MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 20, 2011

TRAGEDI PUTUS CINTA...EH SILAP PUTUS JARI.



Lama tak menulis belog. Winduuuuuunyeeerrr. heh.

Cuti sekolah seminggu, maka aku memang bercuti sepuas hati. Kami laki bini balik semenanjung, ohhh sorga! Laptop pun aku tinggalkan kat Labuan. Punyalah tak nak percutian diganggu gugat dek fesbuk bagai. Hehe.

So Jumaat kelmarin aku dah selamat sampai ke Labuan. Sighh!

Dua kali ngeluh sebab semalam berlaku mala petaka buruk kat diri aku. Adoiii!


*cecite cecite...*


******************************************************
Pada hari Sabtu yang hening indah, aku macam biasalah, kata masih cuti sekolah..maka tido adalah panjang. Bangun adalah lewat. Azan Zohor berkumandang baru hegeh-hegeh nak buang taik mata. Coii!

Bila bangun tido pun dah masuk Zohor, maka perut pun mula la lapar mintak makan lunch. Aku pun cepat-cepat mandi, siap-siap, sms incik suami mintak permisi nak ke kedai nunnnnn depan rumah. Nak beli barang dapur dan makanan cepat mudah sedap untuk aku makan lunch. Lapau bebenau dah ni. Hehe.


Lepas dah beli beli, capai ayam barang 3 4 ketul, capai sayur-sayur dua tiga jenis, capai capai lagi apa yang patut sampai rasa bakul dah penuh, terus ke kaunter..bayor. Nasib adalah baik kerana duit yang dibawa mencukupi sebab pernah terjadi dulu aku tak bawak cukup duit. Terpaksa tolak tepi beberapa barang nak bagi duit cukup. Hahaha!


Untuk lunch aku, aku decide nak makan roti bun bun. Aku memang suka makan roti bun bun kat bakery tu. Boleh kata pelanggan setia tapi tak pernah diberi diskaun. Ceh!

Sampai je rumah, dengan tak tanggal tudungnya aku terus ke dapur. Capai chopping board dengan pisau.

Nak siang ayam?? Ohhh no no no.

Aku nak potong-potong roti yang aku beli tu belah empat. Barulah best makan. Lambat habis. Miaahhahah!!


First potong roti cheese stick.

Susun-susun dalam pinggan. Hurmmmm menyelerakan.

Pastu nak potong roti cheese bergula yang paling sedap dalam dunia. Sluurrrpppp!


Kita bukak plastik roti dulu.


Pisau ditangan kanan..plastik roti ditangan kiri.


ZAAAPPPPPPP!!!!!





.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku terpotong jari sendiri.


Pengumuman diulang.


Aku terpotong jari sendiri.


Ya. Ini bukan cubaan. Ini betul-betul.


Meraung sakan aku time tu. Gila tak sakit! Rasa aku lebih kurang sakit nak beranak pun ada. *tipu*


Masih tak percaya??

Kamon la..takkan aku nak melawak pulak kan. Raja Lawak pun baru je abis. Ini adalah serius.


Ahhhh!! Tengok gambar je la senang cerita.



See? Tak percaya lagi? Ni time ni memang aku tengah meraung ni. Tapi sebab teringat aku ada belog ternakan, elok aku snap gambar sekeping dua untuk diabadikan dalam belog pujaan. Sempatttt..



Disebabkan incik suami tengah kerja, nak sampai terpacak depan rumah dalam masa lima minit memang tak la kan, jadi sementara tunggu beliau sampai aku gagahkan diri jalan kaki ke klinik 1 Malaysia dekat rumah aku ni. Sambil jalan sambil nangis...wooiii sakit tahu?

Malangnya kat klinik tu tak cukup peralatan. Doktor cuma boleh balut jek. Doktor pesan cepat-cepat pergi hospital bahagian kecemasan. Kalau lambat.................................................abislah.



Tak lama lepas tu incik suami sampai rumah. Kocoh-kocoh beliau tukar baju pastu terus Vroooommmmmmm bawak aku ke hospital Labuan. Nasib tak ramai orang sakit time tu, jadi aku boleh terus terima rawatan tanpa perlu tunggu-tunggu.


Pengalaman dalam bilik doktor..


1. Aku meraung bila doktor suntik ubat bius kat jari aku. Bapak kuat aku menjerit. Abis lengan incik suami jadi mangsa genggaman maut. Haha.

2. Sepanjang proses cuci dan balut luka, aku memang tak tengok langsung. Even dah tak rasa sakit sebab dah kena bius, tapi aku ngeri tengok doktor buang kulit hujung jari aku tu. Eiiiii...Ngeri!

3. Ingatkan lepas dah balut, aku dah boleh balik. Sekaliiiii.....kena inject lagi sekali! Waaaaaa!!!



So, inilah bentuk jari aku yang the latest. Besar kuasa tiga.


Tak ubah macam budak putus jari sebab main mercun di musim raya.

8 comments:

  1. sungguh ngeri tgk pic sambil berkerut kening...aduhhhh...

    ReplyDelete
  2. peh! ganas giler kak yong ni....hahahah

    ReplyDelete
  3. ngeri betul leee...
    pas ni ati2 ye...eeee..seraammmm nengok ...
    yg kene mesti lagi ngeri kannn...
    buh gamat ..cepat baik luka tu nnt...

    ReplyDelete
  4. aduh..tengok gmbr pun da sakit..ni kan pula tuan tangan..

    ReplyDelete
  5. pergh..ngeri tgk gmbr...semoga cpt sembuh..

    ReplyDelete
  6. huwaa nak nangiss tgkk.. takottt

    ReplyDelete
  7. ayoooooooooooooooooooo...ngilu tgk...nak pitam rasa

    ReplyDelete
  8. siannya wan..bubuh minyak gamat..i'allah cepat sembuh...camana nk g ngajor kat skool tuh?hmm...siannya dia...hati2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...