"Aidi menyusu badan ke?"
"Eh, kenapa Aidi minum susu dalam botol, kenapa tak bagi direct je?"
" Kenapa nak kena pam pam susu ni? Bagi terus je kan senang."
Kenapa cenggitu..kenapa cenggini..kenapa kenapa kenapa kenapaaaaaa!!!!
Pang!!! Kena lempang sedas!
Muahaha!!
Banyak betul pertanyaan yang aku kena jawab guna satu jawapan yang sama. Letih. Kadang rasa nak tulis siap-siap jawapan tu then ikat dengan tali pastu kalung kat tengkuk setiap masa. Senang. Hehe.
sebenarnya bukan kamu-kamu je yang selalu bertanya kenapa kenapa kenapa tu. Aku sendiri kadang tertanya jugak kenapa aku tak dapat nak direct feed Aidi, kenapa aku tak dapat nak fully breastfeed Aidi, kenapa mesti aku yang kena problem flat nipple ni. Kenapa kenapa kenapa???
Ha..sila jawab. Huhu.
Stress okey.
Tapi aku kena terima hakikatlah. Tak semua manusia tu sama. Macam aku, mungkin aku ada kelebihan kat satu sisi, tapi aku ada kekurangan di sisi lain. Dalam bab breastfeed ni, rasanya ada yang dah tau masalah aku.
Flat nipple.
Owhh..tertekannya bila pikirkan kekurangan yang satu ni. Sebabkan nipple flat la aku susah nak directfeed Aidi. Benda yang mula-mula cuma susah nak buat lama-lama terus jadi tak boleh nak buat. Bukan aku tak cuba directfeed Aidi..cubaaaaa. Banyak kali jugak cubaan dibuat. Tapi kebal ke hati aku bila tengok Aidi meronta-ronta meraung sebab tak dapat nak cari puting. Menangis sedu sedan sebab tak tahu macam mana cara nak hisap puting nak flat tu.
seminit dua minit hati aku batu jugaklah. Buat tak tahu je anak meraung. Siap aku gelak gelak lagi ketawakan Aidi. Tapi lama-lama..hati ibu manalah tahan. Muka Aidi sampai dah merah padam cuba nak menyusu direct. Aku ada jugak guna cuba guna nipple shield sebagai alternatif lain. Pun gagal.
Sudahnya aku give up.
Jawapannya feeding Aidi guna botol susu jugak.
Sedih.
2 minggu pertama dulu aku mampu lagi fully breastfeed Aidi walaupun cuma guna botol. Yang penting Aidi minum susu perahan aku setiap kali masa minum. Bangga sudah di situ.
Tapi masuk minggu ketiga..bila nafsu minum susu anak memuncak-muncak. Setiap jam nak susu nak susu nak susu...mana mampu aku nak penuhi demand anak. Sehari aku boleh pam lebih kurang 20 oz susu sedangkan Aidi demand lebih dari tu. Tak cukup.
Maka terpaksa top up susu formula.
Bila dah mula bagi susu formula, production susu pun jadi slow. Mungkin sebab minda dah bagi isyarat kata "takpe...tak dapat pam banyak pun takpe..susu tin ada."
Sedih lagi di situ.
Sebenarnya susahlah nak cakap. Mungkin siapa yang berada dalam kasut aku je yang mengerti. Orang memang boleh nak salahkan aku sebab tak kuat, tak cekal, tak mantap minda dalam nak breastfeed anak. Tapi cubalah korang ada kat tempat aku. Kalau ada yang mampu bekalkan anak 100% hanya dengan susu perahan setiap hari tanpa directfeeding memang aku salute sangat. Sungguh aku nak sangat berkawan dengan orang macam tu untuk kutip ilmu. Kalau tak boleh apply pada Aidi, maybe boleh apply pada anak seterusnya. Insyaallah.
Kesimpulannya aku memang nak sangat merasa directfeed anak sendiri. Tapi entahlah..
Redha je lah.
Cuma jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur masih mampu suap susu badan sendiri ke mulut Aidi..
Walau cuma susu dalam botol...


