MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, February 5, 2012

Ada Yang Rindu Saya keww??

Baa Cak!!

Hai!

Ada yang merindu keww??

Huhuhu.

Charger laptop i rosak la u...that why la i tak dapat nak hiburkan hati u all u all yang tiap hari kelik kelik belog tengok ada entri baru ke tidak ni..muahahaha. Baru tak hapdet belog berapa minggu dah ber i i ber u u gitu. Dasarr!!

Tapi betullah charger laptop rosak. Dari belum habis pantang sampai sekarang Aidi dah nak masuk dua bulan dah ha..baru berkesempatan nak menaip lagi di belog peliharaan ni. Ingatkan memang dah kena resign jadi blogger dah. keh keh keh.


Aku sekarang dah habis pantang dah. Lama dah habisnya sampai siap aku dah period balik dah. Wahh gitu! Cepat nau aku period balik kan? Itulah..apa nak buat, aku tak mampu nak fully breastfeed Aidi. Cuma dapat halfly breastfeed jek. Selebihnya terpaksa jugak top up dengan susu formula. Makanya cepat jugaklah bestfren setiap bulan tu datang balik menjenguk diri. Bila aku khabarkan pada incik suami, jawapan beliau...."Ha eloklah tu.bolehlah kita dapat baby girl pulak pasni."

Begituuuuuu ayat power dia. Anak yang ada pun baru nak cecah dua bulan, dia dah pikir anak nombor dua pulak. Coi!


Eh sebenarnya kan, banyak betol benda nak pahat dalam belog ni tau.

Nak tulis pasal pengalaman berpantang yang tak berapa nak pantang tu. Hik hik.

Nak cerita pasal perkembangan Aidi yang dah semakin keletah tu. owh beliau dah pandai bersembang sambil gelak-gelak ketawa tau? Gerammm!!

Pastu rasa macam nak share info tentang baby stuff yang aku dah beli. Manalah tau ada yang boleh dijadikan rujukan untuk mommy mommy to be kat luar tu. Walaupun barang-barang Aidi takdelah yang branded branded va va voom pun, tapi aku percaya baby stuff yang biasa-biasa tulah yang ramai yang nak tau review nya kan? kan? kan? =)

Nantilah..bila aku dah berjaya beli charger laptop yang baru nanti, aku lunaskan semua janji janji ku padamu. Wahhh!

Bukan aku tak nak beli charger, aku dah pusing satu Ampang Point *jer lah* mencari charger laptop Dell, tapi hampagas..tak jumpa.

Ker ada sesape nak sponsor charger laptop untuk aku?

Boleh aku hapdet belog setiap hari. Sehari 3 4 kali pun boleh. Janjiiiiii pelesu!!

Penutup entri *habis macam tu je*, tataplah gambar-gambar Aidi yang dah berjaya memontelkan diri beliau.

Sumpah aku tak larat nak ketimang ketimang tinggi tinggi dah anak aku sorang tu.

Berat walaweii!!


Aidi di hari jadi Abang Shaqil beliau. Umur 1 bulan 4 hari masa ni. Dah bam bam kan?



Ini pulak selang seminggu dari gambar di atas. Muka tak kuasa nak layan mama dia asik nak snap snap gambar je keje. Alasan, nak MMS kat abah. Hehe.



Ini Aidi..kelmarin. Umur sebulan 3 minggu lebih kurang. Aidi nak follow mama pergi kedai depan, beli nasik lemak. Sebelum ke kedai kiut je rupa..sampai kedai kemain meraung ajak balik. Nak susu katanya. Mama pun apalagi, tolak stroller kemain laju macam masuk sukaneka. Muahaha!!


Daa!!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nana,cepat le update pasal barang2.kita pun tgh nak membeli jugak ni..boleh la jadikn panduan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...