Aiii lah!
Rasa tak sabarnya nak menghabiskan rejim berpantang ni. Wahh kemain rejim lagi kan? Padahal takdelah berpantang sangat pun. Prosperity burger pun aku bedal je jah oii. Haha!
Nak cerita pengalaman berpantang kena tunggu habis tempoh pantang dulu la kan? Hari ni dah masuk hari ke 25. Ada 19 hari lagi nak menyampai ke hari 44. Ohh lama jugak tu. Tapi takpelah, macam aku cakap tadi..aku ni takdelah pantang ketat-ketat sangat pun. Malam nanti aku call je Mc Delivery order properity burger 1 set besarrr punya. Miahaha!
Sebenarnya aku nak kasi tunjuk gambar anak hensem aku yang sorang tu selepas 25 hari menjenguk dunia.
Berbezaaaa sangat rupa dia banding dengan time dia lahir dulu.
Ini adalah gambar beberapa minit selepas Aidi dilahirkan.
Badan halus jek. Kata 2.68 kg sajork. Mama dia je yang berat terlebih melebih membawak ke 97 kg masa mengandung. Muahaha!
Pipi macam nak tak nak je isi duduk situ.
Badan ringan ya amat sampai aku rasa macam nak melayang-layang Aidi bila aku dukung. *tipu*
Rambut tak lebat sangat..tapi masih ada jugaklah rambutnya di kepala. Ni turun aku la ni lahir-lahir rambut tak berapa nak lebat.
Itu cerita masa Aidi baru baru lahir dulu. DUlu tak dulu sangat lah..25 hari lepas. Heh.
Sekarang..
Tu diaaa...
Aidi kah ini?
Haha!
Hasil penangan susu mama sebanyak kurang lebih 28 - 30 oz sehari, maka berkembanglah Aidi seperti di atas.
Pipi dia...semakin membelon. Kira sekarang kalau letak muka aku dengan muka Aidi sebelah-sebelah aku takdelah malu sangat sebab pipi tembun sebab sekarang dah ada geng. Hehe.
Badan dah makin berat. Masa Aidi umur 12 hari, ada nurse dari KK datang rumah buat lawatan..dia timbang Aidi masa tu berat dah cecah 3 kilo. Itu berat 12 hari. Sekarang dah 25 hari, tak tahulah berapa berat Aidi. Tunggu Khamis depan nak pegi KK buat untuk check up sebulan. Entah-entah dah 4 kilo tak? Ke lebih? Huhu..
Kalau dulu rasa macam dukung kertas je Aidi ni *metafora tak boleh blah*, sekarang ni rasa macam kendong beg beras. Lengan kiri aku ni sampai dah kebas 24 jam. Kalau kena cubit pun takde rasa apa dah. Serupa kena bius. Huhu.
Rambut??
Ini paling Maharaja Lawak Mega. Belum pun buat majlis cukur jambul..rambut Aidi dah hilang entah ke mana. Makin hari makin takde rambut dia. Aku suspek gugur tapi biasanya baby selalunya gugur rambut bahagian belakang kepala, orang panggil gugur bantal..tapi Aidi ni hilang rambut kat bahagian atas kepala. Nak bagi nama apa entahlah. So sekarang rambut Aidi kat atas kepala dah tarak. Mama kata dah macam kepala Ridzuan Hashim pelakon tu. Sikit lagi boleh jadi kepala Harith Iskandar...Halussssss.
Sekarang ni setiap hari bangun pagi mesti teruja sebab nak tengok apa lagi perkembangan Aidi untuk hari-hari baru.
Makin tembam ke?
Makin kuat meragam ke?
Makin banyak akal ke?
Makin mengada ke?
Ohh pendek kata setiap hari penuh dengan teka teki.
Pendek kata lagi..
Seronoklah jadi mama!!
Si tembam..si botak..Lena di bahu mama.
Thursday, January 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KK? dh blk Labuan ke?
ReplyDeleteamboi comelnya..
ReplyDeletemembesar bak johan dah...
tahniah2 :)
makin comel yer aidi rizqy ni =)
ReplyDeletewah..dah x lme nk abh pntg..sy br 7hr..2 pn dh bedal prosprty gk..hehe..
ReplyDeleteaidi comey cm mama die..=)
betul ar orang cakap..baby memang sangat cepat besar..:)
ReplyDelete