MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, September 21, 2009

KASUT RAYA

Pernah dengar kasut crocs tak?

Rasanya ramai yang pernah dengar brand ni. Dulu masa kasut ni mula-mula berada di pasaran, aku idok la berminat sangat. Tak pernah amik peduli pun pasal kasut brand ni. Bagi aku rupa kasut ni pelik. Besar semacam jek. Kaler pulak wane wani. Dah macam kasut nak berkebun jek. Cuma yang aku tau harganya agak mahal. Bleh cecah 2 3 ratus sepasang. Huh, sungguh aku tak paham apa keistimewaan kasut ni. Huhu..


Selang bape kemudian aku dengar dengar rege *harga* kasut ni dah turun. Boleh beli dengan harga serendah RM80. Masa ni ramai jugak la menderu deru p beli. Tapi aku tetap tak berminat.


Pastu sejak kebelakangan ni aku selalu sangat jumpa kasut tiruan versi crocs yang dijual dengan harga serendah seploh hengget jek. Memang banyak. Sampaikan aku pun terjebak terbeli sama. Selesa jugak memakainya. Itu baru yang tiruan. Yang original aku rasa mesti lagi sedap pakai. Maklumlah kasut nak p kebun. Takkan pakai high heel plak.Huhu..

Bukan itu sebenarnya yang aku nak story ni. Sebenarnya aku nak citer semalam merupakan malam raya kan? Sumer orang tau bila malam raya pasti akan ada acara melelong barang barang jualan kat bazaar. Yang paling glamer tentulah bazaar kat Jalan TAR KL. Disebabkan tahun ni aku beraya kat KL dulu, maka berpeluanglah aku p bersoping kat Jalan TAR pada malam raya. Serasanya ini kali pertama aku bersoping kat Jalan TAR pada malam raya. Memang syiok. Manusia memang jangan cakap la. Ramai sesangat. Lebih ramai dari hari yang aku p dgn Irda aritu. Tapi yang bestnya barang memang murah gilos. Harga roboh beb!


Antara barang yang dijual dengan harga yang murah giler adalah kasut crocs *versi made in China*. Setahu aku hari hari biasa kasut ni dijual agak mahal jugak. Dalam 70 80 hengget jugak la. Tapi malam raya aritu diorang jual lelong abis.

Teka bape regenya?


RM 50?

Salah..

RM 30?

Salah jugak...

Abis bape??

Diorang jual dengan harga 3 pasang RM50!

Ha amik kau!

Memang macam orang histeria la masing masing memilih kasut. Aku pun tak ketinggalan. Aku dengan adik aku *Nini* turut serta dalam acara memilih kasut lelong tersebut biarpun aku sudah punya dua pasang kasut raya dah.*dasar boros*.


Tengah ralit memilih 3 pasang kasut, tetiba ada announcement kata harga diturunkan lagi..menjadi 4 pasang RM60!*taktik org meniaga*


Aku dengan Nini pun apa lagi..terus menambah sepasang lagi menjadikannya empat pasang. Amik kau..buat pertama kali aku ada empat pasang kasut raya. Boleh tukar kasut setiap hari. Wakakakaka..


Cantik sgt ke kasut crocs yang kitorang beli tu? Nak tengok? Tengoklah..



cantik x?ini je yg matching dengan kaki versi gergasi aku dan Ninie. Eh kata empat, ni ada tiga psg jek. mana lg satu???


Kat atas tu ada tiga je kan? yang keempat ni memang spesel skit. Memang takde orang beli kasut versi ni. Nini je yang berkenan. Hamboi, tak sabar nak tengok pict dah nampaknya..sabaq no..nak upload sat..ha, tengoklah..


kasut versi dua dua kaki kanan. Cacat agaknya adik aku ni. Tak sedar terbeli dua dua belah kaki kanan. Hahaha..Wat rugi jek.*padan muka aku si tukang bayar*

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...