MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, May 2, 2011

JANGAN GANGGU TIDO AKU! SYOHHHH!


Ish..aku dah tak boleh tahan lagi dah. Dah lama aku pendam rasa ni, boleh kata tiap-tiap hari benda ni jadi kat aku. Sekali dua kali tahan la lagi, tapi la ni tak boleh tahan dah.


Aku nak kena tanya kat mengkeme-mengkeme jugak.



Apa normal ke kalau orang mengandung tido mimpi pelik-pelik?? Kalau orang Perak kata mimpi meredang-redang.. Huh.


Boleh kata tiap malam jadi kat aku. Tambah-tambah bila hari incik suami keje malam, maka aku kena tido sorang, lagilah menjadi-jadi mimpinya.


Kadang datang mimpi hantu. Sampai ada hari tu aku rasa macam susah nak bernafas masa tido. Tapi aku tak pasti itu mimpi ke itu realiti. Ke ada benda "tindih" aku? Ish ngeri awok mikionyer.


Selalunya mimpi yang memang bukan-bukan sampai aku sendiri pun susah nak terang macam mana. Yang aku tahu mimpi tu buat tido aku jadi tak best. Selalu terjaga tengah malam. Pastu bila tido balik, mimpi tu sambung balik. Aihhhh...macam drama pulak ada episod-episod. Menyampah aku.


Paling aku tak boleh tahan mimpi malam tadi.



AKU MIMPI ULAR BESAR TIDO SEKALI DENGAN AKU ATAS KATIL!!!


Hoiii!!


Agak-agaklah mimpi oiii. Aku ni dah la memang penggerun dengan makhluk yang satu tu. Ish. Rasa nak nanges aku bila bangun tido tu.

Subuh-subuh bangun tido terus mengadu pada incik suami. Incik suami biasalah reaksi dia...

"ala...mainan tido je tu. Tak de pape la"


Dia pun dah lali dengan mimpi-mimpi pelik aku. Heh.


Nak tambah ngeri lagi, lepas je incik suami pegi keje pagi tadi, aku pun tak tahu la apa nak buat jadi aku pun golek-golek la atas tilam tu sampai terlena.


Bila dah terlena tu........


Dia mai lagi!


Kali ni aku mimpi apa tau?


MIMPI BADAN AKU PULAK NAIK SISIK-SISIK ULAR!


Astaghfirullah....


aku takut betul. Masa mimpi tu aku ingat macam betul-betul jadi. Aku memang takut sangat.


Aku rasa mimpi pertama dan kedua ni macam ada kaitan pulak.


Ish! Ngeri.


Kalau ingat-ingat balik memang aku takut.


Nak kata aku tido tak basuh kaki....sebelum-sebelum ni pun aku tido tak basuh kaki jugak tapi takdelah mimpi mengeri macam sekarang.


Kalau baca doa tido tu memang aku tak tipu...aku memang ada jugaklah terlupa baca dia sesekali. Heh.


Pelik la...sejak mengandung ni memang tido jadi susah nak lena. Terjaga malam sebab nak buang air tu satu hal jugak. Ni dapat lagi free gift mimpi ngeri masa tido. Coi!!


Harap-harap cepatlah simptom mimpi-mimpi ngeri ni beredar dari tido aku. Tak boleh tahan dah. Kadang rasa tak mau tido. Hehe.


Tapi...


Betul ke kebanyakan orang mengandung alami benda ni?


Ke aku sorang jek.


Rasa macam nak jumpa pakar sakit puan jek.


Heh.

11 comments:

  1. dibah mimpi ular hari tu..dibah pon prgnt ke??huhuuu..tp hri tu dibah mimpi ular then jmpe ular btul2..scaryyy oooo!!!

    ReplyDelete
  2. Dibah, kalau anak dara mimpi ular tu maknanya tak lama lagi adala rombongan dtg bawak tepak sireh tu..huhu

    ReplyDelete
  3. Aritu saya ada tengok rancangan Tanyalah ustaz kat tv. Dia kata salah satu mimpi petanda mimpikan ular ielah gangguan syaitan dan makhluk halus. Cubalah suruh suami pegi jumpa ustaz kat masjid amek air penawar pape ke dgn ustaz tu ke. Kita berusaha je. Jgn lupa baca ayat pelindung diri. Mak mertua saya selalu pesan yang syaitan selalu ganggu ibu mengandung.

    -silent reader-

    ReplyDelete
  4. Fatimah..takut pulak saya baca komen kamu..tp apapun thanks ye..nanti sy bagitahu kat suami.Ish..risaunya..

    ReplyDelete
  5. Jangan risau. Ingat, kuasa Allah tu lagi besar dr yang lain. At least kena mencuba. Selalu baca 3 qul sebagai pendinding k.

    ReplyDelete
  6. sama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sy pregnant 10 weeks now.. sebijik la..susah tido!!!! mimpi ya allah sampai skang mcm2

    ReplyDelete
  7. tryla jumpa pakar agama.. minx pendapat depa.. maybe depa boleh bantu.. HUHU


    MySuaraBlog: Siapa Kata Coklat Tak Baik Untuk Gigi?

    ReplyDelete
  8. fuuuhhh..yong gila dasyat mimpi mcm tu. yong bnykkan berdoa agar dijauhkn mimpi mcm tu lagi. aminnn..

    ReplyDelete
  9. jumpa dengan ustaz... kawan yuny pon penah mimpi ular hitam.. ada orang nak hantar sihir kat dia.. better baca ayat2 pelindung diri.. ayat kursi dan 3kul..

    ReplyDelete
  10. same jugak.. tiap2 mlm mimpi.. mimpi ular sekali, tapi kaler ijau.. tp tiap kali mimpi mst husband msuk skali.. huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...