Tuesday, October 27, 2009
PAPADOM VS PAPA DET
Semalam masuk dua kali aku tonton filem Papadom. Jarang aku nak menonton filem lebih dari sekali. Tapi untuk filem Papadom ni lidah memang tak boleh bohong. Memang best tahap 18 bintang. Tak percaya? Sila p tonton sekarang.
Jalan cerita filem ni sebenarnya biasa je. Menceritakan tentang pengorbanan seorang ayah atau dalam filem ni di panggil papa kerana sanggup bersusah payah menjaga anak beliau sehabis baik. Kalo boleh nyamuk sekor pun dilarang menyentuh kulit anak beliau. Huh betapa tingginya kasih sayang seorang ayah yang ingin ditunjukkan.
Dan aku??
Tipu kalo aku tak teringat langsung kat abah aku semasa menonton filem ni. Dua kali aku nonton, dua kali jugak aku sob sob dalam panggung wayang tu. Really terharu dengan kasih sayang seorang bapa.
Aku mula terpikir.
Mungkin itulah perasaan abah aku sepanjang beliau membesarkan aku. Mungkin sebanyak itulah kerisauan yang bermukim dalam hati selama melihat aku belajar berdiri atas kaki sendiri.
Perasaan seorang abah yang aku tak pernah ambil tahu.
Yang aku tahu..
Call abah bila akaun bank mula susut.
Call abah bila ada benda nak beli tapi tak berapa nak mampu beli sendiri.
Call abah bila nak mintak tandatangan borang sekian sekian.
Aku tak pernah nak ambil tahu apa perasaan abah.
Penat ke tidak abah kerja siang malam.
Sakit pening abah melayan karenah kami adik beradik.
Sampaikan abah aku dah pencen pun aku boleh tak tahu.
Kejam sungguh..
Tapi aku tahu. Aku yakin. Aku sangat sayang my abah..
The greatest dad in my world..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment