MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 29, 2012

Dilema Susu Formula


Aku tengah tengok rancangan Wanita Hari Ini (WHI) ni. Biasalah, wanita berkerjaya, berjaya, dan bergaya memang suka tengok citer-citer macam ni. Hahaha pitammm!!

Ada topik pasal SUSU UNTUK ANAK hari ni. Ada cerita tentang susu ibu, dan ada jugak bincang tentang susu formula. Ada jugak bincang pasal botol susu.

Aku tertarik tentang SUSU FORMULA. Buat aku teringat dilema susu Aidi yang berlaku beberapa hari lepas.

Aidi, tak berapa hari je lagi nak masuk setahun. Jadi aku dah kena tukar susu dia dari step 2 ke step 3.  Dari dulu lagi Aidi memang minum Anmum. Jadi aku takde pikir lainlah..lepas ni pun Aidi akan minum Anmum jugaklah. Lagipun Aidi tak pernah ada masalah dengan Anmum. Memang dari dalam perut lagi dia minum susu tu. Huhuhu.


Since aku akan balik KL minggu depan *7hb*, so aku decide nak try bagi Aidi susu step 3 sebelum kami balik KL. Bukan apa, aku risau dia tak serasi ke apa ke..mana kita tau kan? Kalau nak tunggu genap setahun baru nak tukar susu, masa tu aku ada kat rumah mentua, buatnya Aidi cerry berry ke alah ke apa ke..terkapai-kapai pulak aku nanti. Sudahlah aku "single" kat sana nanti. Huhu. Jadi biarlah try awal. Takde beza pun rasanya kalau Aidi minum susu step 3 seminggu sebelum dia genap setahun.


Jadi aku pun pergilah kedai..nak beli susu step 3.

Nak beli sekotak jek. Untuk try test tengok.


Ada.

1 kotak = 500 gram.



ihsan google


Tapi aku jadi macam terkejut sikit bila tengok harganya.


RM 24.60.


Murahlah pulak. Berkata-kata dalam hati. Hehe.

Yelah, sebelum ni beli susu step 2 harganya 40 lebih. 40 berapa eh? Eh lupa pulak aku. Haha. Tapi dalam range RM43 hingga RM46 macam tu lah. Tengok kedai. So bila tengok harga susu anak dah jadi murah, murah banyak jugak tu, dekat 50% murah. Terus aku jadi macam ragu-ragu.


Ragu-ragu pulaaaakkkk.

Terus hati ni rasa macam "eh, susu anmum step 3 ni tak bagus ke, apsal murah sangat?"

Ewaaahhhh...berlagak nau ko yek. Susu murah pun masalah, susu mahal pun masalah. Tapi biasalah manusia kan, selalu rasa BENDA YANG MAHAL TU BAGUS. Dulu aku pilih Anmum pun sebab harga dia agak mahal *bagi aku lah mahal*. So kepala aku rasa maybe susu ni bagus untuk baby, sebab tu harga dia tinggi. Sebab tu aku pilih Anmum. Duluuuu lah. Sekarang dah terbalik pulak. Huhu.


Sudahnya mulalah aku berdiri setengah jam depan rak susu tu untuk belek kotak-kotak susu yang ada. Dan aku jumpa susu ini.




gambar ihsan google


Enfagrow A+

Harga RM46 ++ sekotak 650 gram.

Lebih kurang harga susu Aidi sebelum ni.

Aku tau Enfagrow ni memang susu mahal. Step 1 and 2 dia punya harga memang bapak mahal. Mencecah RM70 ke atas untuk sekotak tu kalau tak salah. Memang pengsan kalau aku bagi Aidi susu ni dari kecik.

Tapi aku macam selalu dengar good review tentang susu ni. Kalau tak salah, adik lelaki aku yang kecik tu dulu pun mak bagi minum Enfagrow. Memang aku ingat lagi mak kata susu Haziq dulu setin tu RM80 lebih. Seminggu habis setin. Itu duluuuuuuuu 10 tahun lepas punya cerita pun dah mahal macam tu harga dia. Sekarang tak tahulah. Huhu. Tapi aku tengok adik aku Haziq tu memang bijak bestari budaknya masa kecik dulu.


Cakap petah, langsung tak pelat.

Cepat pick up.

Baby yang ceria.

Comel.

Putih

Gebu

Olololo rindu pulak Haziq zaman baby dulu. Sekarang dah 13 tahun, dah teruna dah pun. Tapi bijak tu tetap bijaklah. 5A UPSR tahun lepas. Tengoklah adik siapa kan? Hahahaha melalut jauh dah ni.


So yang menjadi persoalannya sekarang....patutkan aku tukar susu Aidi dari Anmum ke Enfagrow A+??

Harga takde beza dengan Anmum step 2. So takdelah aku terasa akan keluar belanja lebih untuk susu Aidi lepas ni.


Atau aku patut stay je dengan susu Anmum.

Memang harga dah murah..tapi kualiti tetap kualiti Anmum jugak kan? Kalau dulu kena keluarkan at least rm300 untuk susu Aidi, lepas ni maybe cuma perlu belanja RM150 je untuk susu. Duit lebihan tu boleh salur ke lain kan? Hehehehe.


Tapi aku nak yang terbaik untuk Aidi.

Sudahlah tak dapat bagi susu badan dah kat Aidi...so kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk Aidi.


Siapa boleh bantu ni??









20 comments:

  1. kadangkadang susu mahal tak bererti bagus awak..kena tgk juga kandungan yang ada..hehe

    ReplyDelete
  2. susu anmum makin murah kerana bila makin besar, kandungan zatnya (apa istilah yg lebih sesuai?) dikurangkan, berlainan dgn enfagrow, kandungannya sentias sama utk semua step, sbb tu ia mahal..dan memang enfagrow bagus untuk otak. kalu mampu apa salahnya. memang berbeza dengan anak2 yg minum susu lain.-akk tgk cikgu tadika bg anak dia susu enfagrow, 3 tahun dah kenal huruf, colors, shape dan lain2. akak teringin juga, tapi anak dah tak suka rasanya sebab dah terbiasa minum susu biasa2 je.

    ReplyDelete
  3. yong, ade check x tarikh expired susu tuh ble..? slalo kt labuan neh kalo brg murah mksdnye da nk dkt tarikh xpired. mcm coklat yg super murah tuh pun sama. depa bg promosi. org dlu pun teruja gak ble tgk harga murah dr semenanjung tp ble husben ckp mcm tu, terus aware ms shopping.

    ReplyDelete
  4. tapi anmum pun bagus juga, anak akak dulu masa minum anmum, setahun lebih dah boleh bilang 1-10 dlm BI dan BM tanpa ada org ajar. kalau nak banding kedua2 susu tu tak tau lah mana satu bagus. awak pun sama ngan akak, yg mahal tu selalunya barang bagus.

    ReplyDelete
  5. betul tu, benda yg kalau murah dr kebiasaan atau murah banyak kita mmg wajar pertikaikan.. saya rasa susu tu murah sebab khas utk budak yg besar sikit, dorang dh boleh makan makanan pejal, jadi tak perlu susu yg intensive for baby atau infant yang bergantung kpd susu semata2... tapi kalau makanan pejal tu cukup vitamin dan khasiat, kdg2 kita susah nak kontrol anak makan apa kan..ada yg diorang mau ada yg tak mau mcm sayur dan buah.. jadi saya rasa yg mahal tu maybe, kahsiat dan vitamin boleh cover semua yg baby seusia aidi perlukan nanti.. with or without makanan pejal.. heheheh ni main teory je wan, saya anak pun takde huaahuaaa ;p

    ReplyDelete
  6. Mikha pon nak masuk setahun jugak. lagi 2 bulan. tetiba baru terpikir nak kasi anmum ke idop pas ni. budak ni kalo bagi susu mahal buat sakit ati jer, minum 1,2 oz je sekali. dia lebih suka makan. kang bagi susu cap junjung kang baru padan muka..
    hoh!
    ;p

    ReplyDelete
  7. terpulang pada masing2... susu semua sama sahaja cuma sesuai atau tak dengan anak... cuba bagi anmum dulu... tapi nnti gi mane2 mall dptkan sample untuk enfagrow dahalu n bagi dia try... ok tak.. takut dia tak sesuai... susukan mahal tak minum membazir pula nnti... besok kat midvelly ade expo baby ade enfagrow punye boats leh gi minta sample kalau ade...

    ReplyDelete
  8. So dh decide nk susu aper? Rs nye x kire mura o mahal kena cek apa kandungan yg ada dlm susu tu n anak kite serasi x..klu mahal..tp anak x serasi x boleh jgak kn...poning jgk bab susu..bf dulu xde masalah..sng..hihihi

    ReplyDelete
  9. Dh decide ke? Bg sy..mahal n murah bukn point utama..yg pntg isi kandungan susu n anak kite serasi or tak...klu mahal tp x serasi oaysh jhk kn.
    Hihiijhi

    ReplyDelete
  10. yong, susu step 1 & 2 (0-12 bulan) mg mahal sebab saranan kerajaan galakkan penyusuan ibu, company xdibenarkan jual murah n xboleh adekan diskaun utk susu tu..tp 1 thn ke atas harganya dh normal sebab tu yong tgk anmum step 3 tu jauh lebih murah dr sblm ni..
    mg betul ckp yong, enfalac a+ & enfapro a+ jauhhhh lebih mahal dr enfagrow, mg save byk bile dia dh 1 thn..
    aida rs better yong continue dulu dgn anmum stage3,kalo xsesuai br tukar susu lain..
    kalau nk lg byk pilihan yong boleh request sample susu dr company,aida ade terima susu enfagrow, mamil, s26, anmum n dugro..tp xtau jgk nk pilih yg mne sb kondisi airis tetap same je (sembelit) huhuhu

    ReplyDelete
  11. pendapat adein kushairi pasal expired date memang betul, kadang2 dia jual murah sebab expired date dah nak dekat ATAUPUN,

    sebab syarikat susu tu nak keluarkan pack baru, so pack lama nak bagi habis jual. kita pernah kena macam ni, ingatkan memang murah, rupa2nya expired lagi 1/2 tahun, seminggu 2 lepas tu enfapro A+ keluar pack baru. yang baru keluar mahal 3 4 ringgit jugak.

    last week kita beli susu, tokey tu bgtau, bulan 12 enfa naik harga. lepas bulan 12 ni, akan naik lagi masa raya cina.

    betul tak betul, x taulah.

    sependapat dengan wan, kalau mahal rasa bagus. sebab kita tak dapat bagi susu terbaik untuk anak kita, of course kita nak cuba bagi substitute yang juga terbaik.

    just nak bgtau, enfa panas. anak kita minum enfa kuat berpeluh2...

    (mak aiii..panjang lebar...boleh buat entry.....haha)

    ReplyDelete
  12. anak sy pun bln depan dah kena bg step 3..dia dr dulu minum susu murah je lactogen..mmg sesuai ngan dia kot..klu tukar susu lain dia susah nak abihkan...penah try anmum, S26, dupro..semua xlayan...

    cuba yong try dulu sekotak, klu dia suka boleh trs je..kalau tak, kembali ke anmum..

    ReplyDelete
  13. anmum lah, anak2 sy sume minum anmum.. nak lagi murah beli twin pack.. for step 3.. kena tahu kandungan dia.. anmum ni bagus sebab bakteria hidup x byk sgt,, x silap lah,, penah doctr bgtahu.. x ingat sgt, hihihi pastu setahun sekali ada contest untuk pulangkan hujung scop susu, simpan and redeem, dptlah susu free.. hihihi

    ReplyDelete
  14. samala masalah kita..anak lin 21hb nie dh setahun..dia masih minum susu ibu dan campur susu enfapro A+ bermula dia 8bln..so skrg nie ingat nak tukar ke enfagrow A+ bila dh setahun nanti..ada yg ckp kita kena selangkan pemberian susu step 2 dgn step 3 tuh bergilir agar dia serasi dgn step 3 tanpa ada sebarang masalah..

    ReplyDelete
  15. As'salam.
    Just nak share pasal susu keluaran bumiputra & islam.

    Mana la tahu, kot serasi ke.
    Sebab review dia macam best.

    Mommies yang lain, kot nak try, boleh la checkout pasal susu ni yek!

    http://www.afeefmilk.com

    Ada jual kat https://www.facebook.com/geniusbabyonboard

    #p/s : bukan saya yg jual, cuma share produk yang rasa cambest, kot kengkawan nak try =)#

    ReplyDelete
  16. Peerrgghhhhh...mahalnyer susu budak...!! Tetibe rase..-bolehtak aku nk susukan anak2 sampa5-6 tahun..tak yah aku beli susu..(maknyer giler bajet..!!) Pitam...

    ReplyDelete
  17. awak try dulu la pek cubaan untuk enfagrow. ssuai tak ngn anak. arissa 2 bulan lagi. saya plan mg nak sambung anmum je. hehehehe. :D

    ReplyDelete
  18. salam,
    saya ada menjual susu anmum dgn harga jauh lbh murah.
    anmum materna = RM100 utk 2.8kg.
    anmum step 1 = RM150 utk 2.4kg
    anmum step 2 = RM150 utk 2.4kg
    anmum step 3 (madu / plain) =RM100 utk 2.8kg.

    cpat sementara stok masih ada..
    hubungi nurul 0173361303.

    TQ

    ReplyDelete
  19. salam....stok susu enfagrow murah step 3 perisa ori 1.3 kg....stok terhad harga istimewa..murah dr harga asal..0172794115

    ReplyDelete
  20. SALAM...TUMPANG IKLAN....SY ADA JUAL STOK SUSU ENFAGROW 1.3 KG PERISA ORI....HARGA ASAL RM95.80....SY JUAL RM80 SEKOTAK CALL/WHATSAPP 0172794115

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...