MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, March 24, 2011

MEMORI RESULT SPM


Semalam tengok berita. 9000 lebih pelajar dapat semua A dalam semua matapelajaran.


Wow!

Makan apa la budak-budak sekarang. Gila kentang hebat. Adik incik suami pun berjaya dapat straight A's. Alhamdulillah. Sampai incik suami jadi orang paling sibuk semalam. Habis semua sedara mara di call nak khabarkan berita gembira ni. Senyum janga ceritalah..memanjang macam pisang koyak. Sampai nak tido pun dok bercerita hal kejayaan adik bongsunya tu. Oh sangat comel kamu incik suami.


Dan tiba-tiba aku pun terimbas memori aku masa dapat result SPM dulu. Lama dah...aku amik SPM tahun 2001. Tapi takkan lupa hari amik result tu. Errr tapi aku lupa pulak tarikhnya..hehe.


Pagi hari result keluar tu aku pegi sekolah. Sorang-sorang jek naik teksi. Takde siapa teman. Seekor diri melangkah ke sekolah.

Sampai sekolah..Uiii ramai dah kawan-kawan dah sampai. Aku kira ketinggalan jugaklah. Result diberi di kantin sekolah. Dalam nak berjalan ke kantin tu sempat jugak la aku pandang sekeling. Nampak ada budak-budak junior dok terjerit laung nama aku dari pintu kelas *rindu la tu...tahulah aku ni senior best.haha*, pastu nampak kawan-kawan yang sama amik result. Ada yang menangis tapi tak pasti la sedih ke hepi. Ada yang mencuka masam muka. Ada yang takde perasaan. Pendek kata macam-macam ada.


Dengan tak semena-mena..eh eh aku dah sampai kantin dah ni. Ayoyo tanggaci...amma appa yenaporengge. Apa nak buat ni????? Takottttnyaa...

Dan dengan tidak semena-mena lagi, eh eh aku dah sampai kat kaunter kelas aku. Aku nampak cikgu kelas aku, Cikgu Radziyah *fuh lega ingta lagi nama beliau* dah ready elok pegang slip kat meja tu.


"Okey..Wan Nor Fadzlina...ini result kamu. Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuhhh. Tahniah kamu dapat 7 A."


"Haaaaaa????? Apaaa?? Tujuhh??"


Masa ni tangan dah mula menggigil, mata dah mula berair, mulut dah mula tersengih, pastu otak tak boleh berfikir pape. Nak hulur tangan salam tangan cikgu pun aku sampai boleh lupa. Nasib cikgu tu hulur tangan dulu...kalau tak memang aku kaku keras kat situ. Heh.


Uiiii memang gembira abis aku time tu. Happy sebab aku memang target nak dapat 7A. Nak target banyak-banyak memang tak berani sebab aku sedar kemampuan diri. Dapat 7A pun aku dah cukup syukur alhamdulillah.


Pastu kawan-kawan dah mula kerumun nak tahu result aku. Aku cuma mampu senyum dan kata "tujuh" jek. Kalau terasa dah kelu sangat, aku buat isyarat jari jek. Kelu beb!

Pastu baru teringat kat famili. Apalagi, terus beratur kat public phone. Ate kata dulu mana ada hand fon lagi masing-masing, jadi pakcik telefon awam tu la yang jadi sasaran semua. Beratu panjang lagi tu...dalam tangan dah ready duit sen sen. Nak call mak, nak call abah, nak call mama, nak call cikyah. Cukuplah singgit.

Call abah..abah cool jek. Mungkin dia dah tahu anak dia memang boleh dapat 7 A. Haha.

Call mak...macam biasalah, mak akan over hepi. Pastu dengar suara mak dah sedu seda. Mak nangis la pulak. Oh ibu.


Call mama..mama pun bagi reaksi sama macam mak. Dan dalam apa-apa kejayaan pun, mama akan keluarkan statement gini.."itulah..mama dah agak dah..Yong mesti dapay punya.". Huhu.


Pastu call cikyah pulak. Cikyah pun hepi jugak tapi cikyah pun cool mat cool mat cool kawanku macam abah.


Lepas tu sempat jumpa kawan-kawan, jumpa adik lelaki aku si Ayid. Oh lupa, Ayid pun belajar kat sekolah yang sama jugak. Jadi beliau bolehlah berbangga ada kakak yang dapat result gempak gituu.. Ahaiii! Gempaknyerrr la. Nyampah pulak aku nak taip. Haha.


Jap, nak tengok jam kul bape.


Alamak! 2 minit lagi jam 12. Aku ada kelas.


Jadi sekian sahajalah cerita tentang memori result SPM aku.


Kepada semua pelajar yang dapat result semalam..apapun result kamu..Tahniah Cikgu ucapkan. *wah..berganti diri cikgu pulak tentiba.hehe*


Daa!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...