MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 15, 2009

LAMBAIAN MALAR HIJAU


Sabtu-15 Ogos 2009. Sekumpulan pelajar yang tertekan kerana tidak berjaya menyiapkan tugasan kuliah mereka melarikan diri ke dalam hutan malar hijau dengan tujuan untuk mencari ketenangan dan ketegangan fikiran. Namun malang bagi mereka kerana disangka panas sampai ke petang rupanya panas sampai ke malam hari. Misi melarikan diri itu hampir hampir menemui jalan buntu kerana berlakunya beberapa insiden yang melemahkan seluruh jiwa dan raga. Namun di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Maka akhirnya berjayalah misi melarikan diri sekumpulan pelajar ini. Benarla kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang di hulu yam. Yahoooo!!!!

CORAT CORET MISI HULU YAM:


1. Misi ini disertai oleh 8 orang budak stress yang digelar Wan, Norly, Yanti, Irda, Riha, Ana, Kak Mona, dan Kak Manja. Didatangkan dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz. Hahahaha

2. Dua bijik kete digunakan bagi menjayakan misi penting ini. Kelisa Ana, n Kancil Yanti. (No. Plat tak dpt dinyatakan ats sebab-sebab keselamatan.huhuh)


3. Misi ini hampir-hampir gagal bila mana pemandu arah hampir-hampir kehilangan arah. Skit lg nak lencong ke Genting Kota Keriangan. Hahaha..

4. Kereta kancil versi pecut Yanti menunjukkan prestasi dan budi pekerti mulia yang membanggakan apabila sanggup memberikan laluan mudah kepada segala bagai kenderaan lain untuk memecut laju..hatta motosikal kapcai pak Abu jiran Mak Limah. Syabas diucapkan!


5. Kancil Yanti juga sekali lagi mengharukan kami semua kerana mampu berhenti secara otomatik tanpa menekan brek bila sampai tepat di kawasan kera bersantai.

6. Kesemua ahli misi ini agak terkejut bilamana terpaksa mengeluarkan RM1 untuk masok dalam kwsn mandi manda.(Berapa punya kedekut daa)


7. Norly telah dapat mencungkil bakat modelling yang ada dalam diri beliau apabila berjaya berposing dalam hutan dalam pelbagai versi dan gaya. Teruskan usaha anda!

8. Yanti mungkin perlu ke kelas renang kerana belum berjaya mengaplikasikan teknik pengapungan diri. Dipercayai kerana bumper berat. Hahaha..

9. Irda telah membuktikan bahawa ilmu itu ada di mana mana bilamana beliau telah mempelajari dan berjaya mengemudi permainan cap kali cap dengan terernya..(x cukup seround pun.huhuh)

10. Riha telah melaporkan bahawa beliau telah menjumpai satu 'artifak' pelik di celah batu. Patotla beliau tak duduk diam...rupanya 'mencari' sesuatu. Hahaha.

11. Ana yang pada mulanya berkeras tidak mahu membasahkan seluar barunya, akhirnya terkulai layu dek pujukan manja kami. Tapi, seluar barunya tetap tidak basah kerana kalis air..canggih sungguh.

12. Kak Manja memberikan khidmat cemerlang sebagai pengadil permainan botol baling (Jiran bola baling). Juga sebagai penanda aras renangan Kak Mona. Huhu

13. Kak Mona telah membuka kelas renang di mana pelajar dan jurulatihnya terdiri dari orang yang sama iaitu beliau sendiri. Syabas atas rekod 2 inci yang berjaya dicipta. Ekekeke

14. Dan aku??? Aku hampir hampir mendapat malu besar apabila seluar aku hampir di bawa arus sungai yang gatai. Hahhaha..

15. Sila la layan beberapa keping gambo yang boleh membuktikan betapa Misi Ulu Yam ini berjaya! Zasss!



aku nak amik nama hutan lipur tu jek..

Mcm ada torchlight kat atas nu

Harta saper nih?ish ish ish



Aku..sebelum memulakan misi



Bajet comey la..hahaha

Ba Ba Cak by Kak Manja..layann!



Riang!


makan time..lapo weh!


p/s: ada satu lg gambo sebenarnya..gambo kat titi gantung. Tp asik ilang jek time aku nak edit caption.Sudahnya malas aku!










1 comment:

  1. wakakaka klako btul misi visi yg terbentuk selepas berendam dlm sungai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...