Aku ada satu kemusykilan la sekarang ni.
Aidi ni ha...apa kuat nau beliau menyusu sekarang? Lepas dah habis sebotol (2 - 3 oz), mintak lagi sebotol. Selang berapa minit, nak sebotol lagi.
Boleh kata celik mata je kuak kuak nak susu.
Nak bermain pun nak kena sulam dengan susu.
Pastu nak tido pun wajibulghunnah lah sumbat susu lagi.
Aduhaiiiiii...
Konpius mama jadinya.
Ni aku nak tanya kat mommy mommy yang hebat berpengalaman banyak ni, apa normal ke baby dalam hari cenggitu?
Pastu aku nak tanya lagi..apa boleh ke kita keep on bagi bagi bagi susu banyak-banyak kat baby dalam selang masa yang singkat. Contohnya dalam tempoh sejam baby minum susu lebih dari 4 oz. It is okey?
Sumpah aku keliru.
Cuma aku selalu dengar cakap-cakap yang kata susu ibu boleh je nak bagi banyak mana pun, kalau susu formula lain la sikit. Tapi aku risaulah jugak..asik bagi bagi bagi je kang termuntah susu pulak anak tu. Tapi aku tak pernah lupa nak burpp *sendawa* kan Aidi tiap kali lepas dia habis minum satu-satu botol. Fobia kot dengar banyak sangat kes baby tersedak susu sekarang ni.
Aku sebenarnya takdelah asik anak nanges aku nak sumbat susu je manjang. Aku sedar jugak baby menangis tak semestinya dia lapar. Mungkin pampernya berisi ke, perutnya tak selesa ke, kena geget semut ke, terkejut bunyi bising ke apa ke kan..aku sedar jugak tu. Sebab tu selalunya aku cuma cepat-cepat bago Aidi susu bila dia bangun tido and nak tido je. Antara-antara waktu tu selalunya aku cuba stop kan nanges dia guna alternatif lain.
Kadang aku dodoi-dodoi je dia boleh senyap.
Kalau tak jalan jugak, aku check la pampers and perut dia.
Tak jalan jugak..aku ajak dia main timang-timang. Suka betul Aidi kena timang sambil mama dia nyanyi lagu one little two little three little indian. Heh.
Kalau dia dia mengobak *nanges* jugak..aku cuba masukkan hujung jari aku dalam mulut dia. Kalau dah dia hisap jari aki serupa anak burung dapat makan tu maknanya memang kelaparan sangat la tu. Terpaksa lah aku sumbat susu jugak walaupun baru kejap tadi dia minum susu dah.
So back to kemusykilan aku tadi..
Adakah sesuatu yang normal dan okey kalau aku bagi Aidi minum susu badan bergelen-gelen dalam tempoh masa yang singkat??
Ada sesiapa boleh bantu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jiran ayda pn alamai keadaan yg same mcm yong,baby dia boy jugak,asik nk susu je,selang sejam kot smpai susu yg dipam pn xdpt penuhi demand dia,last2 dia bg FM..baby dia skg dh 6bln,berat 10kg..org ckp baby boy mg kuat mnyusu,wallahualam...as long as berat dia still dlm kolum putih ok la kot..
ReplyDeletekekdg baby bila nak berubah bulan baby memang perlukan susu lebih...
ReplyDeletejgn risau le selagi dia minum susu mama nya...lagipun bila baby nak belajar buat benda baru dia perlukan susu lebih dari biasa...
kalau muntah susu pun normal jugak...kalu berlarutan kena la amik kesah jugak...
Anak saya Along pun gitu gak kalau nak berubah bulan...minum banyak..
err ok je kot.. lagipun susu badan kan. aidi nak membesar kot tu ehe
ReplyDeletei mmg xde pengalaman lg la bab2 nyusu ni..tp i mmg ade dgr kalu baby boy ni mmg kuat menyusu..
ReplyDeletekalo x silap baby boy mmg kuat menyusu.. ikut pengalaman mak sy yg ada 2 org anak lelaki huhuu
ReplyDeleteBaby boy mmg mcm tu kot. Lagipun takpe la.. dia membesar. kalo dia kuat menyusu tapi badan halus jugak, itu mmg patut risau.
ReplyDeleteolla sis!!
ReplyDeletelama tak tgl jejak kat cni..
my blog buat hal..
so i dah link ur blog..
ni my new link ok..
http://mamacintapa87.blogspot.com/
nana... mmg normal bagi baby yg minum susu ibu. Susu ibu adalah cair berbanding dengan susu formula.. oleh sebab itu susu ibu mudah dihadam...bila dh di hadam.. (baby buang besar, buang air besar, berpeluh).. baby mmg akan kelaparan...
ReplyDeletephewww... nmpknya mommy fisha pun kena get ready buat stock EBM bebanyak... risau gak kowt2 enche bby pun kuat nyusu cam aidy nie... hhehehheh
ReplyDelete