MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 22, 2012

Dah Lama Aidi Tak Buat Perangai Gini


Assalamualaikum

Hai.

Mataku macam mata panda ini hari. Entah kenapa semalam Aidi merengoooottttt sepanjang malam. Dah serupa baby dalam pantang pulak dia semalam.

Tambah pulak semalam incik suami duty malam. Jadi berjagalah aku sorang-sorang.

Masa aku tengok masterchef sampailah habis Adam Hawa, elok je dia tido kat depan TV ni. Bila aku angkat masuk tido dalam bilik dia, dah dia membunyik hok hek hok hek.

Aku angkat pulak masuk tido dalam bilik aku. Dia golek kiri golek kanan, tak mahu-mahunya lena. Susu dah licin dah 9oz ni. Mata tak jugak katup-katup. Lama-lama mulalah dia membunyik lagi. Ni kalau biar lelama ni mahu jiran sebelah ketuk tingkap ni. Bising.

Apa je lah masalah kamu ni Aidi.

Hidung tersumbat kot sebab dia pun ada lagi selsema sikit-sikit. Ku amik vicks, sapu kat dada and belakang badan dia. Then tidokan kat bilik dia pulak. Mahu jugaklah dia lena. Tapi 15 minit je lah. Huhuhu..


Mama dah ngantuk ni nak oiii. Anak pulak asiklah merengot tak tahu kenapa.

Sudahnya ku bentang toto depan TV.

Marilah kita tido depan TV berdua.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pun merengot jugak.

Haish.

Aku memang dah mamai-mamai dah time tu. Melayan karenah dia pun mata separuh bukak jek. Aku pun tak ingat apa aku buat malam tadi nak melayan kerenah dia.

Rasanya...adalah 2 kali lagi aku bancuh susu untuk Aidi.

Ada 2 kali jugak aku bangun tukar pampers dia sebab habis baju-baju dia basah kena kencing. Kemain banyak dia kencing malam tadi.


Entah berapa belas kali Aidi terjaga-jaga masa tido sambil merengek. Ku tepuk-tepuk bontot, mahu jugaklah dia lena semula.


Sedar-sedar dah pagi.

Bangun pagi pun basah lagi baju dia. Hoi banyaknya kamu kencing nak oii.

Kendian..pagi ni aku suspek satu benda, kenapa dia tak senang tido semalam.








Nak tumbuh gigi lagi.

Gigi bawahnya nak naik lagi 2 batang. Naik serentak 2 batang.

Padanlah mengada lebih.

Heh.













p/s: dah 8 batang gigi Aidi. Bersedialah kau nak kena luka kulit kena tokak. Wuwuwuw.

6 comments:

  1. wuuuuuu. si aidi dah ada 8 batang gigi. annaila sebatang pun takde lg. :p

    ReplyDelete
  2. budak kecik nie kalu merengek mesti de sesuatu yg tak selesa dgn dia kan..kalu tak diaorg nie ok jer... wahhh dh banyak gigi aidi..lepas nie dh boleh gigit2 org dh...hihihi

    ReplyDelete
  3. eh same la ngan nayli mlm td..merengek je..plus die ngah selsema n nak tumbuh gigi gak..ni kat opis da jd mata panda da..

    ReplyDelete
  4. byknye gg aidi yong.. yaya baru 4btg gg.. nth bl nk tmbh ntah..=p

    ReplyDelete
  5. Aduss... Bersedia lah untuk gigitan-gigitan cinta yer mama..!
    Ahakss...

    Tapi itu lah kenangan terindah menjadi seorang mama kan?
    Gigitan-gigitan cinta dari si anak.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...