MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, July 3, 2011

HATI TAK TAHAN NAK BELI BABY STUFF



Hari ni mood adalah men survey baju-baju baby. O M G!! Baju-baju baby zaman sekarang adalah super duper comel.



Aku kelik belog ni..jumpa baju cantik. Kelik belog itu pulak..ada baju cun jugak. Aku kelik kelik kelik lagi sampai berpinar-pinar mata tengok romper, jumper comel-comel cenggitu.




Tapi biasalah, baju yang extra cun pastinya baju untuk baby girl.




Untuk aku yang masih berteka-teki gender anak ni hanya mampu renung dalam-dalam je la baju-baju tu. Nak beli......hmm nantilah. Takut jugak aku meroyan nengok anak lelaki sarung romper kaler pink! Heh.







Tak cukup men survey kat internet, aku seret incik suami pergi bandar pulak. Sambung survey barang-barang baby kat mall pulak. Tapi biasalah Labuan..abis gah pun cuma ada Parkson Ria jek. Baby department pun cenonet jek, jadi choice adalah tidak banyak. Tapi cukuplah kalau nak cuci-cuci mata.

So far aku dah siap dah checklist barang-barang baby.

Mana yang perlu aku beli secara online..semua dah aku list down. Untuk pembelia online, aku prefer dengan Littlewhiz.com dan OneBabyWorld.com. Harganya lebih murah.

Untuk baju-bajan yang nak pakai belasah-belasah, rasanya aku akan beli kat mall je kot. Tadi tengok baju-bajan brand anakku atau jenama yang tak berapa nak berjenama harganya not bad. Selai dalam bawah RM20 gitu. Kira oklah. Kalau baju-bajan nak jalan-jalan yang extra cun tu mungkin aku rembat kat kedai-kedai online jek. Calon-calon utama baju yang nak dibeli adalah seperti gambar-gambar di atas. Huhu.

Tapi tentiba tadi tengah syok-syok main fesbuk...

Terjumpa ini.





Terus incik suami suruh order.

Ceh!

6 comments:

  1. saye yang tak ngandung lagi ni pon melonjak2 hati jugak nak shopping barang babay..siyes..barang2 baby sekarang cute2 giler..memang geram...!!

    ReplyDelete
  2. mmg comel kan.
    fariza yg belum kawin pun geram sgt tgk bj2 ni. rasa mahu beli. tp lmbt lg. hik3.

    ReplyDelete
  3. saya baru gi onebaby world.com tapi kat kedainya la, beli BP. then baju kat sana byk gak choice dan tgh murah2.. so cam histeria gak nak beli semua hahah

    ReplyDelete
  4. Aty and Fariza..takpe, belom ada baby pun takde salah usha-usha baju baby. Nanti bila sampai turn senang..dah tahu sikit banyak tentang baby stuff.=)

    Xora..bestnya dapat pegi kedai One Baby World.Teringin nak pegi jugak tapi..uhuk uhuk..jauhhh.

    Saya pun plan nak beli BP kat One Baby WOrld. Sebab rasa macam kat situ je BP paling murah banding store lain. Neway Xora..selamat bersalin!! Tak lama dah kan..=)

    ReplyDelete
  5. dia minat chelsea ka..haha..

    ReplyDelete
  6. maria..dia peminat tegar the blues. Dah selalu sangat dia bisik-bisik kata nak pakaikan anak jersi walaupun masih baby. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...