MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, July 26, 2011

UJIAN MENGANDUNG.....SAKIT PINGGANG


Semalam sakit pinggang menyerang. Sumpah aku cuak gila. Takut sangat kalau itu simptom-simptom kencing kotor yang boleh buat aku kena tahan kat wad macam 4 bulan lepas sekali lagi.

Tapi sumpah sakit sangat.

Rasanya semuanya gara-gara mengajar 4 period direct. Tahu je la kalau dah mengajar, berdiri lama adalah pasti. Aku macam tak berapa reti mengajar kalau secara duduk. Aku rasa bila aku duduk mula la anak murid anak sok sek sok sek pot pet pot pet kat belakang nun. Kalau aku berdiri, senang sikit mata aku nak jangkau seluruh kelas. Kalau ada yang nakal sangat pun senang aku nak tuju bagi cubitan sayang sedas dua. Huhu.


Memang sekarang ni aku jadi kalah bila berdiri lama-lama.


Tambah pulak ada satu masa dalam kelas tu aku TER BERLARI.


Yep. Aku ter berlari. Tapi lari-lari anak je la. Itu pun berlaku di luar sedar. Asalnya aku nampak seorang cikgu ni lalu kat koridor kelas dan aku nak panggil beliau sebab ada hal penting nak habaq mai. Tahu je la bila kita nak panggil orang, tapi orang tu kemain menonong je laju jalan...secara spontan mesti akan ter berlari anak nak mengejar kan??

Ha..itulah yang aku buat. Sumpah aku tak sedar, sampailah anak murid dalam kelas yang menjerit tegur...

"Cikgu!!! Jangan lari!!"

Gosh!

Time tu baru aku sedar diri. Terus rasa bersalah pada baby dalam perut ni. Nasib baik aku cuma lari-lari anak 3 4 langkah jek. Kalau aku lari 3 4 meter?? O M G!


Dan memang..tak lama lepas insiden "lumba lari" tu la aku mula rasa sengal-sengal badan. Masa tu la mula rasa macam ada benda cucuk-cucuk pinggang belah kiri aku. Sakit.

Duduk tak kena..

Berdiri tak kena..

Tangan tak abis-abis dok pegang pinggang sendiri sambil cuba urut-urut dengan harapan akan lega sikit. Sampai kadang-kadang aku tak tahan aku tumbuk-tumbuk pinggang aku.

Heh.

Rasanya kena baring baru lega kot.

Hmm..tapi takdenya,

Balik rumah, dengan tak tukar bajunya aku terus baring atas tilam. Sah, tilam 5 inci tu pun tak mampu nak legakan sakit ni.

Aku golek ke kanan...sakit jugak.

Aku golek ke kiri...makin sakit.

Aku baring terlentang...adeh deh..sakit.

Sampai satu tahap...aku tak tahan, aku call incik suami kat tempat kerja. Malang pulak beliau tak angkat fon. Berkali-kali aku call aku sms...haram nak jawab.

Maka menangis la aku sorang-sorang kat rumah menahan sakit. Huhu..Aku usap-usap perut, pujuk baby janganlah buat mama sakit. Iye, baby pulak hari tu aktif bebenau menari dalam perut. Buat aku jadi tak selesa dua kali ganda. Jadi aku pujuk la anak...tolonglah mama sayang..

Kuasa Allah...sakit aku berkurang. Alhamdulillah.

Incik suami ada call back..dengar nada suara beliau macam panik betul. Yelah, aku try call lebih seploh kali, tambah sms bagitahu aku sakit..mahunya tak panik pakcik tu. Incik suami kata, dia balik keje nanti dia bawak pegi klinik.

Berbondonglah kami ke klinik.

Kalau kat semenanjung ada banyak klinik yang bukak 24 jam kan? Atau paling tidak tutup jam 10 atau 11 malam. Tapi kat Labuan ni..jam 8.30 masing-masing dah mula tutup pintu klinik separuh. Tandanya no more patient allowed.

Nasib baik aku sempat register...jadi pesakit akhir.

Nasib tak berapa baik jugak bila doktor bagi aku injection sedas. Tak ready okey, nak terima injection. Aku ni dah la takut jarum. Tapi apa nak buat..redha je la walaupun hari cuak gila. Huhu.

Dan doktor suruh aku berehat banyak. Dia kata aku aktif sangat. Incik suami pun kata gitu. Beliau siap marah aku nape berdiri lama-lama. Apa takde kerusi ke dalam kelas nak duduk?? Hoh..bila incik suami dah mula menyinga gitu aku pun jadi takut. Huhu.

Dan endingnya aku dapat mc satu hari.

Jadi hari ni dengan bosannya aku akan duduk makan tido saja di rumah.

Dengan harapan pinggang dah tak sakit lagi. Insyaallah..


Untuk anak murid kat sekolah nun....cikgu mintak sorry okey. Terpaksa tangguhkan kelas kamu untuk hari ni.

Daa..

3 comments:

  1. jaga diri ye, tak mau lasak2 dah.. baby nanti msti aktif cam mama dia=)

    ReplyDelete
  2. Aiseyh, kesian kat cikgu.. rest leklok naa.. jaga baby dalam kandungan tuu.. ;)

    MySuaraBlog: SODA itu STRESS

    ReplyDelete
  3. Anah..Zwan..thanks ya. Insyaallah akan lebih berhati-hati lain kali.=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...