MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, July 4, 2011

SUAMI KAYA.................sekejap

Dua tiga hari ni..entahlah, incik suami macam banyak duit pulak. Selalu duit dalam poket asik cukup-cukup jek. Uhuk uhuk.

Tapi yang bagusnya, bila rezeki dia lebih sikit..dia mesti tak lupa kat aku. Dari pagi membawak ke malam...kau cakap je kau nak apa..selang bape minit mesti benda dah ter toing! Ada depan mata.


Weekend baru ni memang bercuti lah aku dari masuk dapur. Makan semua beli. Sorga!

Pagi dihidangkan roti telur sedap sebanyak duit keping untuk aku sorang.

Tengah hari merasa pulak nasik briyani lauk ayam goreng sama sotong goreng tepung. Perghh! Sampai tertido kenyang.

Petang sikit melantak KFC pulak.

Tambah heaven bila incik suami offer untuk belikan aku apa-apa yang aku nak di Parkson nun.

Uishh!!

Jarang ni incik suami nak offer diri belikan itu ini ni. Ini peluang baik ni. Tak harus dilepaskan. *sambil angkat-angkat kening*


Mula-mula kasi can incik suami soping untuk diri sendiri dulu la kan.

Dia sauk seluar track bottom selai. Maklumlah..seluar lama abis semua dah koyak. Koyak tak hengat pulak tu tang mana. Haha.

Pastu aku nengok dia dok belek-belek t-shirt pulak. Bila dia siap pilih je aku mula buat bibir juih..bukan apa, t.shirt beliau balik-balik kaler merah, balik-balik kaler merah. Haih!

Lepas tu ada lagi...wahh tak sayang duit nampaknya laki aku ni kali ni.

Dia rembat pulak selai sweater nak buat pakai-pakai atas motor katanya. Rasa aku dah berhelai-helai sweater dalam lemari tu..tapi takpelah, biarlah dia manjakan diri sendiri sekali sekala.

Then....

Turn aku.

Yess!!

Nak beli apa ek?

Baju??

Hand bag??

Purse??




Hmmm...


Penat-penat pikir sudahnya aku beli ini.


.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Honey Cashew Nuts Cap Tong Garden sebanyak dua bungkus.

Jumlah kerugian poket incik suami = RM6.40

Sekian.

4 comments:

  1. hahah..tak tahan last sekali brg yg di beli tu la..haha..

    ReplyDelete
  2. Huhu...tentiba mood nak soping untuk diri sendirik ilang begitu saja..hanya pikirkan baby..baby..baby..huhu

    ReplyDelete
  3. alahaiiiii..baby nak tu ker?? :) sungguh rugi bila si papa berduit si mama tolong tengok jer :D

    ReplyDelete
  4. itulah...mmg tak reti kalau tentiba je disuruh piih nak beli itu ini.Dan dan tu jugak rasa semua benda kat mall tu x best.bila takde duit..meroyan nak macam-macam.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...