Aku time sekolah tu pernah la masuk pertandingan balas pantun. Memang bajet terrer dah la. Hahaha..tp aku tetap salute dengan insan yang berjaya mengaplikasikan teknik modification ke atas pantun-pantun melayu kita. Memang kategori pecah perut la. Tapi sekali lagi harus diingat..pantun-pantun ni tak sesuai digunakan di dalam bilik darjah mahupun di atas kertas peperiksaan. Kalo ada yang kena pelempang sedas dek cikgu kelas, aku tak jamin. Hehehehe..
1. Berakit-rakit dahulu,
berenang-renang ke tepian,
kerana rakit pecah dilibas buaya,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-lenang kemudian,
pasal dapat banyak duit hasil jualan kulit buaya yang libas rakit tadi tu.
2. Pisang emas dibawa belayar,
masak sebijik aje di atas peti,
pasal pisang yang lainnya habis dibedal kelasi kapal tu
3. Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan,
sebab tu lah pekasam tu masam,
bila diseluk kena ketiak masam.
4. Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh makan engkau makan papan,
kalau boleh nak makan perahu.
5. Tidur tak lena,
makan tak kenyang,
mandi tak basah,
berak tak basuh.
Sengal tak sengal? =)
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment