Hari ni pun takdelah menda sangat nak hapdet. Nak sembang-sembang kosong jek.=)
Eh, siapa kat sini manja dengan husband dia? Atau dimanjakan oleh husband dia?
Mestilah ramai kan?
Tapi ada jugak lelaki yang jenis tak reti nak manja-manjakan gini. Geli katanya. Heh.
Incik suami aku kan...entahlah, sekali tengok muka memang macam hati kering. Kira kalau jenjalan kat luar memang bukan stok suka pegang-pegang tangan, suka peluk-peluk pinggang *eh kau ada pinggang ke yongnana?ahaks!*.
Tapi kat rumah...
Wuiiiiiii...lo man tik!
Haha!
Taklah. Aku sebenarnya yang jenis manja dengan suami. Tapi kat dalam rumah je lah. Kat luar aku singa. Tapi kat rumah aku kucing. Hehe. Bertuah pulak sebab incik suami melayan.
Kalau nampak incik suami tengah baring tengok TV, aku mulalah sebok sama..
"abanggg..nak duduk bawah tiak abang uleh?"
Manjalah sangat kan macam tu? haha.
Terlalu manja sampai nak berak pun nak bagitau siap buat muka dah tahan sangat nak ke jamban. Pastu suara maintain suara sizuka. Omel angat! Puii!
Sebab tu aku suka duduk rumah. Berdua je dengan incik suami. Ada Aidi pun takde effect sangat sebab Aidi kecik lagi. Setakat nak buat suara-suara sizuka tu aku tak segan lagi lah. Tunggu Aidi besar sikit esok, ruangan bermanja dengan suami hanya terhad dalam bilik jek.
Haha.
Eh sekarang kan, aku tengah nak latih Aidi supaya jangan masuk dan main-main dalam bilik mama dan abah. Bukan apa, aku nak ajar dia yang bilik mama dan abah tu adalah privacy room. Aku nak ajar dia hormat privacy room mama dan abah. Kalau nak masuk kena ketuk pintu dulu. Tapi sekarang takdelah dia reti nak ketuk pintu kan? Haha.
Terlalu awal ke aku latih Aidi ni...atau memang elok aku ajar dia dari awal gini??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul3..part hormat privacy room tu perlu rasenya..mcm kitorg adik beradik, dah besar gajah mcm ni pun, ala ala segan nak masuk bilik mama abah..hehe..
ReplyDeleteyong, saya bukan robot..hehe..
kang aidi ketuk pintu kang pengsan plaks..hahaha
ReplyDeletewell, sama lah disini.tu pasal gedik ni tak sabar nak balik rumah.dah sebln lbh dok rumah mak terasa 'rindu' dgn husband walaupun dia depan mata
Bagusnye yongnana...latih la dari awal... Saya tak terfikir lagi nak buat camtu untuk nanak saya...nak asing bilik tidur tu dah terfikir..tapi macam tak jalan je.... hihii
ReplyDeletehaha.. kelakar lah akak ni.. kite suke suara sizuka..haha..
ReplyDeletebagusla ajar aidi awal2.. memang elok.. privacy room sgt penting..
aku pon tak tau aku manje ker tak...huhu..yang aku tau..aku garang..ngeh ngeh..tp tak ar menyinge ngan laki tak tentu hala..;p
ReplyDelete