MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, March 21, 2011

TAK BESTNYA BILA JARI HILANG SETENGAH INCI


Baru hilang hujung jari, terasa macam separuh lumpuh dah diri ni. Mana taknya, bila jari berbalut, banyak kerja yang tak boleh aku buat.

1. Sekarang nak mandi pun kena hati-hati. Doktor dah pesan, jangan bagi balutan jari aku ni kena air. Jadinya nak mandi pun kena ada skill sekarang ni. Harus guna satu tangan jek. Bayangkan??! *err bayangkan guna satu tangan tau..bukan bayangkan aku mandi. Ngeriii kau!*


2. Mandi tu dah satu hal, nak shampu rambut pun dah seksa dah sekarang ni. Jujurnya ni sejak kes terpotong jari, tak bershampu-shampu rambut ni. Nak masuk 3 hari dah ni..Adoiii! *incik suami....sudi tak bukak kedai cuci rambut malam niiiii..pehlisss*


3. Bila jari tangan kiri berbalut, bermakna hampir semua kerja-kerja penting yang dilakukan oleh tangan kiri terbantut sekarang ni....termasuklah berinsitinjak. Uuhhhhhhh ini paling seksa. Tiap kali perut memulas gigih aku menahan. Semuanya sebab tak sanggup nak basuh yak guna tangan kanan. Huhu.


4. Hmmm ada jugak bestnya jari berbalut ni. Kerja-kerja dapur macam cuci pinggan, memasak, menyiang pesiang segala semuanya dikecualikan. Sekarang ni tugas-tugas tu semua incik suami amik alih. Kata balutan aku takleh kena air kannnn.....ohh bestnya dimanja.


5. Paling kekok bila nak menaip pun agak lembab sekarang. Sebab tu lah aku jarang menghapdet belog dah sekarang......ceaaaaa alasann!




Doakan kesihatan dan kesembuhan jari aku ye kawan-kawan!

2 comments:

  1. semoga cepat sembuh kak yong....best la dapat cuti...kalau mcm tu biar jek jari berbalut sebulan...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...