MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

BELI KERETA DAPAT HADIAH BABY


Dendulu, masa zaman bujang aku memang pencinta setia pengangkutan awam.


Pergi kerja naik bas, naik LRT.

Nak dating pun sama. Berangkutlah kami boipren gepren naik LRT kalau nak ke mana-mana. Maklumlah, aku dulu kerja gaji cukup-cukup sampai 30hb jek. Tak de rasa mampu nak sambar sebiji kereta hatta kancil.

Masa tu incik boipren *sekarang naik pangkat sudah.hehe* pun ada motor cabuk jek. Nak kerah dia usung motor dari Banting ke KL tu aku rasa tak payahlah. lagi pun mak tak bagi naik motor dengan boipren. Haha. Sekarang baru la dapat rasa nikmatnya naik motor dengan buah hati kesayangan.


Sejak-sejak pindah ke Labuan ni aku memang awal-awal dah pasang niat nak beli sebijik kereta. Tak dapat yang cun gedavas..dapat yang belen-belen orang takmau pakai dah pun jadilah. Janji dapat memudahkan aku nak ke mana-mana. Paling utama nak ke sekolah tiap hari. Sampai bila nak menumpang orang kan?


Dan aku pun pernah mengharap, kalau boleh biarlah aku dapat beli kereta dulu sebelum pregnant, ada anak semua. Yela..kalau takde transport yang secure agak payah jugak in case ada apa-apa emergency yang melibatkan baby kan? Bukan tak boleh naik motor..tapi nak lebih secure kononnya.


Dan alhamdulillah...


5 hari lepas aku dapat kereta, doktor sahkan aku pregnant.





Aku memang syukur sangat dengan perancangan Allah. Sungguh Dia memang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Dan sekarang, aku masih lagi dalam proses nak asah balik skil bawak kereta. Tahu tak bahawa aku sudah 8 tahun tak bawak kereta?? Yaa...sudah 8 tahun sejak aku lulus ujian memandu 8 tahun yang lepas. Jadi sila bayangkan bagaimana kekoknya aku drive sekarang ni.


Kalau nasib baik, adalah insan baik budi offer diri tolong hantar dan amik aku pegi balik sekolah. Dapatlah aku feeling mem besar. Rasa macam ada limo mewah tunggu aku 10 minit awal sebelum habis waktu sekolah di lobi sekolah. Memang sorga! Haha..


Cuma sekarang ni aku nak bagitau...


Usia kereta baru lebih kurang sebulan. Baru merasa bayar installment sekali.


Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bumber kereta depan belakang dah calar.


Aku langgar apa entah lah.


Haih!

Monday, May 2, 2011

JANGAN GANGGU TIDO AKU! SYOHHHH!


Ish..aku dah tak boleh tahan lagi dah. Dah lama aku pendam rasa ni, boleh kata tiap-tiap hari benda ni jadi kat aku. Sekali dua kali tahan la lagi, tapi la ni tak boleh tahan dah.


Aku nak kena tanya kat mengkeme-mengkeme jugak.



Apa normal ke kalau orang mengandung tido mimpi pelik-pelik?? Kalau orang Perak kata mimpi meredang-redang.. Huh.


Boleh kata tiap malam jadi kat aku. Tambah-tambah bila hari incik suami keje malam, maka aku kena tido sorang, lagilah menjadi-jadi mimpinya.


Kadang datang mimpi hantu. Sampai ada hari tu aku rasa macam susah nak bernafas masa tido. Tapi aku tak pasti itu mimpi ke itu realiti. Ke ada benda "tindih" aku? Ish ngeri awok mikionyer.


Selalunya mimpi yang memang bukan-bukan sampai aku sendiri pun susah nak terang macam mana. Yang aku tahu mimpi tu buat tido aku jadi tak best. Selalu terjaga tengah malam. Pastu bila tido balik, mimpi tu sambung balik. Aihhhh...macam drama pulak ada episod-episod. Menyampah aku.


Paling aku tak boleh tahan mimpi malam tadi.



AKU MIMPI ULAR BESAR TIDO SEKALI DENGAN AKU ATAS KATIL!!!


Hoiii!!


Agak-agaklah mimpi oiii. Aku ni dah la memang penggerun dengan makhluk yang satu tu. Ish. Rasa nak nanges aku bila bangun tido tu.

Subuh-subuh bangun tido terus mengadu pada incik suami. Incik suami biasalah reaksi dia...

"ala...mainan tido je tu. Tak de pape la"


Dia pun dah lali dengan mimpi-mimpi pelik aku. Heh.


Nak tambah ngeri lagi, lepas je incik suami pegi keje pagi tadi, aku pun tak tahu la apa nak buat jadi aku pun golek-golek la atas tilam tu sampai terlena.


Bila dah terlena tu........


Dia mai lagi!


Kali ni aku mimpi apa tau?


MIMPI BADAN AKU PULAK NAIK SISIK-SISIK ULAR!


Astaghfirullah....


aku takut betul. Masa mimpi tu aku ingat macam betul-betul jadi. Aku memang takut sangat.


Aku rasa mimpi pertama dan kedua ni macam ada kaitan pulak.


Ish! Ngeri.


Kalau ingat-ingat balik memang aku takut.


Nak kata aku tido tak basuh kaki....sebelum-sebelum ni pun aku tido tak basuh kaki jugak tapi takdelah mimpi mengeri macam sekarang.


Kalau baca doa tido tu memang aku tak tipu...aku memang ada jugaklah terlupa baca dia sesekali. Heh.


Pelik la...sejak mengandung ni memang tido jadi susah nak lena. Terjaga malam sebab nak buang air tu satu hal jugak. Ni dapat lagi free gift mimpi ngeri masa tido. Coi!!


Harap-harap cepatlah simptom mimpi-mimpi ngeri ni beredar dari tido aku. Tak boleh tahan dah. Kadang rasa tak mau tido. Hehe.


Tapi...


Betul ke kebanyakan orang mengandung alami benda ni?


Ke aku sorang jek.


Rasa macam nak jumpa pakar sakit puan jek.


Heh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...