Monday, July 9, 2012
Mencari Biskut Raya
Tak berapa hari je lagi nak puasa dah kan? Bestnya...Pastu nak raya pulak. Eh double best jadinya.
Tahun ni aku mohon tiket warrant untuk balik raya. Jimat sikit. Kalau nak beli tiket sendiri pergi balik untuk kami 3 beranak mahu beribu jugak jadinya tu. Jadi dapat tambang percuma tahun ni kira Alhamdulillah sangat.
Baju raya pulak boleh kata hampir selesai untuk kami bertiga.
Baju aku semua mak yang sediakan. Dari beli kain sampai ke hantar tailor semua mak dah uruskan. Aku tinggal hulur duit upah tailor je lah. Eh upah tailor pun mahu makan ratus-ratus lebih jugak tu sebab mak tempahkan LIMA pasang baju untuk aku tahun ni. Hamboiiii ini kira balas dendam ni sebab last year aku memang takde tempah baju raya. Almaklumlah..membuyong. Hehe
Baju Aidi memang dari awal dah berdikit-dikit beli. Sikit-sikit pun sekarang sampai dah tak muat laci nak simpan. Itu pun ada yang masih belum sampai ke tangan sebab bajunya pre order. Kalau kira-kira rasanya ada 10 pasang dah baju Aidi. Baju melayu pun dah beli. Beli ready made je kat manjakuhappy.com. Kasut raya Aidi kalau ikutkan dah beli 2 pasang. Tapi silap size. Aku terbeli yang size 18-24 bulan. Memang sampan lah kasut tu. Aidi sekarang masih pakai kasut size 6-12. Tengoklah kalau jumpa yang berkenan. Kalau tak..pakai je lah kasut lama. Ada 3 pasang kesemuanya kasut Aidi sekarang. Heh.
Baju incik suami pun setel sudah. Stok baju melayu and baju kurung baru sampai ke pasaraya-pasaraya kat Labuan ni. Kain pun boleh tahan cantik. Warna pun not bad. Banyak pilihan. So sementara benda masih banyak stok ni baiklah kita beli cecepat. Kalau nak tunggu balik Kuala Kangsar baru nak hegeh-hegeh nak cari baju Melayu..alamat memang tak berbaju baru lah sayang oii. Tak kisahlah baju melayu sepasang 50 hengget pun..janji kualiti kain cantik, warna menepati tema raya kita tahun ni. Cukuplah. T.shirt/kemeja pun dah beli 3 helai untuk dia. Jeans tak payahlah beli baru sebab mak aku ada belikan jeans untuk incik suami masa beliau ke Bandung hari tu. Waahhh..bertuah betul kan..sampai baju raya menantu pun mak mentua belikan. Heh.
Aku tinggal nak cari tudung and kasut jek. Ah, kasut pun takdelah nak bling-bling sangat. Dah masuk group mak mak ni kita pakai sandal yang selesa sudahlah. Mana nak mengendong putera kecik tu lagi nanti kan.
Tak sabar nak raya. Eh, tak sabar nak puasa dulu. =)
Oh lupa..biskut raya.
Siapa ada jual biskut raya online?
Patik mahu lihat-lihat..kalau berkenan di hati bolehlah order untuk santapan di Aidilfitri.
Kalau kamu-kamu tahu siapa-siapa yang jual biskut sedap..drop komen eh. Memerlukan sangat ni.
Daa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wan beli baju melayu 50hengget je..? murahnye..? thn lepas sy beli kt husben RM150.00 sepasang. tu pun da abz tawar menawar da.. beli kt labuan ke?
ReplyDeletep/s: ape kate wan buat kueh raye sdr, huhu..=)
A'ah..baju melayu tu rege RM49.90 ke camtu lah sepasang. Sampin ala-ala songket tu pun ada, harga RM30 lebih. Beli kat Utama Jaya. Rasanya kat Milimewah, Pasaraya Labuan, Emporium semua tu pun ada baju Melayu RM50 ni. Kain pun cantik jek..pergilah tengok-tengok. New arrival lg tu..Hehe.
ReplyDeletewah syoknyer kak byk da settle utk raya ni..
ReplyDeleteamboiii aidi,raya sakan la kamu yea..baju melayu umar dgn ayahnya dah htr tailor..baju ibu umar dah siap..dah siap awal2 tak tahu la jd baju raya ke baju sebelum raya.. ;p
ReplyDeletekitorang langsung takde feel nak raya lah tahun ni.due exact time raya, pastu baby keluar ke...tak keluar ke kitorang mmg plan pakai jubah mekah mak beli raya haji thn lepas...jadi la...haha
ReplyDeleteaku pon baju anak setel dulu..baju raye dah melambak..baju melayu pon dah setel..tapi mak pak nyer ni..sehelai pon belum ade lagi..huhu
ReplyDeletebiskut raya kalo kat labuan ni sy suggest tgk kat fb- eva's paradise
ReplyDeletekami ada jual biskut raya ..
ReplyDeleteboleh tengok fb saya nuri shazlin trading
0129105804 ..
Biskut yg saya jual
- Biskut semperit
- Bunga cina
- Tart nenas
- Bluberry Pure butter cookies ( setaraf Danish cookies, disimpan dlm tin kedap udara )
- Rasberry pure butter cookies ( setaraf Danish cookies, disimpan dlm tin kedap udara )
- Almond & cocoa chips butter cookies ( setaraf Danish cookies, disimpan dlm tin kedap udara )