MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 8, 2012

Aku Pulak Nak Bambu Blogger Ni.


Semalam ada isu hangat tentang NIP (Nursing In Public) kan kat dunia blogger n?

Siapa tahu tekan "like"!!

Muahahaha! Boleh lah sangat nak like kaaan.

Aku sebenarnya memang silent reader blog tu. Ada masa aku suka baca tulisan si Mantot tu, ada masa memang entri dia semua tahap menyampah jek. Kebanyakan entri dia mesti kutuk-kutuk kerajaan. Lantaklah..aku memang malas nak sentap-sentap sangat bila bab politik ni. Tapiiiiiiiii bila sampai bab dia buat karangan seolah-olah mengutuk wanita atau lebih tepat lagi, ibu...Ohhhh ini memang hangin.

Katanyaaa....dia ni bangkang sehabis-habisnya ibu-ibu yang NIP. Tak tahu malu katanya.

Ko tengok ayat dia eh. Jap aku copypaste.

Aku tak setuju langsung dengan pandangan diorang sebab sebagai seorang suami , aku tak suka isteri aku 
terpamer macam tu aje. Wanita ni kadang2 bangang jugak la...assume sebab benda tu "natural" dan "beautiful" takkan ada orang tengok. Kepala hotak kau tak ada orang tengok. Aku pernah tertengok nipple bini orang YANG PUNYA LAH BESAR....kau ingat aku saja-saja nak tengok ke?



Coi!!!


Aku tak tahulah mantot ni duduk dalam dunia abad berapa. Aku tak tahu kat dunia mana yang dia dok jumpa ibu-ibu yang selak baju menyusu anak sambil tanyang NIPPLE BESAR tu. Ko kan mantot, kalau tak tau tentang nursing cover, tak tahu tentang shawl apa semua tu kau jangan cakap banyak tentang NIP. Ini siap nak kata wanita ni bangang lah apa lah. Hello?? Siapa yang vangang di sini sekarang? Dah, ko duduk situ diam-diam layan porno kau.


Kat bawah sikit, dia bagi pulak hujah yang semakin menunjukkan kevodohan beliau tentang dunia penyusuan ni.


Korang baca eh.


Tak ada rasa malu ke? Tak ada tempat lain yang lebih elok ke nak menyusu? Orang lain boleh aje anak nangis gi menyusu tempat tersorok tapi ada jugak "wanita-wanita" yang nak menyusu depan orang ramai dan mintak orang lain jangan sibuk-sibuk. Kalau ada lelaki bukak seluar  dan jalan rata2, adakah ada kemungkinan tak kau tertengok dia "punya anu"? Ada. Jangan tipu. Walaupun secepat mana pun kau pejam mata dan alih pandangan kau, kau akan tertengok jugak.


Kaaaannnnn??

Very the vudus kan?

Nak paksa ibu-ibu ni larik-larik sambil kendong anak yang tengah meraung nangis cari tempat tersorok untuk menyusu anak. Tersorok tu kat mana hoi?? Tandas?? Tepi tangga? Kat mana hoi?? Aku nak tanya balik, kenapa perlu lari menyorok sedangkan ibu tadi ada kain/nursing cover/napkin etc untuk cover breast dia masa menyusu?? Kenapa perlu menyorok??


Sebab....dia sebenarnya tak tahu langsung kan kewujudan benda-benda tu. Dalam kepala dia, nak susukan anak, kena selak baju bagi nampak NIPPLE BESAR. Ngok!!

Pastu siap nak buat perbandingan dengan lelaki bukak seluar. Wakdehek!!

Aku kesian sangat kat bini dia. Dari entri-entri dia sebelum ni dia gambarka isteri dia ni wanita bertudung labuh, cikgu sekolah katanya. Tapi sayangnya suami cenggini perangai.



Pastu perenggan bawah-bawah sikit baru dia nak sentuh bab wanita bertudung la apa lah.


Kalau dah terpaksa nak menyusu, ada banyak cara yang lain,even nak breastfeed secara mobile pun boleh ...tapi masalahnya..heheh...cara tu hanya boleh dilakukan kalau anda bertudung. Betul kan puan2 yang bertudung? Nak tau apa benefit bertudung? Menyusu anak ni senang. 


Ya...memang kalau kita bertudung especially yang bertudung labuh ada sedikit kelebihan sebab boleh je cover breast dengan tudung. Tapi itu tak bermakna ibu-ibu yang tak bertudung atau yang bukan Islam terpaksa/wajib/mesti selak baju sampai nampak NIPPLE BESAR. Satu lagi...bini kau ni mantot bukan ke bertudung? So apa alasan kau tak bagi bini kau nyusukan anak kat public macam kau mention awal-awal tadi?? Geli?? Phuiii!!


Kalau baca komen-komen kat entri si mantot ni, memang teruklah dia kena bambu. Siap tak terlawan balik. Tapi ada jugak yang backup mantot ni and kebanyakan yang back up dia adalah lelaki. Eh tak tepat...lelaki yang tak tau tentang dunia penyusuan bayi tapi kepoh nak up entri. Hahahah!!


Sudahlah tot...kau lain kali buat entri tentang bidang yang kau mahir sudahlah. Kutuk-kutuk orang politik, keji-keji artis, up gambar-gambar pompuan hot..ha itu memang kepakaran kau.


Kalau teringin sangat nak up entri tentang ibu-ibu, tentang bayi..buatlah research dulu. Bini ada..ibu ada...anak ada..lu pikir la sendiri!!!







p/s: sampai tunggang terbalik size font aku. Siapa tak nampak, sila pakai kanta. Hahahaha.

11 comments:

  1. NIE SY BRU DGR...NK THU JGK BLOGGER MNE TU SIS...NK JDI KAPOCI SIKIT AH..HAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. Cari kat side bar..ada blog "cursing malay". =)

    Dia dah up entri menjawab bambuan rakan-rakan sekalian. Tapi tetap vudus ayatnya. Ego!!


    ReplyDelete
  3. yess saya dh baca entri blogger ni..serius menyengat! cakap ikut sedap mulut dia..entah dah kawin entah idok..sabar jela..

    ReplyDelete
  4. baru nak tanye yong blogger mana, tingin nak baca tp yong dah jawab. ok nak g tgk skg. huh marah ni

    ReplyDelete
  5. ck pun sgt bengang dgn entry dia..mmg rasa nk menyumpah seranah bagai..dook tahan sabar je ni..bangang+bodoh tu semua dia sebenarnya..kata bini cikgu, cmtu ke bahasa suami kpd isteri seorang cikgu??ptt la ank murid skng makin hebat melawan cikgu..eeeiiii!!!1GERAM!!!!

    ReplyDelete
  6. aku memang hangin tahap gaban bace n3 die tu...sengal giler...panas hati weeyyhh....!!

    ReplyDelete
  7. eeeeeh geram nye...ini orang memang tak berpelajaran ni..otak lucah..boodoh...

    ReplyDelete
  8. marah betol ni. sempot gak membacanya. haha. tp sokong nana. mantot tu mongok tatau pape nk up2. haih. wlpn daku belom beranak tp dako sentap tau. gud entry darla thumb up !

    ReplyDelete
  9. Yelah Nana... memang breastfeeding tu natural kot. sedih bila ada lelaki melayu muslim pulak tu yg fikir mcm ni... x segan2 pulak tu share pendapat dia kt semua org... kesian kat wife n anak dia.. tu je g dina duk fikir masa baca entry dia tu... bayangkan kalau family dia tgh kat tempat yg mmg xde nursing room ke ape ke... dia biar je anak dia nangis2 kot sbb x bg wife dia NIP. oh well...

    ReplyDelete
  10. awak breastfeeding baby ke kat luar?

    ReplyDelete
  11. saya baca lepas tu berlalu je dari blog itu. toksah layan, dont go down to that level.

    memang ada kes perempuan sendiri kurang amik berat bab ternampak ternampak tu. tapi namanya pun ter kan, yang sengaja nampakkan tu tak jadi isu pulak. ehe.

    saya rasa semua org kena faham fungsi breast sebenarnya. untuk menyusukan anak :) tapi some people associate breast dgn sex. melambak sumber sokong itu. nak ubah mentaliti bukan mustahil, cuma kena start from somewhere.

    isteri pun boleh tolong husband faham bab ni, tolong suami faham fungsi breast sebenarnya.saya still tak pakar nak nip, tapi nak sgt belajar ;) niat baik moga dipermudahkanNya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...