Adeh berdebar plakjantung aku bila tengok tajuk kat atas tu. Biar betol?? Tapi itulah realitinya. Tadi aku and family aku ada bincang pasal wedding aku. Ntah camne boleh tertimbul idea untuk percepatkan tarikh nikah..alasannya sebab takut aku kena posting jauh untuk mengajar nanti. Huhuhu..
Bila pikir-pikir balik, logik jugak alasan tu. Yelah takde guna juga kalo kawin beria sudahnya kena berjauhan dari Incik Suami terchenta. Btol tak? Serupa tak yah kawin dulu kalo camtu..hehehe. So mak and abah aku cadangkan aku and Amry nikah dulu. Kalo boleh sebelum praktikal lebih baik. Kenduri besarnya buatlah lepas abis praktikal pun takpe. Nak wat tahun depan pun takpe. Bak kata abah kalo dah dapat anak baru nak wat kenduri besar pun takpe..sanding la dengan anak skali.hahaha..Abah sempat melawak plak tadi. Yang penting nikah dulu untuk dapatkan sijil nikah tu jek. Huhuhu..
Aku tak citer lagi plan ni kat My Incik Tunang..(sebab bil tak berbayor..kna bar dh fon kitorang.hahahah). Esok aku ingat nak bincang btol-btol dengan dia. Tengok pandangan dia camne pulak. Aku terharu jugak dengan idea abah aku tadi..beliau seboleh-bolehnya taknak susahkan pihak laki. Abah kata kalo Amry tak cukup duit lagi untuk sediakan duit hantaran pun takpelah..tak yah bawak duit hantaran lg masa nikah tu. Yang penting duit mas kahwin jek. Dulang-dulang hantaran bagai pun abah kata wat sikit-sikit dah la. Tapi tang tu aku kurang setuju. Sebabnya aku dan Amry dah set dah nak bagi apa untuk hantaran nanti. Ala,,setakat hantaran je bape duit sgt la..Takkan itu pun dia takde duit kot.(huhu...bajet tunang aku kaya la tu.hahaha)
Best jugak kan dapat nikah awal. Takde la ke hulu ke hilir tanpa ikatan sah. Hehehe..macamlah kami ni selalu kuar dating.hehehe...Tak sbar nak tunggu esok..nak p bayar bil tepon (Incik tunang dah bank in kan duit td. Yeay!) then aku nak bincang hal ni dengan dia. Harap-harap dia and famili dia setuju. Kalo dia tak setuju..xpela. Takkan nak paksa kan? Aku tak nak la nampak macam desperate sgt. Cadangan ni timbul bukan sebab aku tak sabar sgt dah..aku cuma nakkan sijil nikah untuk permohonan posting nanti jek. Ok ke tak ok idea aku, mak, and abah aku ni? Tolong komen skit...=)
kesimpulan dari cite ni ialah my abah mmg best dan lawak..hehe..
ReplyDelete