MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, February 6, 2012

Susu Dalam Botol.....

Sejak sejak Aidi lahir ni, ramai yang tanya aku..

"Aidi menyusu badan ke?"

"Eh, kenapa Aidi minum susu dalam botol, kenapa tak bagi direct je?"

" Kenapa nak kena pam pam susu ni? Bagi terus je kan senang."

Kenapa cenggitu..kenapa cenggini..kenapa kenapa kenapa kenapaaaaaa!!!!

Pang!!! Kena lempang sedas!

Muahaha!!

Banyak betul pertanyaan yang aku kena jawab guna satu jawapan yang sama. Letih. Kadang rasa nak tulis siap-siap jawapan tu then ikat dengan tali pastu kalung kat tengkuk setiap masa. Senang. Hehe.

sebenarnya bukan kamu-kamu je yang selalu bertanya kenapa kenapa kenapa tu. Aku sendiri kadang tertanya jugak kenapa aku tak dapat nak direct feed Aidi, kenapa aku tak dapat nak fully breastfeed Aidi, kenapa mesti aku yang kena problem flat nipple ni. Kenapa kenapa kenapa???

Ha..sila jawab. Huhu.

Stress okey.

Tapi aku kena terima hakikatlah. Tak semua manusia tu sama. Macam aku, mungkin aku ada kelebihan kat satu sisi, tapi aku ada kekurangan di sisi lain. Dalam bab breastfeed ni, rasanya ada yang dah tau masalah aku.

Flat nipple.

Owhh..tertekannya bila pikirkan kekurangan yang satu ni. Sebabkan nipple flat la aku susah nak directfeed Aidi. Benda yang mula-mula cuma susah nak buat lama-lama terus jadi tak boleh nak buat. Bukan aku tak cuba directfeed Aidi..cubaaaaa. Banyak kali jugak cubaan dibuat. Tapi kebal ke hati aku bila tengok Aidi meronta-ronta meraung sebab tak dapat nak cari puting. Menangis sedu sedan sebab tak tahu macam mana cara nak hisap puting nak flat tu.

seminit dua minit hati aku batu jugaklah. Buat tak tahu je anak meraung. Siap aku gelak gelak lagi ketawakan Aidi. Tapi lama-lama..hati ibu manalah tahan. Muka Aidi sampai dah merah padam cuba nak menyusu direct. Aku ada jugak guna cuba guna nipple shield sebagai alternatif lain. Pun gagal.

Sudahnya aku give up.

Jawapannya feeding Aidi guna botol susu jugak.

Sedih.

2 minggu pertama dulu aku mampu lagi fully breastfeed Aidi walaupun cuma guna botol. Yang penting Aidi minum susu perahan aku setiap kali masa minum. Bangga sudah di situ.

Tapi masuk minggu ketiga..bila nafsu minum susu anak memuncak-muncak. Setiap jam nak susu nak susu nak susu...mana mampu aku nak penuhi demand anak. Sehari aku boleh pam lebih kurang 20 oz susu sedangkan Aidi demand lebih dari tu. Tak cukup.

Maka terpaksa top up susu formula.


Bila dah mula bagi susu formula, production susu pun jadi slow. Mungkin sebab minda dah bagi isyarat kata "takpe...tak dapat pam banyak pun takpe..susu tin ada."


Sedih lagi di situ.


Sebenarnya susahlah nak cakap. Mungkin siapa yang berada dalam kasut aku je yang mengerti. Orang memang boleh nak salahkan aku sebab tak kuat, tak cekal, tak mantap minda dalam nak breastfeed anak. Tapi cubalah korang ada kat tempat aku. Kalau ada yang mampu bekalkan anak 100% hanya dengan susu perahan setiap hari tanpa directfeeding memang aku salute sangat. Sungguh aku nak sangat berkawan dengan orang macam tu untuk kutip ilmu. Kalau tak boleh apply pada Aidi, maybe boleh apply pada anak seterusnya. Insyaallah.


Kesimpulannya aku memang nak sangat merasa directfeed anak sendiri. Tapi entahlah..


Redha je lah.


Cuma jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur masih mampu suap susu badan sendiri ke mulut Aidi..

Walau cuma susu dalam botol...


11 comments:

  1. salam..

    jgn sedih2..sekurangnye2 awk still boleh lagi bg susu badan even kena pam..

    ayu mmg kena bagi fully fm.. lagi sedih..ni sume sebabnye kurang ilmu..yela,anak pertama kan..

    nak tau kenapa,boleh baca entri ni.. http://shafizaidayu.blogspot.com/2011/09/sedihnye-bila-tak-dapat-bf.html

    ReplyDelete
  2. kite senasib la yong..ayda pn xdpt direct breastfeed airis,bkn sebab nipple tp airis sndri yg xnk,mungkin silap ayda sebab bg dia botol awal2 lg ms dia warded dulu..sejak dr tu dia terus xnk direct breastfeed..ayda cuba feed dia dgn BM sepenuhnya tp gagal,pam selang 2jam pn belum ckup utk penuhi demand dia..sedih mg sedih bila terpaksa topup ngn FM..semakin hari semakin kurang production susu,skg hnya dpt feed airis dgn BM 4kali je dlm sehari,selebihnya FM..:(

    ReplyDelete
  3. yong...meh awok nak komen.. hahaha

    ok, wanie pon actually ade prob gak utk bf direct ke zara.. zara kene tahan nicu 5 hari so during that time, nurse bg gune syringe..hari ke-6 wanie try bg direct bile zara dah kuar nicu..tp waktu tu mmg dia xnak.(siyes dia tolak bila wanie halakan *N wanie..masa kat spital, wanie cube bnyk kali..dianye menangis tu kesian sgt.. wanie fed-up n bagi jugak gune syringe...adalah dlm seminggu dia tolak..semua org ckp boleh, tp kita as mak mmg xsampai hati tgk anak laparkan..last sekali wanie ter*paksa* bg gune botol jgk.. sampaila sekarang, wanie keep pumping n bagi gune botol..biarla org nak kata ape p0n, yg pasti dia minum susu wanie..n hanya wanie yg memahami..nnt bila dia dah besar, wanie akan ceritakan perkara yg sebenarnye.. dia still minum susu ibu tp kes dia sgt berbeza..sgt unik utk dirinye

    ReplyDelete
  4. sedihkn xpat fullybresfeed..samela kita..huhu

    ReplyDelete
  5. keadaan kite sgt sama...sedih x dapat bf anak sendiri..masalah2 yg sme mcm awk..sy sempat bf baby 4 minggu je..itu pun pam, x dpt bf direct..sekarang ni, susu dh x de..klu pam, 1oz pun x sampai..=( bnyk mne yg kuar, bnyk 2 sy bg kt baby..lain sume susu formula..

    syukur awk masih boleh bg aidi minum susu badan..

    ReplyDelete
  6. xpelah yong, dulu pun azian pernah rs mcm yong rs. azian dulu sbb breast bengkak. tersentuh je pun dah rs mcm nak menangis. inikan pulak anak nak hisap. first time mom mmg mcm tu. mcm2 dugaan. cuma jgn give up. jgn stop trs bf aidi. bg jer dia hisap. biar dia stimulate nipple tu. insyaAllah mudah2an lama2 nnt okey :)

    ReplyDelete
  7. sori kalo komen tu buat yong terasa.=(kite delete la ye.

    ReplyDelete
  8. sangat memahami apa yg yong cita ni, sebab sedangmengalami pun...skang ni dh keje, lg susah rasanya...sebab baby xmau direct feed, sangat mencabar! *sobs*

    ReplyDelete
  9. Sedihkan huhu..Kita ni dahlah sedih n bila org tanya lagilah kita jadi sedih.Sampai nak jer rasa penampar org yg tanya. Diaorg ingat kita ni saja tak nak bg apa huhu..Tp dun wori. Allah maha mengetahui. Sebanyak mana rezei yg diberi itu lah yang kita terima n patut rasa syukur. Dun wori kes saya sama jer mcm awak. Tp lama2 saya dah biasa ngan soalan2 tu n lama2 soalan makin berkurang hehe. Cuma dalam hati jgn lupa doa agar Allah sihatkan tubuh badan anak kita walaupun kita sendiri pun tahu susu FM takkan setanding dengan susu ibu. Anak ke-2 kita cuba lagi:p...

    ReplyDelete
  10. wan..kita dah bagi 100% FM...tak dapat BF, tapi tak dapat BF sebab keadaan sekeliling, susu masa stop tu boleh tahan jugak keluarnya...tapi, apa nak buatkan...keadaan memaksa. betul cakap wan..biarlah orang cakap tak cekal ke, tak kuat ke, kita yang mak kandung je yang tau dan faham..sebab tu kalau kita nampak ada post mak2 yang berjaya BF anak dia, lepas tu mengata mak2 yang bagi susu FM, hati jadi down sesangat sangat down...tapi...redha jelah! :)

    ReplyDelete
  11. ai wan..saye org yg masih blom menjadik ibu..
    just bercakap based on experience kwn2...mmg byk isu pasal susu ni..
    mmg sensitif..
    apa2 pon..if wan berjaya full BF pon if xdpt direct pon syukur sgt...chaiyok2 besarkan aidi!!

    drpd sahabat2 lain yg terima mcm2 cabaran...lg besar dugaan...tulaa..bg saya xpatotla kite mengata sesama kite..ko xdpt fully BF la..susu formula la ape laa..yg penting masing2 ada kekangan masing2...n kite patot saling menyokong dlm nk membesarkan anak2...(wahh..gituu..pendpt org yg teringin anak..huhuhu)

    maybe..da ramai ibu2 moden yg very d educated...so terlalu byk conflict of interest..huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...