MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 3, 2010

PREGNANT KE????? *ishhh takkanlah*

Sejak balik dari Langkawi aku terasa macam ada sikit perubahan pada diri.

Aku selalu rasa tak sedap tekak.

Kadang tu rasa pening-pening sakit kepala. Pernah sekali aku terasa nak tumbang time tengah membeli barang dalam shopping complex.

Pastu kekerapan membuang air kecil yang tersangat la tinggi.

Nape ye??

Bila aku renung-renung.
.
.
.
.
.
.
.
2 in 1 ke??
.
.
.
.
.
.
Ish takkan la. Macam mustahil jek sebab aku dan incik suami dah terlepas waktu "berharga" tu.
.
.
.
.
.
.
.
Hmmm..mungkin nak period kot sebab kalo ikut kiraan, beberapa hari lagi *dari tarikh balik dari Langkawi tu* aku akan period. Maka bertahan je la segala sakit pening segala.
.
.
.
.
.
.
Kalau ikut kalendar aku, 30hb aku patotnya angkat bendera merah. Cycle aku pun tetap, paling tidak pun awal sehari atau lewat sehari. Itu aku pasti.

Tetiba..

28 Jun ada tompokan darah pada panties!

Dalam hati terkejut jugak sebab awal skit dari jangkaan.

Dalam hati jugak kecewa sebab maknanya memang bukan 2 in 1 seperti sangkaan awal kat atas.

Tapi

Tetiba *tetiba lagi*

Tompokan darah tu muncul skali tu jek. Pastu dah takde muncul-muncul lagi sampailah esok harinya pun..Takde apa. Buat rugi pad aku jek. Huh!

Aku mula hairan.

Ish tak pernah dia nak main cak cak dgn aku sebelum-sebelum ni. Selama ni kalau dia nak kuar dia kuar je terus. Ini main nyuruk-nyuruk pulak.

Aku tak sedap hati.

Rasa pening kepala masih suka bertandang sekali sekala.

Rasa tak sedap tekak pun macam tu jugak.

Pendek kata semua tanda-tanda yang aku citer kat atas tu masih ada.

Tergerak hati nak tanya incik google. *incik google memang kawan baik aku.hehe*

Incik google kata semua tanda-tanda tu adalah tanda-tanda normal kehamilan!!

Omaigod!

Termasuk tompokan darah tu sekali.

Ok jap aku nak copy and paste maklumat yang incik google bagitahu aku.

Jap aaa..


Okey, ni dia 10 TANDA AWAL KEHAMILAN *klik link kat sebelah untuk baca artikel penuh*

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

Serius, sejak dua tiga menjak ni aku memang asik lapar jek. Tapi untuk wanita bersaiz aku ni orang tak heran dah kalau tengok aku kuat makan. Aku pun tak heran. Jadi tanda ni tak boleh diguna pakai, Haha.


2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

Tanda yang ni aku tak pasti. Rasa macam takde perubahan jek. Belum kot.*sedapkan hati.haha*


3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan merasa kerap untuk buang air.

Ha..yang ni memang kerap terjadi. Kejap-kejap nak terkucil, kejap-kejap cari bilik air. Bilik aku ngadu kat incik suami dia cakap aku kuat minum air, sebab tu la jadi gitu. Huh, padahal aku aku kuat minum air sedari dulu lagi, tapi takdela asik nak ber best fren dengan sang bilik air ni. Haih!


4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

Hmm..aku takde la sampai lunyai. Aku aktif jek. Cuma buhsan duduk rumah. Haha


5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

Ni ada la sikit-sikit. Macam tanda-tanda sebelum nak period.


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

Ha..inilah yang aku maksudkan dengan tompokan darah tu. Ada pendarahan sedikit pada masa yang hampir dengan hari sepatutnya aku period. Ishh...berdebarnya! Huhu


7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

Aku belum sampai tahap muntah. Cuma aku selalu rasa tak sedap tekak. Loya ke tu ek? Aku pun tatau rasa loya tu camne. Pastu selalu sendawa jek. Kurang pasti sendawa sebab banyak angin atau banyak makan. Haha!


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

Aku takde alat nak sukat suhu badan. Cuma aku selalu rasa macam nak demam, tapi sampai kesudah tak demam pun. Alhamdulillah la sebab aku sehat selalu.


9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

Masa aku google info ni tarikhnya 30hb dan sepatutnya tarikh tu aku dah period tapi nan ado lagi. Yang ada cuma kehadiran sedikit darah sehari sebelum tu. Pastu langsung dah tak de pape lagi dah. Kita tunggu hari esok camne..*berdebar*


10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.

Aku tak buat pun ujian air kencing ni lagi. Niat hati kalau sampai 1 Julai aku tak period jugak, baru aku nak gegas ke farmasi cari pregnancy test kit. Ada orang kata tunggu period missed seminggu dua dulu baru result akan lebih tepat. Hmmm..


Pregnant ke aku??

Ishh..pelik.

Tak tahu nak cakap camne. Separuh hati rasa teruja jugak bila tengok ada beberapa tanda-tanda tu aku alami. Tapi separuh hati lagi menafikan.

Sebabnya.

Aku dah kira dah sebelum tu, waktu subur aku jatuh pada 16 atau 17 Jun sedangkan incik suami hanya pulang ke semenanjung 18 Jun. Itu pun dah hujung hari.

Jadi macam mustahil akan lekat. Lagipun sel telur wanita ni cuma bertahan paling lama pun 48 jam je dalam badan. Lepas tu ia akan hilang entah kemana. Huhu.

Bila aku citer kat incik suami, tahu apa reaksi dia??

Owh sangat teruja. Beliau siap sempat pikirkan nama anak dah. Bukan nama untuk seorang, tapi untuk EMPAT ORANG!

Hai la suami saya.

Aku pesan kat incik suami, janganlah excited sangat. Semuanya tak pasti lagi. Entah-entah tompokan darah tu period sebenarnya. Jadi tak perlulah terlalu teruja lagi. Aku sendiri takut untuk teruja lebih. Risau nanti kecewa sendiri.

Aku amik keputusan untuk tunggu dan lihat apa akan jadi esok hari. Kalau sampai lusa aku masih tak angkat bendera merah maka mungkin lah ada nyawa sedang tumbuh dalam rahim aku.


Tapi kalau esok lusa teman baik setiap bulan datang menziarah..


Nan ado la ye.


Dan esok paginya, tatkala aku call incik suami untuk kejut beliau bangun pegi keje, tahu apa soalan pertama beliau?

"camne yang...ada keluar (darah) tak?"

Hahaha..Incik suami incik suami..Aku tahu beliau sangat teruja. Mungkin jugak terlalu mengharap sampaikan celik-celik mata je itu soalan pertama yang meluncur dari mulut.

Aku jawab tak tahu lagi. Tak sempat nak check sebab aku celik mata kul 5.30 pagi ni pun semata-mata nak kejutkan incik suami jek. Pastu nak tido balik. Haha.


Selang berapa jam kemudian, Aku sms incik suami..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Abang...kite period. Sori ye sayang"


Citt!


Teman baik setiap bulan tu datang jugak rupanya...lewat sehari. Haih!


Incik suami reply..


"Takpela sayang..its ok. Nanti kita cuba lagi."


Hehehe..tunggula raya ni, kami cuba lagi. Hehehe..


p/s: Incik suami hanya dapat pulang lagi raya nanti. Itupun kalau dapat cuti. Sedih kan? Huhu








33 comments:

  1. hehe..dah excited dah baca dari atas..takpe kamu boleh cuba lagi..LDR tak semestinya tak boleh dapat anak cepat2..=)

    ReplyDelete
  2. Adehhh...Saya punya lah teruja nak baca. Mana tau bunting pelamin tadi. heheh..org laki mmg camtu, wan. Suami saya pon selalu tanya soalan yg menjurus psl anak. tapi belum ada rezeki. Chaiyok2! Cuba lagi. Heheh..

    ReplyDelete
  3. Hana, azlina - xpela kan..cuba lg..kawen bkn hanya utk sebulan pertama jek.huhu..mudah-mudahan cepat ada rezeki indah itu.

    ReplyDelete
  4. alangkah syoknya kalau bunting pelamin..ahaks!! ;P

    ReplyDelete
  5. dd dudu - memang suspens pun time nk tgg period ke tidak tu.huhu..finally.....nan ado.

    ninie - ko mmg suka la kalo aku bunting pelamin..ko boleh cpt dpt title auntie gojes.haha

    ReplyDelete
  6. haish.. suspen betul. nasib baca sampai ke penghujungnya. haha. mula-mula tadi dah nak tinggal komen, kite rasa awak pregnant. hahaha..

    ReplyDelete
  7. haha suspen tau...baru nak tulis komen yg pasal tompokan darah tu...'camtu ler kakak saya tau dia pregnant...'...takpe2...cuba lagi k...=)

    ReplyDelete
  8. Cik Belle - belum lg....huhu. Doa-doakan la moga cepat diberikan rezeki.

    ReplyDelete
  9. SyimaSyaz - tu la...baru tau yg tompokan drh tu pun antara tanda pregnant...tp kes saya ni tu tompokan period.haha..

    xpe xpe..try again.hihi

    ReplyDelete
  10. cis macam baca drama saspen! takpe2. bole try lagi. amik masa berthn sket la ye.

    ReplyDelete
  11. xpe la....lum ada rezeki lagi kan...cuba lagi..he..he..tp saya pun ada mengalami keadaan cam awak gak...tp saya lum beli lagi prengnant test...tp mmg ari2 sudah pening ni...adoyaii...

    ReplyDelete
  12. sabo eh...cube lg...btw, sy pn ade tande2 camtu...dh lewat 2weeks period...tp still x check lg...hu3

    ReplyDelete
  13. huhu.. betol2 suspen bace dr atas..tande2 tu adalah juga kat sy...tp tang loya tu terjadi bl mkn lebey sket je..tp tekak ni asyk nk mengunyah aje..camano?

    anyway ..cube lg k...insyaAllah ade rezeki tu nnt.. =) CHILL

    ReplyDelete
  14. Kay Kamal - doa-doakan la ye moga ada rezeki lain kali.huhu

    Seri Seri - tgg period lewat seminggu dua then boleh test dah..hope ada rezeki indah tu untuk awak!=)

    Mrs Engineer - nape x check lg??2 weeks missed period kemungkinan bsr ada nyawa dlm rahim awk tu..cpt cpt pegi check!Then war2 kan the result okey?

    Congrats in advance!=)

    Leeyana - agknya org baru kawen mmg kuat mkn kot.haha..dah missed period blom??Harap2 ada rezeki awk..aminn..

    ReplyDelete
  15. haha.. same ngn i..
    dis time die main ba ba chak dl..
    datang setitis dua pastu kering 2hari..
    i dh excited, pregnant ke haku?
    dh la selera mkn byk, tp klo mkn byk2 cpt betul rasa nk temuntah..
    tup2 lps dkt 2hari die kering, die dtg mcm bah plak..
    haih, xpe.. cuba lg next time..
    hehehe..
    :)

    ReplyDelete
  16. Cik Puan Fara - sama rupanya simptom kita.haha..xpela..next time cuba lg okey.hehe..

    ReplyDelete
  17. Takpe usaha tangga kejayaan.. :) jangan stress2 sgt..

    ReplyDelete
  18. Cik Fiza - takdela stress pun lg...bak kata org, masih awal bebenau..tunggula..Insyaallah ada rezeki. Kan kan?=)

    ReplyDelete
  19. xpela yunk..cuba lg..ai pun excited juga ni..sebabnya ade tanda2 tu ade yg melanda diri ini..tapi last period 10 jun..ni belum 10julai lg..incik suami pun excited nak beby..siap dah buat simpanan untuk bey lg..nebes..nebes..

    ReplyDelete
  20. Wah Farah...i pray for u. Berdoa la moga ada isi. Huhu...kalo sampai 10 hb xde period jugak, kamu kena jg diri elok2..jgn lari-lari tak tentu hala, jgn angkat berat-berat, jgn lupa pakai selipar cap asadi *sbb tak licin* bila ke dapur atau bilik air bla bla bla *ha amik ko mak nenek dah bebel.haha*

    Gud Luck Farah!

    ReplyDelete
  21. nad eksaited jugak bace entry nih..hehe..takpe kite cube lagi, k..LDR jugak yer??hehe..baru singgah blog ni.. :)

    ReplyDelete
  22. Hai Nad! Thanks singgah..mau singgah belog kamu jugak.hehe..

    Yup..LDR skrg..kalo sesiapa yg LDR diberikan kamera DSLR best jgk kan??

    hahaha..mengarut sajork!

    ReplyDelete
  23. saye mcm tu jugak, ada tompokan drh then haid. Mksdnye xpregnant la ni? Saya msh study ni tkt kang tpaksa tggh pulak

    ReplyDelete
  24. Susah juga nak dpt anak kan

    Doa je la

    ReplyDelete
  25. Suspen.insyaallah rezeki akn dtg..sy pon menanti gak..tgk org yg xkwen buang je bby dia n mudah je lkt..ini ujian org berkhwin

    ReplyDelete
  26. sdg mngalami..bru sminggu lps piod..pose da 7 hari..tbe2 ade tmpok coklat tu..egt piod..tp kua sikit je..mandy wjib...ehhh kua plk lg dye..adoii..still skit..miss pose..msok arini da ari kdua..pastu asik nk tkucil je..mgkinkah pregnent..haha ( xnk mngharap) klu ade alhmdulillah

    ReplyDelete
  27. Samalah.. Tu yang Google cari tu. Harap la pregnant. Adui. Suspen. Jom jemput join GA bella.

    http://isabellaidura.blogspot.com/2013/12/havoc-giveway.html

    ReplyDelete
  28. Pergh. Da syok syok bace drp.ats sampai ke bawah, tp msh blm Allah bg rezeki. Tkpela, tp skrg da 2014 kan. Heheh kakyong mmg pandai bercerita, sanggup cx scroll slow2 ntk bace setiap word. Huhu doakan cx plak ye kakyong :)

    ReplyDelete
  29. Hurm tkde rezki. Eksaited cx bc drp.ats ke bwh.. Huhu pandai kakyong bercerita,, tk lari pon ank mata cx ni ikut tiap pena kakyong. Huhu doakan cx plak ye. Skrg 2014, msti da ade baby kan

    ReplyDelete
  30. Salam...Mcm mana kakyong? dah ade rezeki. Teruja pengalaman kak yong tu. sy pun pernah mengalami pengalaman yg sama.dah setahun lebih kahwin.tapi belum ada rezeki. Hari ni, dah lewat 3 hari.Period biasanya akan awal dari date sepatutnya atau ngam2 date. Tapi skrg dah lewat sikit. Sekitar ari-ari sakit sgt. Rasa tak sihat. Macam nak period. Tak nak mengharap sangat sebab dah pernah kena. Beli UPT, last2 period. Mudah2an Allah S.W.T mengurniakan zuriat untuk kita semua yg belum ada zuriat lg ni..Amin..

    ReplyDelete
  31. sy selalu jgk kne mcm tu..bln ni mcm tu jgk ..tpi kli xdtg period 1 titik terus xdtg2 lgi..sy beli pregnant test ingat pregnant rupa2 bkn...sy dh 2 thn tunggu masih xdpt2 lgi...

    ReplyDelete
  32. mcm sy bln lepas jek! haha..si incik suami punya dh excited jugak tiap kali tanye kua ke x kua ke x tp apakan daya..semua kuasa dtg drpd dia...hanya pd allah kita berserah..amin...xpe usaha lg chaiyok2... peace

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...