MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 24, 2015

Hari hari hari raya

Ehem. Testing testing (sambil ketuk mic)

Rindunya nak menaip sini. Itulah kadang aku konpius. Ada masa rasa macam nak stop bela blog dah. Tapi kekadang rasa rindu pulak. Bukan takde benda nak cerita, ada baaaaanyak cerita nak cerita setiap hari. Tapi taktau lah kenapa penyakit M aku untuk menaip tu tebal sangat. Aku syak kewujudan whatsapp, telegram, instagram bagai tu yang buat aku takdak masa nak jengah blog dah. Yes, memang salah depa, sila marah mereka. Iols tak salah. Haha

Eh uols,

Lupa pulak. Selamat hari raya!!

Dah taip karangan 1 perenggan baru ingat nak ucap selamat hari raya. Haha. Aku nak mintak maaf bebanyak andai ada salah silap. Rasa memang banyak salah ni. Ampunkan iols ye uols. Mana komen komen tak berbalas tu, ampunkan iols. Memang pangai aku ni terejal sikit tak rajin nak balas komen. Tapi aku suka baca komen korang satu satu, rasa terhibur hati.

Mana yang selalu tertunggu tunggu new entri tu (hade ke?), maaflah ye atas kemalasan aku nan satu ni. Slalu sgt sblm tido berazam, okey esok nak tulis blog, janji, mesti. Sekali bila esok tiba, malas pun sama tiba jua. Begitulah setiap hari. Uhuk uhuk.

Disebabkan lama tak update blog, skil menulis pun hilang dah. Maka saya akhiri entri ini dengan gambar gambar raya yang tak semenggah ni.

Terimalah


Ini adalah normal jika anda mempunyai anak berumur 3 ke 4 tahun. Wajib ada gambo gegor gini.


Anak anak entah mana hala. Makpak posing sekeping walauponnn gajah nau badan aku. Habis hilang badan laki iols.

Selpi pulok. Rajin pulak incik suami layan selpi reraya ni



Suka gambo ni walaupon gambo bontot saja. Haha



Petang 1 syawal, Adelea tuko uniform dah. Acara makan rumput di rumah moyang bukit gantang.



Haaaaa...ini baru elok sikit rupa bergambonya. 3rd Syawal di rumah pusaka tinggalan arwah tok dan pah iols. Very the memori tau rumah ni

Oleh yang demikian, tamatlah entri hari ni.

Harap esok ada entri lagi. 

Ahaks!




Friday, April 10, 2015

Happy Birthday Incik Somi pefekteng





10 April datang lagi!

Hari ni besday incik suami pefekten iols. Tapi pepagi subuh lagi dah bercekau laki bini. Muahahaha. Biasalah kan, kalau tak bercekau tu tak bahagia kata orang. Bila gaduh gaduh manja pastu nanti berbaik baik semula terus meoowwww aummmm! gituuu. Haha.

Tahun ni tahun paling blur tak tahu nak celebrate macam mana. Hapah pun tarak planning. Incik suami pun kata takmau pape, so let it go let it go je lah. Tengoklah balik sekolah nanti kot ada idea nak masak spesel ke nak bawak makan luar ke apa macam mana nanti.

Tapi apapun semalam sempatlah aku buat bookmark sebagai hadiah kecil untuk sang suami. Nak buat lelawo kretip kretip memang idok ler. Ni tahap bookmark 10 minit siap je ni. Asal ado.



sebelum laminate and boh reben bagi efek romantik. 


10 April jugak maka genaplah Adelea Sofea 1 tahun 5 bulan. Oh kejapnya plincess mama dah beso.



apsal gambo pecah pecah ni.


Setahun 5 bulan Adelea masih belum boleh bercakap. Aku perhati adik little bit slow dalam kemahiran bahasa. Kalau dulu rasa Aidi lambat bercakap, si adik ni nampak gaya lagi lambat. Tapi mama sokey sokey je. Tiap anak tak sama kan. So jangan panik. Perkembangan lain lain macam biasalah, boleh berjalan, berlari belum lagi, gigi dah banyak geraham ada 4 kalau tak salah, makan ikut mood, menyusu kuat, tido kuat, boipren dia upin ipin, suka menonggeng, suka berjalan ngukur lantai rumah, eh macam macamlah perangai anak dara sorang ni. Kelakor je satu satu pangai. Yang paling tak tahan sekarang dah pandai silok bantal busuk mama buat rete dia sendiri. Pastu tido tutup muka dengan bantal busuk, eh bujang sangat pangai ko dik.

Okla tu je nak citer. 

Daa!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...