MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, March 19, 2014

Customers not always right. *tajuk kemain london lagi kali ni*


Aku bukan peniaga. Tambah aku memang tak berapa minat meniaga. Tapi SPM amik course perdagangan. Degree kemain accountancy, tapi meniaga memang aku kurang. Habis kuat pun aku jual preloved anak anak je. Hahaha.

Tapi aku ramai jugak kawan yang kaki meniaga. Bisnes sana sini. Eh abah aku pun bisnesman apa? Haha.

Semalam sembang dengan member member kat wasap, keluarlah topik best.

Peel customers

Macam macam peel customers ni kan?

Ada sorang ni..timah namanya. Hai timah!! Haha. Customer dia dapat adoilahhhh! Nak pengsan aku tengok.

Beli rompers je pun. Tapi fussy nya kemain.

Nak tau ukuran lah. Rompers je kot!

Nak suruh anto gambo dulu sebelum pos lah.

Nak cepatlah. Padahal duit tak bayo lagi. Acaner??

Yang banyaknya peel customers member member ni aku tengok suka mintak free postage.

Ohoii!! Ingat peniaga ni pos barang pakai ailio ke apa? Ingat kereta moto diorang buat ulang alik ke pejabat pos tu isi air je ke? Air paip pun kena bayo reti? So timbang rasa lah. Nak mintak diskaun singgit dua oklah lagi. Ini beli barang rege rm30 pun nak free postage jugak ke? Adoi! Kalau memang dah dinyatakan situ free postage okla. Maknanya seller tu ada lah dia dah buat kira kira nak amik untung kat mana mana. Tapi kalau terang terang tulis tak termasuk postage, lagi mau tanya ka?

Yang paling aku nak gelak bila ada hamba Allah ni.

"Kak, spice rack yg rege rm23 tu bape rege dia?

Adehlah!! Anggap je la dia typo. Haha.

Macam macam hal lagi benornya. Kalau nak review satu satu memang esok pun tak habis.

So kepada kawan kawan yang meniaga. Jangam give up jangan fed up. Teruskan usaha. Ewah dah macam ulasan guru kat anak murid je kan. Haha.

Aku harap, aku tak tergolong dalam kelompok fussy buyer ni. Silalah ngorat aku untuk beli barang, aku memang gred A punya kastemer. Matiklah!!

3 comments:

  1. betul3..mcm2 peel customer kite boleh jumpa..mmg kena byk2 bersabar kl x jd incredible hulk..hehehe

    ReplyDelete
  2. adoi...rm23 berapa rege dia???adoi...5 minit gelak tak henti.....hahahahaha

    ReplyDelete
  3. yonggggg....aku nak share la post mu ni yong..hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...