MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, May 21, 2013

Akulah puteri buyong


Aloha!!

Hai!

Rindu ke?? Bluwek!

Aku memang lama tak hapdet belog. Maklumlah..sejak-sejak dah pakai note II fink ini, laptop seakan-akan sudah dilupakan. Huhuhuhu. Nak suruh aku hapdet belog pakai fon memang takdelah...nak taip komen kat fesbuk pun berapa kali kena backspace sebab asiklah typing error, ini pulak nak buat karangan up kat blog. 3 hari taip pun belum tentu siap. Haha.

Takde cerita menarik pun sekarang. Hidup macam biasa. Dikelilingi Aidi yang super keletah. itu. =)

Cuma ada benda nak share sini.

2 minggu lepas kan...aku dapat berita yang mak long Aidi PREGNANT!!

Yeayyy!!!

Tapi aku bukan tau dari mulut Kak Ija sendiri, tapi mak mentua yang habaq mai. Mak pesan suruh aku buat-buat tak tau sampailah Kak Ija sendiri announce berita dia hamil.

Huhuhu...

Aku ni dah teruja dah ni mengandung sama-sama dengan biras kesayangan. Sekali kena zip mulut pulak pura-pura tak tau apa-apa. Kak Ija pun sampai sekrang tak nak bagitau lagi. Maybe dia nak tunggu cukup 3 bulan baru bagitau kot. Nak betul-betul confirm kata orang. Tapi pagi tadi dia dah terbagi hint. Dia kata Abang Emi ada beli air soya baaaaaannyakk. Siap offer sikit kat aku. Aiii Kak Ija, tentiba je beranak stok soya kat rumah tu..kenapa? Kihkihkih.

Takpelah..

Ikut dia lah nak bagitau bila pun. Yang penting aku dah tau dah. Hahahaha.


Kalau ikutkan mak mentua punya berita, Kak Ija punya due date bulan Januari 2014. Aku bulan December 2013. Beza sebulan je. Hoyeahhh!!


Pada Aidi, setiap hari aku dok berzikir kat telinga dia.

"Aidi jangan naughty tau kat rumah Mak Long. Jangan susahkan Mak Long. Mak Long ada baby dalam perut dia. Sama macam mama. So Aidi kena jadi gud boy, jangan buat Mak Long penat. Bla bla bla bla"

Panjanglah zikir aku. Dari keluar kereta sampai naik tangga sampai depan pintu rumah aku berpesan. Harapya Aidi paham. Heh



Kite nak makan kaki banyak-banyak sebab kite nak dapat adik tiga orang tahun ni. Yeayyy!!




Seronoklah pregnant kali ni. Belah famili sendiri pun ada geng mengandung. Adik ipar aku tengah pregnant...due bulan October. Belah in law pun ada kawan semegandungan. Rasa macam puteri buyong pulak aku kena apit kiri kanan.

Puteri buyong. Voley??

Haha.

Eh jap nak tanya...camne kiraan trimester tu eh? Aku betul-betul lupa.

1st trimester dari minggu berapa sampai berapa?
2nd trimester pulak bila?
3rd trimester??

Sumpah aku lupa. Malas nak google. Haha!

2 comments:

  1. 1-3 1st trimester
    4-6 2nd trimester
    7-9 3rd trimester..heee..
    seronoknya org tu mengandung..=)

    ReplyDelete
  2. Trimester pertama dri 0-3 bulan
    Trimester kedua dr 4-6 bln
    Trimester ketiga dr 7-9 bulan..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...