MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 19, 2012

Kisah Baby Arjuna Yang Telah Menyentuh Hati Mama



Cuba lihat wajah baby ni.

Comel kan?

Sangat.

Bakti Arjuna namanya.



Tapi siapa sangka baby secomel ni menderita SAKIT JANTUNG BERLUBANG.

Ya Allah...runtun hati.

Baby seawal usia sebulan lebih didapati mengidap sakit jantung berlubang yang mana kos pembedahan adalah sebanyak RM35 RIBU as soon as possible.

Ya Allah..aku tak kaya. Aku tak mampu hulurkan bantuan yang banyak. Tapi aku harap, apa yang aku sumbangkan sedikit sebanyak dapat kurangkan penderitaan baby comel ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pagi tadi.

Bukak fesbuk..jumpa post ini di page ibu baby Arjuna.

Aku copy paste bulat-bulat dari page beliau.

*******************************************

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya, 
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.

****************************

Dua kali aku baca sajak ni, dua kali jugak aku nanges.

Masuk kelas..aku sambung lagi bercerita kisah baby Arjuna pada murid-murid. Aku baca sekali lagi sajak ni. Nak nanges lagi buat kali ketiga tapi aku control sehabis baik. Depan budak kot...haha!

Sesungguhnya aku rasa macam sangat magic.

Plus aku rasa sangat gembira.

Memang baby Juna bukan anak aku.

Baby Juna bukan darah daging aku.

Baby Juna bukan siapa-siapa bagi aku.

Tapi naluri keibuan aku tetap tersentuh mengenangkan nasib si comel kecil ini.

Syukur...status terkini, baby Juna dah semakin stabil. Jantungnya berfungsi dengan begitu baik.

Semoga Baby Juna dapat membesar dengan sihat dan sempurna macam kanak-kanank yang lain.

Syukur padamu ya Allah!






p/s: Baby Arjuna adalah anak angkat kepada blogger terkenal Fyn Jamal. Dan baru aku tau jugak yang suami Fyn Jamal ni adalah ex schoolmate aku masa kat Teknik KL batch 2000/2001 dulu. Fitri namanya Tapi kat sekolah dulu semua gelarkan dia Taper. Huhu. Kami sama batch tapi lain course and kelas. What a small world.

8 comments:

  1. dari semalam follow pasal arjuna ni..
    dari semalam jugak saya sedih setiap kali tengok arjuna penuh wayar berselirat..:(

    ReplyDelete
  2. nanges aku bace...

    sejak2 ade anak ni..hati aku sangat mudah sentap biler hal2 macam ni aku bace... kalau ar terjadi pade aku dan kite2...macamane kite hadapinyer...Ya Allah...

    ReplyDelete
  3. Tula, tabah betul mak die... Plus tkejut baru tau yg bapak die tuh schoolmate kite kat tikl rupenye...hihi mmg kecik aje dunie ni

    ReplyDelete
  4. Mmg bby juna dhh bsarkn skarangg nie.. Allhamdulilahh.. :')

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilahh.. mesty besar dahh bby juna nie kn.. hihi :)

    ReplyDelete
  6. Mmg bby juna dhh bsarkn skarangg nie.. Allhamdulilahh.. :')

    ReplyDelete
  7. sian tengok juna tapi syukur atas ilahi baby arjuna selamat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...