MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 2, 2011

BABY CUBIT PERUT MAMA YE?


Hai!

Sepi sekumtum mawar merah aku nampaknya minggu ni kan? Tapi sepi cuma dalam belog jek, kat alam realiti...umang aiiiii! Mama membizi nak. Sibuk.

Minggu ni macam-macam event ada kat sekolah. Rasanya selama seminggu ni aku cuma masuk satu kelas jek, kelas yang lain semua nan hado. Ada yang aku tak sempat nak masuk, ada yang di relief, ada yang ditangguh p & p. Memanjang ke hulu hilir sampai anak dalam perut pun dah tak reti diam.

Aku sebenarnya konpius lagi, tak tahu nak bezakan rasa gerak-gerak dalam perut ni adalah pergerakan baby ke atau urat-urat aku yang bergoyang-goyang. *urat bergoyang??*

Tapi memang setiap hari akan rasa macam..hmmm..macam mana ek nak explain..lebih kurang rasa macam ada orang cubit-cubit manja bahagian dalam perut aku. Bila aku bagitau kat incik suami, dia jawab...."tangan baby kan kecik lagi, mana boleh dia cubit." Heh.

Pastu sekarang ni kat sekolah, aku makin ramah pulak nak soal siasat cikgu-cikgu yang dah menjadi ibu ni. Tambah best kalau aku soal siat-siat cikgu-cikgu yang baru dapat baby sulung. Uiii memang menganga mulut dengar cerita diorang.

Aku sekarang sebenarnya tengah nak kumpul maklumat tentang breastfeeding terutama tentang breast pump. Memang aku ada jumpa banyak blog-blog, website website yang offer banyak info tentang breastfeeding ni, dah siap-siap aku letak link kat side bar tu, tapi rasanya bila tanya experience dengan ibu depan mata lagi best. Kalau ada apa-apa soalan, dan dan tu jugak boleh aku tanya dan terus akan dapat jawapan. Takde payah nak inbox emel ke facebook segala. Huhu.

Tadi ada sorang cikgu bagitahu dia guna breast pump madela yang manual tu. Beliau kata okey..tak sakit.

Aku pulak dah aim Spectra 3.

Pastu hati mula belah bagi.

Breastpump apa yang bagus ek?

Pening-pening....

1 comment:

  1. sbnrnya semua bergantung pd kita..kalau kerja guna manual amik ms skit..kalau guna yg single pam amik ms 2 kali lebih lama dr guna yg double pam..apepun kalau boleh g try kat kedai..skrg byk kedai yg offer sesi mencuba..jadi leh try tgk suction dia mcmn..okay?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...