MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 30, 2014

Autisme ke idok? Moh Check!


Aidi kan dah nak masuk 2 tahun 5 bulan dah bulan depan. Tapi kemahiran bahasa dia memang kurang. Sampai ada yang kata kot kot Aidi ni tak normal.

Huiii berderau darah mama!

Biasanya, baby lambat bercakap dikaitkan dengan autisme. Aku pun gigih la google tentang autisme, tanda tanda autisme bla bla bla.

Boleh kata 90% tanda autisme tiada pada Aidi kecuali lambat cakap.

Kebetulan, Erin ada bawak anak dia, Aish pergi check up sebab Aish pun lebih kurang Aidi jugak. So Erin dengan baik hatinya share Autisme Checklist yang doktor dia bagi. Checklist ni biasa digunakan doktor doktor untuk detect samada anak kita ada Autisme atau tidak.

Meh la aku share sini yek. Tapi bahasanya ayatnya aku ubah sikit lah ye untuk mudah paham gitu. Heh

AUTISME CHECKLIST:

1. Anak kau seronok ke idok bila kau timang dia. Tak kisahlah timang pakai lutut ke kaki ke. Seronok ke idok?

If yes, itu normal.

2. Anak ko suka berkawan dengan budak baya baya dia tak?

If yes, itu normal. Budak autisme biasanya sama ada tak suka berkawan atau suka berkawan dengan orang dewasa banding budak baya baya dia.

3. Anak kau suka memanjat merabat tak? Contoh panjat tangga, panjat grill, panjat la apa saja.

If yes, normal.

4. Anak kau suka main cak cak tak? Main peek a boo gitu.

If yes, normal.

5. Anak kau suka tiru apa yang kau buat tak? Contoh dia ambik phone and pura-pura bercakap telefon macamkan dapat projek juta-juta. Atau di amiknya doll ke apa dia pura-pura itu anak dia, kemain dia belai dia susukan apa semua sebab dia tengok mamanya buat gitu.

If yes, normal.

6. Anak kau kalau dia nak tunjuk sesuatu dia guna jari telunjuk tak?

If yes, normal.

7. Kalau anak nampak sesuatu yang baru, dia tunjuk tak benda tu guna jari telunjuk?

If yes, normal.

8. Anak kau pandai main toys ikut fungsi toys tu tak? Contoh kalau main lego, dia susun susun lego tu. Kalau main car, dia jalan jalankan car tu. 

If yes, normal. Sebab kalau autisme, budak tak pandai main toys. Kalau dia ada car, dia tengok belek belek je car tu. Dia tak tau cara main car.

9. Pernah anak bawak something dekat kau? Contoh kalau dia ada mainan baru, dia aka bawak tunjuk dekat kau.

If ada, normal.

10. Bila bercakap dengan seseorang, anak kau tengok tak mata orang yang dia sedang bercakap tu?

If yes, normal. Budak autisme kalau bercakap suka tengok tempat lain. Kiranya takde eye contact.

11. Adalah normal kalau budak budak takutkan bunyi blender, vakum atau something yang membingitkan telinga. Tapi kalau autisme, dia over sensitif sampai tahap takut sampai tutup telinga atau menangis.

Okey yang part ni Aidi memang tak takut langsung. Dia tengah tido pun apa ada hal kalau mama vakum umah. Haha.

12. Anak kau akan balas senyuman kau tak?

Kalau balas, normal

13.Kalau kau buat memek muka, anak kau ikut balik tak? Contoh kau jelir lidah, dia jelir balik tak?

If yes, normal.

14. Anak kau respon tak bila kau panggil nama dia?

If yes, normal.

15. Kalau kau tunjuk sesuatu, anak kau tengok tak?

If yes, normal.

16. Anak kau dah jalan?

Kalau by umur 2 tahun dah boleh jalan berlari, normal.

17. Anak kau tengok tak kat sesuatu yang kau tengok jugak. Contoh, kau nampak kucin. Kau pun tengok kucin tu sambil cakap "cat". Anak kau tengok sekali tak kucin tu? Ke buat dono je. Huhu.

Kalau yes, normal.

18. Anak kau ada buat pergerakan jari yang pelik tak kat muka dia? Contoh dia suka pusing pusingkan jari sekeliling muka ke.

Kalau takde, itu normal.

19. Anak kau ada cuba tarik perhatian kau tak masa dia tengah main atau buat sesuatu?

Kalau ada, normal.

20. Anak kau paham tak apa orang cakap? Kiranya boleh paham arahan tak?

Kalau yes, normal

21. Anak kau suka tak duduk diam macam termenung pikirkan sesuatu?

Kalau takde, normal.

22. Ada tak anak kau tengok muka kau untuk tengok reaksi muka kau bila sesuatu berlaku. Contoh, ada orang ketuk pintu, anak kau otomatik pandang kau dulu.

If ye, normal


Okey itu la 22 soalan chekclist untuk tengok anak kita ada autisme atau tak. Tak semestinya kena yes semua soalan.  Kalau sebahagian besarnya memberikan jawapan positif, cukup untuk tunjukkan anak kita normal. Tapi kalau banyaknya jawapan negatif, bolehlah bawak jumpa pakar untuk pemantauan lanjut.

So far Aidi alhamdulillah. Aku boleh kata semua 22 soalan kat atas ni memberikan jawapan yang positif untuk Aidi. So hati aku lebih kuat kata Aidi memang normal. Dia tak apa apa, cuma lambat cakap, late talker.

Walau apapun, untuk tempoh 4 bulan kebelakangan ni, kosa kata Aidi meningkat dengan baik. Banyak dah word yang dia boleh sebut walaupun kadang pelat. Normal lah kan pelat. Aku bagi Aidi masa sampai dia 3 tahun. Aku yakin by the time besday dia 3 tahun nanti mulut dia dah becok dah.

Kita tunggu.

Heh.

11 comments:

  1. aidi okey tu yong.
    biasa lah bdk.
    perkembangan tak sama.
    ade cepat ade lambat.
    jangan bimbangggg!

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah yong..normal aje aidi 2..bdk laki mmg lmbt ckp skit n pelat..lame2 ti ok..kne rajin ckp2 ngan die.

    ReplyDelete
  3. ok..checked..normal insyaAllah..xtahan yang projek juta2 tu..hahaha..

    ReplyDelete
  4. mehehehe bagus yong ko share, at least membantu emak2 lain..tapi aku g jumpa doktor aku sorang2 je, x bwk aish pun..hehe, aku saje2 gatal mulut tanya doktor, klu budak lmbat ckp tu dikira autism ke, pastu dia ckp tak jugak so dia printkan checklist suh aku check sendiri, aish pun ok jugak, aku x pernah syak pun dia autism, cuma saje2 nak tambah ilmu, tapi bila dh tgok checklist doktor kasi ni..pehh lega gile..anak kite ni berat mulut sikit yong..xpe, dia ambik simpan dlm otak dulu..nanti baru dia keluarkan..hehe

    ReplyDelete
  5. good info. Alhamdulillah semuanya positif, normal la tu kan. budak lelaki memang lambat sket bab bercakap. tiba masa nanti pot pet la bercakap bertanya itu ini sampai tak terjawab sudahnya.

    ReplyDelete
  6. Thnx sharing yong.iman pn nk dua thn tp lmbt ckap.risau gak.tp bl check list ni smua nya normal.alhamdulilah

    ReplyDelete
  7. Assalam sis..
    Just sharing, kadang2 lambat cakap bukan saje dikaitkan dengan autisme tetapi juga 'speech delay' yg mana kena dipantau juga...sbb ramai kanak2 yg lahir selepas 2010 kebanyakkan mengalami speech delay ni..ada yg sampai masuk 3 tahun masih belum bercakap dengan menggunakan perkataan yg byk dlm satu2 masa..

    ReplyDelete
  8. insyaallah aidi normal... budak lelaki memang lambat sikit cakap.. perempuan kan sinonim dengan potpet..hehehe.... nanti tak lama lagi aidi sure petah. sure....

    ReplyDelete
  9. same ngan my daughter...dia dh nk masuk 2y7m May 3rd ni..masih belom berceloteh...dia boleh cakap perkataan ade yg ok, ade yg pelat, tp mmg belom ade ayat..ramai org keliling yg komen, tp i kuatkan pendirian, yakinkan diri, dia ok..sbb social skill dia semua ok..cuma tak keluar lg ayat yg boleh difahami...n me too, bg dia tempoh smpai 3y, kalau masih belom ade ayat, mungkin boleh pertimbangkan pegi jumpe specialist... ;)

    ReplyDelete
  10. sharing yg menarik. keep it up

    ReplyDelete
  11. Sama mcm saya..anak sy da 2thn 6bln..alhamdulillah dr checklist ni dia xda mslh..thnx ye sudi share..

    myfreshvita.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...