Nampaknya 90% confirm aku akan beraya di Labuan dulu tahun ni. Raya kelima baru fly balik semenanjung.
Kenapa 90%? Sebab hal tiket flight belum setel. Tunggu aku tuntut tiket dulu, then buat urusan pertukaran tarikh semua. Kalau semua setel, okey done. Boleh balik raya kelima. Kalau tak dapat tukar tarikh......hurmm..nak kena pikir pikir lagi ni. Itu yang tinggalkan 10% untuk kes-kes pikir memikir tu. Hehe.
Jadi raya tahun ni aku kena berdikari.
Segala hal persiapan rumah sila buat sendiri. Kalau balik kampung, tak payah pikir hal siap-siap rumah. Balik-balik je semua dah siap. Heh.
Baju raya pun camtu. Selalu bila nak raya je semua dah siap. Sampai sekarang dah beranak sorang pun baju raya masih mak yang uruskan semua. Sian mak. Tambah pulak tahun ni anak dia ni beraya di perantauan, jadi baju raya mak jugaklah yang kena pos ke Labuan. Manja okey!
Baju raya Aidi yang cecah 20 pasang tu kita melaram kat rumah je lah Aidi oii. Selang 4 jam kita ganti baju baru raya nanti. Haha.
Tapi ada satu benda yang runsingkan aku sekarang ni.
Menu raya.
Paling aku gerun sekarang adalah nak mikirkan menu hari raya.
Oiiii..apalah yang aku nak masak ni oii!
Masak rendang tak reti.
Masak ketupat apatah lagi.
Kuah kacang pun aku tak pernah tahu resepi.
Kuah lodeh?? Hurmmmm..aku tau makan jek.
Stress!!
Aku ingat..aku nak beli kukus yang size kecik tu. Then aku nak cuba-cuba buat pulut kuning. Wahh!! Macam handal kan?
Takpelah..cuba-cubalah..
Mana tau sedap. Haha.
Semalam pun aku 1st time cuba-cuba masak kari.
1st time okey dalam hidup ni aku masak kari. Umur dah 28 tahun..tapi never never never masak kari. Tak taulah macam mana semalam boleh ada keberanian nak cuba. Mungkin sebab suami teringin sangat kot..jadi naluri keisterian aku tersentuh, lalu terus nekad. Maka terhasillah ini.
Rupa takdelah yummy mana.
Rasa pun...entahlah. Tapi suami memuji. Maksudnya?? Hehe.
Kira bolehlah kan. Kalau tak cuba, mana nak tau ye tak?
Nanti bila moon coming sekali lagi, aku nak praktislah buat..
Pulut kuning
Rendang ayam
Kari daging.
Kuah lodeh/lontong. Makan dengan nasik impit segera.
Kalau menjadi..bolehlah jadikan menu raya.
Jadilah kaaannnn.
yong....try masak rendang guna instant adabi kot.eh adabi ke...sedap pun sedap.pernah try aritu...lulus.cuma tambah daun kunyit je n santan...
ReplyDeletelast year raya haji try buat rendang kerang dibantu bibik.uuuuu byk btl brg2 nya tp tak ssh pun.google je resepi kt internet
nasi impit pun guna yg segera tu..ala sesekali...
haaa..waktu ni ar nak mencube buat menu raye..kalau tak terpakse memang tak kan buat nyer...eerrr...aku ni pon kalau kene buat sendiri kompem nangis punyer...tah ape rase tak tau..huhu...
ReplyDeletehehe ikut sama berdebar2 bile baca entry yong, nevesnye nevesnye nak masak pe di hari raya klu berjauhan ngn mak
ReplyDeleteyong, nanti leh la beraya umah aiiii *slama ni silent readers jek* hihi
ReplyDeleteTak pa,janji balik juga tau!
ReplyDelete