MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, May 8, 2013

Pak Lawak


Lama tak cerita pasal Aidi kan?

Eh yeke lama? Macam tiap kali up entri bukan semua cerita Aidi ke? Wuwuwuwu..

Anak bujang i tu kan...sudah makin bebijak sekarang. Ketawa aku nengok gelagat dia. Ada je benda lawak dia nak buat. Bila dia buat lawak...ayat otomatik yang akan keluar dari mulut aku adalah..

" Lawaklah pakcik ni..."



Haha.

Hari tu kan..Aidi cubit aku. Bisa kau dia cubit. Dah lah kuku panjang. Pastu aku pura-puralah nanges...buat bunyi..


"wuu wuuu wuuu wuuu wuu wuuu"

Siap berlakon memek muka, dengan bibir terjuih-juih dok buat bunyi wuwuwuwuwuwu aku tu.

Sekali kan....

Bukan Aidi nak mai pujuk. Dia bantai ejek balik mama dia dengan buat  mulut juih siap bunyi wuwuwuwuwuw jugak.

Terus tak jadi nak merajuk dah aku. Pecah gelak dibuatnya.

Boleh dia ejek kita balik. Heh.

Aku rasa Aidi dah masuk fasa imitate orang orang sekeliling dia. Dia mula tiru apa je yang dia nampak orang buat.

Aku tepuk tangan, dia pun tepuk.

Aku angkat tangan baca doa...dia pun buat gaya baca doa sambil mulut kumat kamit awah awah awah. Baca doa lettew. Hiuhiuhiu.

Hari tu aku leka buang taik kuku..eiiiii kotor kau ni Jemah!! Haha. Sekali ku toleh sebelah, Aidi pun sebok korek kuku dia jugeeekkkkkk.

Baiklah.

Mulai sekarang kena tunjuk perlakuan elok-elok je kat depan Aidi.

Incik suami pun aku dah warning jangan asik nak berboxer je siang malam.

Dalam bilik boleh.

Eh??

1 comment:

  1. Budak-budak umur setahun lebih ni peel dorang memang kelakar kot.. nak marah pun tak boleh, sebab dari nak marah tetiba boleh tergelak.. hehe..


    aidi lelaki takpe lagi bapaknya berboxer,sama jenis. ni kat rumah ni anak dara... adoi.. nak jimat membasuh pakaian katanya.. huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...