MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 5, 2012

Anak Kedua. Bila?


Anak kedua.

Bila??

Aku kan banyak terbaca pendapat orang kata baby first dengan second eloknya dekat-dekat. Sebab nanti depa boleh rapat, boleh jadi kawan. Nanti anak ketiga keempat seterusnya bolehlah jarakkkan sikit.

Ada jugak yang kata anak eloknya jaraklah sikit paling tidak 2 tahun. Bagi peluang yang sulung membesar, rasa kasih sayang sepenuhnya baru bagi adik.

Mula-mula aku setuju dengan pendapat kedua. Yang kata elok dijarakkan. Jadi aku memang dah simpan dalam hati nak jarakkan anak at least tunggu Aidi setahun setengah baru pikir nak anak lagi. Tapi yang lawaknya aku takde amik apa-apa pelan perancangan keluarga.

Pil tak makan

Suntik pun tidak.

Implan pun tak.

Ikat-ikat apa semua lagilah takde.

Sebab suami tak izinkan.

Jadi aku melalui kehidupan yang biasa macam sebelum mengandung dulu. Cuma bezanya sekarang aku kerap tengok kalendar dan kalendar aku penuh dengan macam-macam tanda.;p

Aku jadik macam risau gila kalau aku lewat datang bulan. Bulan lepas aku lewat seminggu. Bapak kecut perut aku memikirkannya. Siap dah nak beli UPT test kit dah. Pastu bila pandang Aidi pun rasa macam sayu jek..kamu dah nak ada adik ke Aidi oiii. Rasa sedih pulak. Entah apa-apa.

Tapi elok bulan Syawal menjelang, bulan aku pun menjelang sama. LEGAAA!! Jadi otomatik puasa lepas aku tinggal puasa 3 hari jek. Masa awal-awal puasa. Bajet-bajet hujung puasa bulan nak datang, tapi takde. Raya pertama baru dia datang berziarah. Jadi aku adalah hoorayy!!

Eh melalut pulak.

Sambung balik pasal hal anak tadi.

Baru-baru ni kan, aku rasa macam nak tukar pikiran pulak. Heh.

Aku rasa macam kalau dapat 2nd baby awal pun apa salahnya.

Mak aku dulu, masa aku umur-umur Aidi gini dia dah mengandung lagi dah. Hehe.

Rasa macam best pulak kalau ada anak dua orang. Bonus kalau dapat sepasang. Pastu baru rehat lama sikit 3 4 tahun.

Tumpang barang-barang Aidi, baju toys equipment dia apa semua masih elok ni,,,untung jugak kalau mengandung lagi.


Eh..tak sabar pulak kau yek.

Kalau ada rezeki..adalah.

Rezeki mengandung ni tak semudah rezeki makan KFC. Sekarang cakap nak makan KFC, setengah jam lagi dah licin sepinggan ayam goreng kentaki.

11 comments:

  1. Aku nak anak ramai..5-6 org..umur aku pon cecah 30 dah nih..c-zer lak tu yang fes..jadi amik mase nak tambah anak ke 2..kene tunggu 2 tahun..sedih gak ar..ye ar..aku nak ken setel sblm umur 40 tahun..dapat ker aku 5 org anak tu...

    ReplyDelete
  2. ermmm... sama la kita.. memula sibuk xnak anak rapat... tp, bila fikir balik, ehh.. best gak klu ada anak kecik lg... ohohhoho

    ReplyDelete
  3. heheh..bab tengok kalendar tu mcm sama je mcm aku..hehe..

    ReplyDelete
  4. Aty :: kwn june czer jgk, tp dia g consult doktor utk preggy before 2years.ok je. ;)

    Yong! ku nk mngandung lagi tapi hati ku kecut2 nk beranak.achaner??? hhaha..
    lgpun mcm kesian pulak zekiel kecik lg.ish!

    ReplyDelete
  5. uiks igtkan aidi dh nk dpt adik td..itula kn,ayda pn xde ambik protection ape2,bajet terer je..plan nk tunggu Airis 2thn tp kdg2 tgk membe2 seangkatan Airis bakal dpt adik nextyear cmbest lak..hihi

    ReplyDelete
  6. aah mcm best gak kan...tp seriau lg nak beranak...hihi..tgk la klu ade rezeki on...**same lah kte...manual je...bile period lewat, cuak!*

    ReplyDelete
  7. heheeh samela ngn sy kak..mcm nk baby lg jer...huhuh

    ReplyDelete
  8. Kalau nak on je...yongnana..
    Aidi confirm happy!!!!
    Caye nak dapat adik dahh..

    Saya pun terasa nak jugak nih..Lagi-lagi la nanak dah nak masuk 2 tahun... :-)

    ReplyDelete
  9. btollah yong...
    kalau ngndong mcm mkn kfc tuh, mmg snglah kan..ngndong tuh semua Tuhan yg tetapkan

    ReplyDelete
  10. hahhaaaa... izwa pun plan macam 2 juga nak anak cepat masa baru kahwin lagi2 kalau best dpt sepasang...

    memandangan kan wa pun macma aty c-zer... simpan sahaja inpian itu...
    mungkin 3 tahun baru leh fikir....

    izwa pun tak ambil ape2 ni... planning sendiri sahaja....

    ReplyDelete
  11. masa sakitczer belum sembuh tak gatai pun nak ank cepat-cepat..bila umar dah besar,dah banyak bergerak,melasak..rasa nak tengok baby tido manjang je..sebab mas tu mak blh tumpang tido..heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...