MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, May 10, 2013

Malam Jumaat kan sinonim dengan bergelap dan berpeluh. Eh??


BLACKOUT.

Ohoiiii!!

Ini bukan isu politik. Ini nak habaq mai tengah malam semalam rumah aku blackout hoi. Satu taman bergelap. Berpeluh-peluh aku tido.

Alkisahnya semalam aku kitorang satu rumah tido awal. Kul 10.30 dah gudnite dah. Maklumlah malam jemahat. Ehem ehem.

Dalam kul 12 malam gitu aku perasan satu rumah gelap gelita sampai tak nampak apa dah. Pastu perasan Aidi ada kat sebelah. Eh, bila pulak budak kecik ni masuk bilik entahlah. Berpeluh sakan badan Aidi. Tapi dia lena amat tidonya. Incik suami dah entah ke mana hala tidurnya. Gelap, tak nampak. Atas lantai kot.

Aku bangun...menggagau-gagau jalan sampai terpijak laki sendiri. Ohoiii..nasiblah bang...isteri abang yang gagah lagi gajah ni terpijak abang. Hahaha. Aku cari torchlight. Pastu cari kipas tangan. Pastu bukak tingkap and langsir bilik seluas-luasnya bagi angin masuk. Lantaklah orang nak kata malah jemahat seram..hantu banyak ke apa ke. Panas ni tau tak. Huhu. Sedih nau nengok Aidi berpeluh-peluh. Jadi aku kipaslah Aidi macam kipas satay tu. Pastu aku kipas diri sendiri pulak. Last-last aku mengeroh balik. Huhu.

Mujur Aidi tak meragam. Dia keep on tido walaupun aku tau dia tak selesa.

Maybe sebab penangan ubat.

Aidi makan ubat sebelum tido. Ubat gatal.

Balik sekolah semalam aku terkejut badak tengok badan dia habis naik merah-merah. Merah-merah yang macam mana eh nak cakap. Dia bertompok-tompok. Kat perut ada 2 tompok. Kat tangan ada jugak, kat peha, kat kaki, kat belakang badan. Merata-rata lah. Pastu kat setiap tompok merah tu ada banyak bintat-bintat kecik macam kena gigit nyamuk tu.

Gegata kan tu??

Panik terus aku. Tapi dalam panik-panik tu sempat jugak aku google pasal gegata lah, up status lah apa siap. Maklumlah...zaman IT. Haha.

Kebetulan incik suami off duty. Jadi marilah ke klinik.



muka sebelum jumpa doktor. Rupa macam sakit sangat.

Kalau perasan ada 2 tompok merah kat tangan Aidi tu. Tapi tak berapa clear sangat dalam gambar.


Doktor kata ini allergik ni. Samada alergik makan atau pakai. Puas pulak lah aku pikir apa lah benda pelik yang Aidi makan beberapa hari ni. Kalau bab pakai pakai ni Aidi pakai benda yang sama je. Tak de ubah apa-apa. Sabun sama, pampers sama, bedak lotion apa semua yang normal dia pakai. Cuma kat rumah Mak Long dia aku tak sure macam mana. Kot lah ada ter share towel ke sapu tangan ke apa ke kan. Pernah jugak sekali tu aku nampak Mak Longnya lap hingus Aidi guna sapu tangan baby lain. Ayakkkk!!!

Kalau bab makan...malam sblm tu aku bagi Aidi makan nasik lauk sardin. Tapi dia tak berapa nak makan. Dua tiga suap je. Kat rumah Mak Longnya tak tau lah dia makan apa.

Tapi takpelah.

Lepas makan ubat semalam nampak macam dah kurang dah gegata Aidi. Esok baik la tu.

Aidi pun happy je.

Takde nampak dia meggaru-garu ke apa.

Keluar bilik doktor pun muka ceria jek. Heh




Oh lupa.

Beberapa hari ni aku ada bagi Aidi makan multivitamin brand Champs tu. Sebiji sehari.

Ke Aidi alah denga vitamin tu??

Aku nak stop dulu lah bagi Aidi multivitamin. Maybe tak serasi dengan brand Champs. Kita try brand lain pulak ye Aidi.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...