MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, July 25, 2011

SUAMI DAN KEDAI BABY

Semalam..masa pergi hantar laptop ke kedai untuk di repair, sempatlah kami laki bini berdenting denting barang sejam dua.

Aku seret incik suami keluar masuk kedai.

Masuk kedai jual baju-baju mengandung. Puas aku selak-selak selai-selai baju..hmm..nan hado yang berkenan di hati. Macam semua baju pesen lama. Ceaaa!! Nak pakai baju pesen baru aje. Huhu.

Jadi keluar dengan tangan kosong.

Jalan-jalan lagi..aku seret laki aku masuk kedai baby pulak. Padahal dalam kepala memang takde rancang nak membeli apa-apa pun. Saja window-window.

Aku tengok mata incik suami melilau tengok itu ini. Mungkin jugak ini first time beliau masuk kedai jual barang-barang baby. Huhu..

Mula-mula beliau pegang botol susu. Ditenung-tenung berkerut dahi. Hmm..pelik mungkin sebab botol susu zaman sekarang memang macam-macam bentuk dan design yang tak pernah ada masa zaman dia kecik-kecik dulu.

Pastu mata melilau tengok set breast pump, warmer and sterilizer. Heh, nampaknya beliau sangat amik berat tentang apa yang aku mahu. Memang aku ada zikir-zikir berkali-kali yang aku nak beli breast pump set, warmer & sterilizer untuk anak nanti...jadi bila tengok incik suami bizi survey-survey harga tu..maknanya perkembangan sehat tu. Haha.

Pastu jenjalan-jenjalan lagi keliling kedai.

Macam-macam benda incik suami pegang telek tengok.

Diapers beg dia sangkut testing-testing kat bahu.

Papa beg pun dia hangkut try galas kat bahu jugak. Ohh kamu nampak sangat kebapaan bila galas papa beg itu. Nanti kita beli okey. =)

Dan paling aku tak menahan sekali bila beliau tercegat lama kat satu rak ni.

Di tangan ada sebuah kotak..sederhana besar.

Tekun betul dia membelek kotak tu.

Dan secara tiba-tiba....












"Ayang..nanti kita beli ini ye untuk baby."


Apa tu??


"PLAYDOH"


Agak-agak aku nak angguk ke nak geleng?

2 comments:

  1. hik3. comelnya. lelaki jarang beli brg2 mcmtu. sesekali ajak, mesti tengok dlm keadaan pelik n tanya mcm2 kan. pengalaman baru dan geli hati.

    ReplyDelete
  2. mungkin incik hubby anda excited dpt baby, gut luck m2B sis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...