Satu waktu dulu.
Itulah tangan yang menghayun buaimu.
Itulah wajah yang menceriakan hari-harimu.
Dan susuk tubuh itulah yang membanting tulang.
Memerah keringat.
Untuk belikan patung comel idaman hatimu.
Tak pernah jemu.
Sungguh mereka takkan pernah jemu.
Semakin menginjak usia.
Kamu semakin dewasa.
Sudah pandai mencari pacar bercinta.
Sudah tak betah lagi duduk di bawah ketiak mereka.
Katamu.
Ini hidup aku.
Masa depan aku.
Aku berhak tentukan hala tujuku.
Sungguh kamu terlupa.
Betapa garis luka mencalar jiwa mereka.
Dulu.
Kamu takkan mampu berdiri tanpa memegang jemari kasarnya.
Kamu takkan mampu duduk tanpa sokongan tubuhnya.
Kamu takkan menjadi apa pun tanpa mereka.
Sungguh.
Jangan disakiti hati tua itu
Jangan dibiarkan airmata mambasahi wajah kedut itu.
Janganlah hanya kerana cinta.
Usahlah kerana kasih seorang jejaka.
Kamu khianati cinta mereka padamu.
Sungguh.
Aku merayu.
Jangan disakiti hati ayah dan ibu.
Sungguh...
Luahan hati seorang anak,
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment