MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, June 5, 2012

Bilik Aidi


Semalam..sempat aku beli kain langsir untuk playroom Aidi. Langsir dalam bilik tu dari awal pindah aku tak tukar-tukar. Bukan kata tak pernah tukar, basuh pun tak pernah. Aku pindah umah ni bulan Oktober 2010, sekarang dah Jun 2012. Cer kira sendiri berapa lama? Haha!

Sudahnya aku beli kain langsir baru je lah senang. Beli pun kain cap ayam jek yang rege RM3 semeter tu. Pulak tu tingkap playroom Aidi tu bukannya ada railing, cuma pakai wayar cangkuk tu jek. Sungguh koman spanar. Nak pasang railing, drill pulak takde. Nak beli drill, heh bukan murah-murah benda tu. Makan 3 4 ratus jugak. Ah tak payah. Kita pakai wayar cangkuk sudah.

Aku beli kain 1.5 meter x 2 keping. Aku jahit sendiri keliling kain tu. Alah, jahit pun pakai tangan jek sebab aku mana ada mesin jahit. Jadi jelujur je sudah. Benang pun pakai hentam je apa kaler yang ada kat rumah ni. Kainnya kaler grey, tapi benang aku kaler gold. Ada aku kesah?? Haha.

Hasilnya bila dah gantung...begini.


Aku malas nak fokus tang jahitan aku tu. Takut kang terus kena reject dari jadi cikgu kemahiran hidup sebab jahitan aku soooooo budak form 1. Haha. Ah, tak kisahlah, herot ke bengot ke janji aku puas hati. Susah payah aku jelujur kain 3 meter sambil tengok masterchef selebriti. Heh.


Bilik Aidi memang takdelah gah pun. Perabot mahal-mahal memang sorry lah nak dapat. Baju pun pakai simpan dalam laci plastik jek. Haha.




Meja yang ada tu pun tuan rumah punya. Memang dah sedia ada masa aku masuk dulu. Aku baru beli tu alas meja tu. Kalau tak togel cenggitu je la meja tu. Lantakkan!


Toys Aidi pulak aku susun-susun je la kat satu sudut. Toys yang kenit-kenit aku kasi masuk dalam satu bakul. Kang pandailah Aidi kumbar sendiri bakul toys dia. Dia keluarkan semua toys, pastu dia main dengan bakul je. Tak paham aku.







Hajat hati nak beli wall sticker yang gambar kartun-kartun ke yang sesuai untuk babies room. Tapi nantilah. Kau semua nak beli serentak, pengsan!

Jadi sekarang inilah playroom Aidi. Tapi dia ni tahan duduk dalam bilik dia ni paling lama setengah jam je. Bila dah boring jap gi dia hok hek hok hek panggil mama dia ni suruh dukung bawak duduk kat hall pulak. Nak sepahkan hall mama pulak katanya. 


Tapi semalam, aku dengan incik suami ada buat satu percubaan kat Aidi.

Percubaan untuk bagi Aidi tido dalam bilik dia sendiri...alone. Since Kalau tido dalam bilik kami pun Aidi memang tido atas tilam kat bawah, dia tak tido atas katil sekali, jadi aku macam confident sikit lah nak try tidokan Aidi alone. Lagipun Aidi memang dah sekian lama tak bangun tengah malam mintak susu ke apa. Dia memang tido lena sepanjang malam macam orang dewasa.

Jadi apa hasilnya??

Kita beroleh kemenangan yang pertama!!!

Aidi tido lena kau dalam bilik baru dia.

Aku terjaga jam 6.30 pagi, intai-intai Aidi kat bilik dia...




Tido lagi.

Selalu kul 5.30 pagi dia bangun dah. Ni dah 6.30, berdengkur lagi. Penangan bilik baru lettew!

Bujang dah anak aku..boleh tido sorang-sorang dah. 



5 comments:

  1. lega mak ngn abah dia muehehehe gelak jahat ni

    ReplyDelete
  2. bestnyer!! ezekiel tdo dlm playpen pon kdg2 bgn tgh malam hok hek hok hek mntk angkat.ltk sebelah dia tendang2nyer mak nye ni.eheh! over plak tau tendang2. ;p

    gud boi lah aidi!

    ReplyDelete
  3. comelll bilik aidi :D

    suke sukee

    ReplyDelete
  4. waahhh..kecik2 dah pandai berdikari ye.

    oh ye..jgn lupe kunjungi blog saya utk rompers yang murah2 dan cute..

    http://littleraniashoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. bestnya.. dh boleh tido bilik sendiri.. Danial xnak lg tido bilik sendiri, mesti nak tido sekali, nk tido atas lengan ibunya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...