir, beliau pasang alas pada notis board depan dan belakang kelas pulak. Huh memang mengah aku tengok.


Aku??

Aku macam biasalah..kata cikgu..jadi pemantau ala-ala nazir sekolah tu sudah lah. Haha..Takdelah, aku pun sama naik jugak memanjat menstapler, memaku tekan segala. Sampailah tetiba rasa macam tak cukup tenaga buruh...uiii penat woo nak setel semua denga kederat dua orang budak lelaki 13 tahun dan seorang guru cun lagi comel berusia dua kali ganda. Ish...memang tak cukup. Jadi terus aku roger-roger hero poojaan yang sedang bersenang lenang kat rumah tu.


"Hello abanggggg...muleh tak abang datang sekolah tolong kitorang decorate kelas ni. Budak ada dua ketul je bangg..sian kat kami. Errr...datang nanti bawakkan makanan sekali ye..kalau tak dapat nasik lemak, kepsi pun jadilah..hihihi"



Paling tak percaya...beliau sungguh-sungguh datang! Sungguh-sungguh bawak makanan jugak tu. Tapi bukan kepsi la..cuma kuew teow goreng bertatahkan telur mata kerbau. Jadilaa...dari takde langsung. Huh.


Jadi mehla kita tengok gambar kelas aku yang dah di decorate ala-ala rancangan ANDA ADA 60 SAAT sebab semuanya dibuat dengan pantas dan tangkas. Kekemasan tidak lagi diambil kira. Hahaha.

Sila angkat kerusi letak atas meja..cikgu nak sapu kelas sekarang



Sekeping carta harga RM8..kalau dah 12 subjek?? Tak ke sejuta??? Huh.


Board depan kelas menggunakan carta beli saja. Cepat Mudah dan Mahal. Haha.



Board depan kelas belah kanan pulak..jadual waktu dan jadual bertugas adalah hasil kekretipan cikgu kelas yang sungguh bitara. Pheww!







Gambar paling menyentuh hati...


Incik suami yang keletihan dan kemengahan membanting tulang mendecorate kelas yang mungkin tak pernah dibuat seumur hidup beliau. Hahaha. Tenkiu laling!!



Gambar paling ralat....





















Tiada gambar dua orang budak yang sangat berdedikasi dan bermamakasi menghias kelas mereka. Huh..ralat sungguh!




Sekian laporan dari bilik berita.

Wednesday, February 23, 2011

KALAULAH AKU PUNYA.......

Kalau lah aku ada lebih dari 24 jam sehari...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Musti syiok kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dapatlah aku hapdet belog yang dah bersawang lalang ni setiap hari.


Kan? kan?


=)










Ceh, kau yang malas...salahkan masa pulak. Coi!







Tuesday, February 15, 2011

BILA HATI ADA LELAKI LAIN..



Persiapan kawen semakin rancak. Kalau ikut jadual, lusa aku akan menikah dengan seorang lelaki yang aku sendiri tak kenal sangat siapa dia. Sumpah aku tak mahu. Aku masih cinta dan sayang suami aku. Dialah cinta mati aku. Pheww!


Abis kalau kau dah punya suami kenapa meroyan nak kawen dengan orang lain ni? Gilo ko?


Entah..aku pun tak tahu kenapa aku jadi gini. Kenapa aku boleh kiong akai nak terima semua ini.

Incik suami masih lagi suami aku. Mungkin esok keadaan akan berubah. Aku jumpa beliau tadi...mungkin kali terakhir. Sedih...aku tengok beliau pun sedih. Renung wajah aku dengan seribu pertanyaan yang aku pun tak tahu nak jawab. Tapi kalau seribu soalan tu soalan sifir mungkin aku boleh jawab lagi sebab sekarang dah ada kalkulator untuk kira.



Tiba-tiba.....



Incik suami pengsan!!!


Mungkin terlalu sedih dan tertekan dengan situasi gila ni semua, sampai pengsan beliau. Aku panik. Tak sampai hati aku tengok keadaan incik suami. Siapa yang boleh tahan emosi bila terpaksa lepaskan isteri tercinta untuk lelaki lain. Ohhh tidak!!


Air mata aku mula bergenang..


Aku menangis..

Menangis..




Dan makin kuat aku menangis..



Abanggggg!!!! Jangan tinggalkan kite!!!


*siapa yang tinggalkan siapa sebenarnya ni ntah la.*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BLINK!!!!!


Aku tersedar.


Mimpi rupanya. Coi!


Tapi peliknya aku betul-betul menangis. Even dah terjaga tapi masih menangis sedu-sedan. Toleh sebelah cari incik suami......


Hoh, tak de. Betul-betul dia tinggalkan aku ke?


Wuaraghhhhh!! Makin kuat aku teriak


Terus bangun pegi bilik sebelah..nampak incik suami tengah main internet. Incik suami tengok aku menangis sedu sedan terus beliau pulak yang panik.


Biasalah kalau dalam situasi begitu musti sang suami akan peluk erat-erat sambil bertanya.."kenapa ni yang..kenapa menangis ni.." Haha..boleh imagine sendiri.


Aku pun jawab..


"Kite mimpi......."



Terus incik suami buat muka menyampah meloya...hahaha.



* Tapi awak tahu saya mimpi apa?? Saya mimpi kita dua kena.........kena......huii..tak sanggup nak taip kat sini!*

Sunday, February 13, 2011

ELOK AKU BLAJAR TARIAN SINGA




KOMIK AHAD...lalalala

Arahan: Sila klik pada gambar untuk tumbesaran bagai johan


Dialog: Aduii!! Main dukung anak pulak..Tak nampak la wei!

Dialog: Tak boleh jadi ni..kena ke depan jugak ni. Kalau tak kempunan aku nak nengok singa ni.



Dialog: Wahh!! Lompat pakai satu kaki...kagummm!



Dialog 1: Abggg!! Jomlah balik..sudah-sudahlah tu nengok singa..Haih!
Dialog 2: Ye ye..Baikk. kita balik..kita balik..



Dialog: Ish! Tak abis lagi singa tu menari dah nak balik dah..potong betol la bini aku ni!




Ye..aku memang seriau tengok tarian singa. Dari dulu kini dan selamanya.. *gelaklah gelak..*



Selamat Tahun Baru Cina!! *lambat nau nak wish*



Saturday, February 12, 2011

1ST TIME BELI KAIN 50 METER SEKALIGUS!

Jadi guru kelas adalah letihhh!


Dapat pulak kelas penuh hero-hero seantero dunia. Bayangkan kelas aku cuma ada 5 orang je budak perempuan. 25 orang lagi adalah lelaki. Pheww!


Awal-awal tahun ni biasalah..pertandingan keceriaan kelas dah start. Jadi langsir kelas nak kena beli, alas meja budak nak kena sediakan, segala mak nenek jadual kelas jadual bertugas kata-kata hikmah segala nak kena buat. Bagi cikgu kelas yang pegang kelas hero macam aku ni memang toksah harap la bebudak tu nak hias kelas masing-masing. Memang harammm. Nama pun budak lelaki..nak mintak sapu sampah pun kena laung berkali-kali baru nak capai penyapu, ini pulak nak suruh decorate kelas bagi cantik menawan. Memang tak la. Mintak tolong kutip duit kelas seminggu lima posen pun liat. Haih!


Jadi nak tak nak kenalah aku yang berkorban jiwa dan raga. Semalam hangkut la incik suami bawak pegi kedai kain dengan tujuan murni yang utama nak cari kain langsir dengan alas meja untuk budak-budak. Aku cari kain yang palinggggg murah yang ada dalam kedai tu. Semeter 2 hengget. Hehehe..jadilah nak buat belasah-belasah dalam kelas je pun.


Jadi lepas dah puas memilih 50 meter kain..jumlah wang yang terkorban di kedai kain semalam adalah seratus tujuh belas hengget dan kosong sen. Kira sedekah je la kat budak-budak.



Tapi budak-budak...korang kalau ujian nanti ramai yang gagal, cikgu balut sorang-sorang dengan kain-main ni segala. Siapp!

Tuesday, February 8, 2011

SELONGKAR BEG DUIT ARTIS



Hari ni nak entri ekslusif selongkar beg duit!!

Beg duit siapa??

Hmm..mula aku ingat nak selongkar beg duit Dato' Siti ke Kak Pah ke Fasha Sendat ke *haha sumpah tak la* tapi sebab bajet ketat maka aku terpaksa tukar plan ke plan famili aktif 5. Haha takde kaitan!


Memang tak la kalau aku nak selongkar beg duit artis-artis ternama terhebat tersendat segala ter ter tu kan, yang aku mampu..selongkar beg duit sendiri sajork. Mahu tak mahu korang kena bagi mahu jugak. Ini adalah rompakan! Sila skrol down dan baca!!


Hamboi...memaksaaaa. Huuuuu





Ini adalah purse aku. Jika terjumpa di mana-mana harap pulangkan ke balai polis berdekatan. Harap maklum.



Ini adalah bahagian dalam. Nampak tak, nampak tak? Purse i kemassss gitu. Heh!



Nah! Isi segala perut dalam purse.

Berdiri dari barisan depan adalah gambar-gambar pasport kami laki bini. Untuk makluman kami saling bertukar-tukar gambar pasport buat pelepas rindu bila sang isteri balik kampung selalu. Haha.

Berdiri di barisan tengah adalah segala mak nenek kad-kad yang ada dalam simpanan. Dari kiri adalah kad matrik masa amik degree di UiTM Segamat tahun 2003-2007. Kad kuning tu pulak kad matrik masa sambung profesional course kat UiTM Shah Alam tahun 2007-2008. Memang tak dinafikan kad matrik kat Shah Alam lebih cantik dan canggih. Buat diri ini rasa tak nak bukak kad matrik. Rasa nak mandi pun nak kalung kad matrik. Haha tipu!


Kemudian yang disebelahnya adalah kad matrik masa study kat UPSI. Dah gatai nak jadi cikgu pulak kan, jadi kau kalunglah satu lagi kad matrik. Huh, hidup aku memang penuh dengan kad matrik jek. Itu pun ada sekeping lagi takde dalam simpanan. Kad matrik masa amik matrikulasi kat Arau. Aku dah serah kat incik suami suruh dia simpan bikin pusaka. Haha


Okey abis dah kad matrik. Kemudian aku ada kat ATM. Ohh ini adalah sangat harta. Takde kad ATM ni memang susah hidup. Tapi kalau ada kad ATM je tapi duitnya takde pun hapa guna hoh? Haha.


Sebelahnya ada i.c. Biasalah i.c kan memang kena hangkut ke mana saja, kalau tak tak pasal pulak kang kau pulak kena hangkut naik lori sekali harung dengan PATI. naya!


Tu..tu..nampak tak? My kad nikah dah siap!! Bangga gila ada kad nikah, terasa macam separuh sempurna diri ini. Haha.


Yang hujungggg sekali tu lesen memandu aku. Ini memang lesen gajah putih layaknya. Renew dah berkali-kali dah tapi membawak kereta haraammmmm. Tapi Insyaallah dalam masa terdekat ni aku akan mula pegang stereng kembali. Stereng Honda City gituuu....wahhh! Berangan!


Ha yang berdiri paling belakang tu kamu pun tahulah..duit-muit yang tak seberapa yang aku ada. Kadang-kadang purse aku ni kering kontang tak berduit. Sedih..Huhu.


Yang kertas-kertas menyemak tu biasalah..resit-resit membeli belah aku. Hatta shopping kat kedai jual ikan pun aku gigih simpan resit. Bukan untuk kegunaan rekod belanja pun..saja..meyemak purse. Bagi efek purse tebal konon banyak duit. Hahaha!


Sekian sahajalah karangan saya yang bertajuk "Aku Seketul Beg Dompet".

Monday, February 7, 2011

BYE BYE HUBBY..I DAH ADA BUAH HATI BARU!



Isnin already kan?

Huhu..dah jauh malam nak masuk hari Selasa baru nak buat entri tentang hari Isnin ke? Huh..lambatttt.


Monday memang selalu blues. Tambah lagi bila baru naik cuti sekolah seminggu....huuuu memang blues blues blues. Nak melangkah naik tangga nak ke kelas nun kat tingkat empat pun lutut rasa longlai semacam jek. Rasa macam nak kena sapu french oil ke hapa bagi kaki laju melangkah. Haha.


Tapi nasib baiklah hari ni takde bala petaka berlaku samada dalam kelas mahupun luar kelas. Anak murid pun semua nampak macam masih dalam blues je belaka. Yang sambut raya cina baru ni lagilah..kemain berderet sambung cuti. Yang tak sepatutnya sambung cuti pun amik kesempatan..ate 1 Malaysia katanyaaa....huh.



Kalaulah cikgu pun boleh suka suki sambung cuti kan syokkkkkkkk.....


Bolehlah aku extend masa untuk main-main dengan my buah hati terbaru sekarang ni..



WAN SHAQIL FAHIM BIN WAN MOHD FARID



baru dua minggu dah pandai posing yek kamu



The best pipi ever..saling tak tumpah macam pipi mak yong beliau. heh




gaya tido pun tak nak kalah....


Really miss him..


Mama tolonglah mama...Papa tolonglah papa..Aku sedang mabuk cinta..Muahhh! *apakah??*

Thursday, February 3, 2011

KENA TAG!

Haluuuu!!

Wah lama tak hadap belog. Cuti sekolah katanyaaa..jadi haruslah aku bercuti berjimba lalala kan? Tambah lagi sekarang ni aku ada di semenanjung.Uiiihh..balik mesti balik..walaupun baru je balik KL sebulan lepas, harus balik lagi bila-bila masa ada tiket murah. Hahaha! Sekarang ni pun tengah best melayan udara segar bugar di Kuala Kangsar. Memang sorga!


Sebenarnya takde idea konkrit nak menghapdet arini, tapi tentiba tadi ada dapat tag dari seorang blogger nama Meey@ .. jadi ada baiknya aku jawab tag beliau. Untung-untung boleh jadi entri. Haha.


Arahan: Baca soalan sebanyak lapan kali dan kemudian jawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan sehabis baik dan sehabis tenaga jiwa dan raga.

1. Apakah status anda?
Errr..ini tanya status fesbuk ke hapa ni? Kalau status fesbuk yang terkini rasanya -none- sebab aku malas nak bubuh pape status kat fesbuk hari ni. Nak rahsiakan aktiviti dari pengetahuan incik suami kononya.miahahaha!

2. Ceritakan tentang diri anda
- comelmontel kononnya *nak taip gemuk tapi takut diri sendiri merajuk nanti*
- garang..tak percaya tanya inick suami. Nak tanya anak murid pun boleh. Itu bahan bukti paling kukuh setakat ni. Hehe
- cukuplah dua je..taip panjang-panjang pun bukan korang hafal.hehe

3. Ceritakan tentang blog anda
Setahun lepas, decide nak ternak belog konon nak cerita segala mak nenek tentang persiapan majlis kawen yang dah pun berlansung 4 Jun 2010 lepas. Lepas je majlis abis, terus rasa nak tukar tema content jadi carca marba. Lantakkan la aku nak taip tentang hapa pun. Ada korang kisah? haha

4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog
Jangan biarkan dunia anda diselubungi misteriiiiiiii....hiiiiii hiiiii hiiiii....

5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog
Bukaklah..tak kena duit pun *guna blogger la*. Abis-abis pun kena bayar duit berokbeng dengan duit bil letrik je.

6. Nyatakan keunikan blog anda
Dah empat kali taip delete taip delete untuk jawap soklan ini. Jadi keputusannya aku nak kata belog aku takde apa yang unik. titik. Huhu

7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog
Sampai aku rasa dah tak reti nak guna komputer/laptop lagi dah. Haha

8. Tag 5 orang yang anda nak kenal
Apa barang tag 5 orang derr? Aku nak tag SEMUAAAAAA FOLLOWERS aku! Terimalah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...