MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 12, 2009

MARI KE DAPOR

Blaja tinggi-tinggi sampai universiti..abis degree, sambung blaja lagi tinggi kat Uitm Shah Alam. Menara SAAS tingkat 14 tu..tak tinggi ke aku blaja? Skrg sambung blaja lagi kat UPSI plak. Blaja mcm nak jadi gabenor bank negara..tapi masak tak reti. Hahahah...Itulah aku.

Tapi jangan pandang aku sebelah mata tau. Aku cekap jugak kat dapur mama tu. Bagilah aku wat kek ke biskut ke cucur bilis segera ke..memang aku handalan. Hahaha..Dan semalam aku telah menguji kehandalan aku sekali lagi di dapor. Yeay..misinya adalah menyiapkan sebijik kek batik.

Berjaya atau tidak aku?? Tengoklah nanti...hehehe


Step pertama:

1) Sila hidupkan enjin kete atau motor anda untuk ke kedai. Tak kisahla kedai runcit ke, pasar mini ke, pasar raya ke..asalkan kedai tersebut menjual barang-barang seperti yang tertera dalam gambar dibawah..sila semak.


biskut merie (cap apa pun bleh), milo,serbuk koko, telur, susu pekat manis, buttercup, gula halus dan esen vanilla*tiada dlm gambar krn berada dlm peti sejuk..lupa nak kuarkan.huhu*



Step 2:

1) Pinjam alat pemukul telur ibu masing-masing kemudian pukul 1 1/2 ketul butter dgn 2 cawan gula halus sampai kembang. Beliau tidak akn kembang seperti bunga yang mengharum wangi ye..tetapi signal-signal beliau sudah kembang adalah warna adunan bertukar dari kuning butter kepada putih kekuning kuningan. Pastu stop.


Step 3:

1) Pecahkan 7 bijik telur ke dalam adunan tadi. Then pukul lagi sampai sebati. Pastu masokkan 2 penutup esen vanilla..Pukul skit lagi. Then stop. Letak kat tepi jap. Jangan sampai adik-adik korang yang kecik colek-colek rasa. Huhuhu..


Step 4:

1) Kita wat coklatnya pulak. Amik mangkuk besar...mangkuk ayun dikecualikan okey? Pastu masukkan 9 sudu milo n 6 sudu koko dalam mangkuk tersebut. Pastu add on 1 tin susu pekat manis n 2 cawan air panas. Air suam-suam kuku pun boleh..Jangan bubuh air sirap sudah lah. Kemudian kacau sampai takde ketul-ketulan yang terhasil dari serbuk koko n milo tadi.


Step 5:

1) Letak periuk mama atas dapur. Hidupkan dapur dengan api yang paling minimum..Ingat..api haruslah kecik..Api kan kecik-kecik menjadi kawan. hehehe..

2) Pastu masukkan adunan butter, gula n telur tadi dalam periuk. Bancuhan coklat tadi juga jangan dilupakan. Masukkan sekali..


Step 6:

1) Ha..part ni la paling tension skali. Kamu-kamu semua dikehendaki mengacau bancuhan dalam periuk tadi sepanjang masa sampai la ia mendidih. Proses ini memakan masa yang agak lama. Boleh mencecah 1 jam jika proses ini diiringi dengan aktiviti bermain world cafe di dapor. huhu..

2) Bila ia dah mendidih..bancuhan coklat tadi akan kelihatan pekat dan likat. Dah tu masukkan la biskut merie yang kamu beli tadi. Takkan nak simpan dalam almari je kot. huhu..Oh lupa..Pecah-pecahkan dulu biskut merie tu.Pastu masukkan dalam periuk. Gaul sebati. Then siap! Tutup api okey!



Step 7:

1) Sila tanya ibu-ibu kamu semua di mana beliau simpan loyang. Tau tak apa kebendanya loyang tu? Ala..yang pat segi tu. Sila tanya ibu masing-masing untuk keterangan lanjut.

Pastu masukkan kek blom siap anda tadi dalam loyang. Ratakan cantik-cantik macam dalam gambar kat bawah ni.huhuh.





Step 8:

1) Simpan dalam peti sejuk mewah anda selama mana yang anda suka. Pastu potong-potong dan makan!! Nom nom nom nom....


Selamat terliur!

;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...