MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, May 22, 2013

Buat Si Tanggang Moden di Luar Sana



Aku seorang ibu.
Aku ada seorang anak lelaki. Dan Insyaallah datang sorang lagi yang belum tahu jantinanya lagi. Kalau lelaki jugak., maka dua lah anak teruna aku.
Melihat Melodi Ahad lepas.....
Sang anak tanpa segan silu mengutuk ibu sendiri. Ditambah perisa dengan deraian airmata konon mohon simpati. Nak efek lebih lagi, ditambah pulak sedu sedan sang girlfren yang konon turut menjadi mangsa.
Sigh..................
Aku keluh panjang.
Ya Rabbi....jauhkanlah aku dan anak-anak aku dari malapetaka begini.

Sang suami asyik bertanya,

"siapa yang salah dalam hal ni?"

Laju aku jawab..

Anak lelaki tu yang salah.

Ibu....macam mana pun ibu tu tak salah.
Ibu itu sekadar jalankan tugasnya. Cuma mungkin bahasa yang diguna bukan bahasa standard buletin utama.
Hey..kau tak pernah kena marah ke dengan mak kau sebelum ni?
Kau tak pernah kena bambu dengan mak kau ke masa kecik dulu?
Ibu....dia maki kau macam mana pun, dalam hati dia..kau adalah anak dia. Darah daging dia. Sakit perit dia. Nyawa jantung dia. Kau adalah segalanya.

Tapi kau...

Baru dapat kepit perempuan cun wannabe kat sebelah, dah lupa semuanya.
Lupa berapa banyak peluh ibu yang mengalir melayan kau dari umur satu hari dalam rahimnya.
Lupa berapa juta duit ringgit yang ibu dah hambur buat senangkan hati dan perut kau.
Lupa berapa gelen air mata ibu yang tumpah menahan sakit seksa yang kau berikan.
Lupa segala-gala.
Lupa!

Yang kau ingat...

Itu dia teman wanita aku yang sanggup bersusah payah bersama selama beberapa bulan ini.
Itu dia keluarga teman wanita aku yang sanggup sokong segala tindak tanduk aku sekarang ini.
Itu dia teman wanita aku yang mak aku caci.
Tapi ada satu benda kau lupa lagi.....
Itu jugak wanita yang entah ya atau tidak akan setia padamu sampai mati.
Belum pasti.

Yang pasti....
Ibu...
Nama ibu...
Nama ibu yang kau kata perempuan sihir itulah yang akan kau bin kan masa kau ditalkinkan nanti.

Itu pasti.

8 comments:

  1. mcm2 kan dunia skrg.. si anak la yang salah cmne pon.. ade plak ckp mak die cmtu..ptt die xyah nk wt kenyataan cmtu.. mintak ampun ckp baik2 ngn mak die.. mak cmne jahat pon ttp mak kite kann

    ReplyDelete
  2. oh yong.........................

    ReplyDelete
  3. sgree..memang tak patut buat ibu kandung sendiri macam tu..sedihla manusia zaman skarang :(

    ReplyDelete
  4. wan, gf langsung tak cun. tak worth it langsung nak bawak bergaduh dengan mak. kalau cun pun tolonglah jangan bawak gaduh dengan mak sendiri.kalau attitude macam &^$*^$, miss world pun automatic turn huduh macam *^&^&&%%!!

    mak dia kasihan. anak dia lagi kasihan sebab b&^$h piang sangat.

    kalau dah perempuan tu takde menunjukkan sikap hormat, patut kena dump bukan stand for her. memang b^&%h.

    ReplyDelete
  5. sangat geram bila dialognya "MAK JENIS APA MACAM NI??" oohh si tanggang moden..sampainye hati kau kan..

    ReplyDelete
  6. krik..krik.. bunyi cengkerik. mmg dasar.... hm!

    ReplyDelete
  7. mmg tanggang moden...whateverrrr la itu mak ko ok...tak yah berair mata sgt..plg benci si pompuan tu ...apahal ko eh ckp mak org tak siuman..serius emo

    ReplyDelete
  8. Tiap kali keluar cite pasal ni rasa cuak n sedih sgt2...terdetik kat hati sampainye hati anak sampai camtu sekali aibkan mak dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...