MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 26, 2009

INDAHNYA BERHARI RAYA

Hari ini dah masuk 7 Syawal. Maknanya dah 7 hari kita berhari raya. Seronok kan raya tahun ni?

Tak seronok ek? Tak seronok pun wat2 la mcm seronok.huhu

Sepanjang 6 hari raya yang sudah aku terasa mcm byk sgt cerita yang nak dijadikan entri kat dalam blog ni. Tapi at this moment tetiba aku rasa mcm blur. Tak tau pulak nak story apa. Huhu.

*ting!*- idea muncul

aku ingat aku nak tepek gambar je la kat entri edisi raya ni. Gambar kan boleh menceritakan segala-galanya.huhu..sila la telek..;)



1 Syawal
Lokasi - rumah terchenta di Ampang Jaya



bajet berseri di pagi raya - huh



berhari raya bersama kuih raya



2 Syawal
Lokasi - Kg. Batu 17, Pdg Rengas Perak


Incik Tunang datang beraya di kampung. Abah beliau terlalu peramah. Sembang macam tak nak balik. huhu



tahun ni semua sedara mara belah Perak balik raya kedua. Jadi, malam raya kedua umpama malam raya bagi kami tahun ni..



tgk tu, kan macam malam raya tu. Mak dan Nini berusaha menjahit manik di baju raya. *nasib baik baju aku dah siap*



3 Syawal
Lokasi - Padang Rengas, Lubuk Merbau, Taiping




bergaya bersama kereta orang. nak beli sendiri belum mampu.



kat rumah Tok Cu ni. suka perabihkan kerepek pisang kat umah Tok Cu. Sangat sedap



dah penat beraya. kami main game domino pulak. ni game sejak zaman kanak-kanak lagi nih.


4 Syawal
Lokasi - Manong, Perak (rumah Incik Tunang)




aku suka tgk umah tok Amry kat blkg tu. Macam cantik pulak.



beraya bersama Incik Tunang. Next year Insyaallah upgrade status.huhu



Segerombolan aku bawak p beraya umah Incik Tunang.*Mak and ayah takde dalam gambar. Tengah bergosip dengan mak abah Amry barangkali*



Jakun melihat anak ayam bewarna kuning secara live. Selalu tengok dalam buku cerita kanak-kanak jek.huhu




5 Syawal
Lokasi - Kg. Pokok Asam, Pendang Kedah
(Rumah Pak Lang)


majlis sambut menantu sepupu aku. To Am & Nurul.*Semoga berbahagia*




Aku nyaris kena jadi pengapit hanya kerana baju aku hampir sama dengan baju pengapit lelaki.huhu



Tu dia..aksi apa ni? Tembak burung ke?




Tiga beradik yang sudah besar. Ayid, Nini, dan Aku



Pasukan bunga telur yang sudah putus asa memberikan doorgift kepada tetamu. Sangat letih. Ramai kot tetamu datang. Jemputan 4000 orang! Amik kau!


6 Syawal
Lokasi - Taman Muhibah, A. Star (Rumah Tok Wan)


Raya ke enam aku takde dah aktiviti beraya ke mana mana. Letih kenduri semalam tu pun tak ilang lagi. Maka aku meng 'qadak' tido aku yang sudah berhari hari tidak mencukupi. *bangun tido kul 11 pagi!. Gamba takdek*


Petangnya aku, Nini, dan dua orang sepupu aku p beraya kat A. Setar Mall. Huhu. Kami p menonton wayang. Memang dah menjadi tradisi famili aku belah Kedah ni untuk berhari raya di panggung wayang beramai ramai. Huhu.

Tengok citer apa?

Tengok citer Momok The Movie. Nak kata best sangat tu takla tapi boleh la nak tengok. Huhu. *Gambar takdek jugak*


Tepat jam 12.15 malam, aku dan adik-adik berangakat pulang ke KL. Saja balik tgh malam. Nak elakkan jem. Alhamdulillah selamat sampai Ampang kul 5.15 pagi.

Hari ni dah raya ke tujuh. Esok Ke lapan. Menanti hari esok untuk pulang kembali ke Tanjung harapan. Menghabiskan sisa sisa semester 1 yang hanya berbaki 3 minggu je lagi. Huhu..


Mata dah ngantok. Mau tidor. Nunite eberibadi.






Monday, September 21, 2009

KASUT RAYA

Pernah dengar kasut crocs tak?

Rasanya ramai yang pernah dengar brand ni. Dulu masa kasut ni mula-mula berada di pasaran, aku idok la berminat sangat. Tak pernah amik peduli pun pasal kasut brand ni. Bagi aku rupa kasut ni pelik. Besar semacam jek. Kaler pulak wane wani. Dah macam kasut nak berkebun jek. Cuma yang aku tau harganya agak mahal. Bleh cecah 2 3 ratus sepasang. Huh, sungguh aku tak paham apa keistimewaan kasut ni. Huhu..


Selang bape kemudian aku dengar dengar rege *harga* kasut ni dah turun. Boleh beli dengan harga serendah RM80. Masa ni ramai jugak la menderu deru p beli. Tapi aku tetap tak berminat.


Pastu sejak kebelakangan ni aku selalu sangat jumpa kasut tiruan versi crocs yang dijual dengan harga serendah seploh hengget jek. Memang banyak. Sampaikan aku pun terjebak terbeli sama. Selesa jugak memakainya. Itu baru yang tiruan. Yang original aku rasa mesti lagi sedap pakai. Maklumlah kasut nak p kebun. Takkan pakai high heel plak.Huhu..

Bukan itu sebenarnya yang aku nak story ni. Sebenarnya aku nak citer semalam merupakan malam raya kan? Sumer orang tau bila malam raya pasti akan ada acara melelong barang barang jualan kat bazaar. Yang paling glamer tentulah bazaar kat Jalan TAR KL. Disebabkan tahun ni aku beraya kat KL dulu, maka berpeluanglah aku p bersoping kat Jalan TAR pada malam raya. Serasanya ini kali pertama aku bersoping kat Jalan TAR pada malam raya. Memang syiok. Manusia memang jangan cakap la. Ramai sesangat. Lebih ramai dari hari yang aku p dgn Irda aritu. Tapi yang bestnya barang memang murah gilos. Harga roboh beb!


Antara barang yang dijual dengan harga yang murah giler adalah kasut crocs *versi made in China*. Setahu aku hari hari biasa kasut ni dijual agak mahal jugak. Dalam 70 80 hengget jugak la. Tapi malam raya aritu diorang jual lelong abis.

Teka bape regenya?


RM 50?

Salah..

RM 30?

Salah jugak...

Abis bape??

Diorang jual dengan harga 3 pasang RM50!

Ha amik kau!

Memang macam orang histeria la masing masing memilih kasut. Aku pun tak ketinggalan. Aku dengan adik aku *Nini* turut serta dalam acara memilih kasut lelong tersebut biarpun aku sudah punya dua pasang kasut raya dah.*dasar boros*.


Tengah ralit memilih 3 pasang kasut, tetiba ada announcement kata harga diturunkan lagi..menjadi 4 pasang RM60!*taktik org meniaga*


Aku dengan Nini pun apa lagi..terus menambah sepasang lagi menjadikannya empat pasang. Amik kau..buat pertama kali aku ada empat pasang kasut raya. Boleh tukar kasut setiap hari. Wakakakaka..


Cantik sgt ke kasut crocs yang kitorang beli tu? Nak tengok? Tengoklah..



cantik x?ini je yg matching dengan kaki versi gergasi aku dan Ninie. Eh kata empat, ni ada tiga psg jek. mana lg satu???


Kat atas tu ada tiga je kan? yang keempat ni memang spesel skit. Memang takde orang beli kasut versi ni. Nini je yang berkenan. Hamboi, tak sabar nak tengok pict dah nampaknya..sabaq no..nak upload sat..ha, tengoklah..


kasut versi dua dua kaki kanan. Cacat agaknya adik aku ni. Tak sedar terbeli dua dua belah kaki kanan. Hahaha..Wat rugi jek.*padan muka aku si tukang bayar*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...